Sah, Akhirnya Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee Telah Di Pilih Sebagai Calon Pakatan Rakyat Di Pilihan Raya Kecil Batu Sapi !!


Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah akhirnya menyaksikan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee (foto), dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh selepas berakhirnya rundingan tersebut hari ini. Sebelum ini, timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP dalam pilihanraya kawasan iti pada 4 November ini. Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Ia ditarik balik pada 2006. Sebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi nanti. Yong Teck Lee juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn.

Datuk Yong Teck Lee Pemimpin Yang Bermaruah
Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Kitingan yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan Adun Cina daripada PBS, membentuk Parti Maju Sabah (SAPP). Pada 20 Januari 1994, Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja. Pada 21 Januari 1994, pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru manakala pada 22 Januari 1994, Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini. Beliau pernah hilang kelayakan sebagai ADUN Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah. Oleh itu, beliau tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.

[Pada 18 Jun 2008, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan PM Pak Lah Badawi. Beliau turut menyokong tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di parlimen ketika itu. Susulan daripada itu beliau menerima surat tawaran jawatan Senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) daripada Jabatan Perdana Menteri. Namun, demi maruahnya untuk membela rakyat Sabah yang terus ditindas maka beliau menolak tawaran itu. Kini Pakatan Rakyat sebulat suara terlah bersetuju memilih beliau sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Datuk Yong Teck Lee. Keputusan ini juga bakal menakutkan UMNO dan BN di Sabah kerana Yong bukanlah calang-calang orang sebenarnya. Maka itu, Pakatan Rakyat punyai harapan cerah untuk menang].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.