Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu. Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan". Sebelum ini, kami pernah mengkritik dan mempertikaikan peranan salah seorang wartawan Sinar Harian Maran yang dikenali sebagai "Liza" yang banyak menyiarkan artikel yang "berat sebelah". Terguran kami berasaskan, beliau tidak layak menjadi wartawan Sinar kerana dalam masa yang sama terlibat sebagai "orang kuat" Puteri UMNO Bahagian Maran. Teguran tersebut dipanjangkan kepada pihak atasan dan difahamkan beliau sudah mengundur diri bagi menyambung pelajarannya. Sangkaan kami, Sinar Harian Maran banyak berpihak kepada UMNO dalam penyiaran beritanya. Kini, sudah terbalik apabila timbul isu di Kampung Ulu Luit itu. Pemuda UMNO cawangan terbabit pula menuduh Sinar Harian "tali barut PKR". Soalnya sekarang, benarkah Sinar Harian itu tali barut parti-parti tertentu?. Atau memang ia neutral.
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Lebih Rasional
Kami juga amat tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat (foto) selepas itu. Antara lain katanya ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. "Tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian", katanya. Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan. “Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul. “Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional,” katanya ketika diminta mengulas tentang perkara itu.Tindakan Bakar Sinah Harian Agak Keterlaluan
[Terkadang kita naik hairan dengan gelagat puak-puak UMNO ini. Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri akhirnya mereka sanggup membakar akhbar Sinar Harian yang selama ini menjadi wadah untuk memaparkan segala aktiviti mereka. Namun, bagus juga ada orang macam Abu Jimi Samat yang nampak lebih rasional dalam hal ini. Malah, beliau juga membantah tindakan Felda mewujudkan Felda Plantations dan pernah membantah perkara ini dulu. Jiwa dan semangatnya tinggi, namun apakah UMNO Pahang dapat mendengar kenyataannya itu. Sedangkan dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian ramai yang tidak sebulu dengannya dan sering mengatakan dia adalah "orang Khairy". Apapun, diharapkan agar tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang tergamak membakar akhbar Sinar Harian selepas ini. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi tauladan].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan