Pengeluar Blackberry akur arahan Indonesia saring pornografi-malaysia macam mana pulak tak buat arahan macam nie ke!!!!

January 17, 2011
RIM meminta masa tambahan bagi melaksanakan syarat-syarat yang dikenakan. — Foto Reuters
JAKARTA, 17 Jan — Setelah diancam kerajaan Indonesia untuk menghentikan perkhidmatan Internetnya, pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) hari ini bersetuju mematuhi undang-undang republik itu untuk menyaring kandungan pornografi. Persetujuan itu dinyatakan Pengarah Urusan RIM Asia Tenggara Gregory Wade pada pertemuan rasminya dengan pegawai kanan Kementerian Komunikasi dan Informatika di Jakarta pada Isnin, iaitu hari terakhir bagi syarikat itu mematuhi peraturan tersebut.
Bagaimanapun, RIM meminta tempoh 100 jam atau sehingga Jumaat untuk berbuat demikian dan meletakkan beberapa syarat, namun tidak menghuraikannya dengan lebih lanjut.
Ketua Pusat Informasi dan Perhubungan Awam kementerian itu Gatot S. Dewa Broto berkata syarat persetujuan RIM itu akan dikaji.
“Kami belum boleh mengatakan bahawa RIM telah sepenuhnya mematuhi peraturan di Indonesia kerana kami mempunyai versi yang berbeza berhubung soal komitmen,” katanya pada sidang media selepas pertemuan itu.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring memaklumkan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) petang ini bahawa pihaknya tetap meminta RIM mematuhi undang-undang Indonesia, termasuk menghapuskan laman pornografi dalam perkhidmatan Blackberry serta membuka pusat datanya di republik itu untuk kepentingan keselamatan nasional.
Beliau berkata RIM telah memberikan persetujuan secara bertulis berhubung isu laman pornografi.
Indonesia menuntut lapan perkara daripada RIM sebagai syarat untuk ia dibenarkan terus beroperasi di republik itu.
Selain penghapusan laman pornografi dan pembukaan pusat data, kementerian itu meminta RIM membuka pusat perkhidmatan di Indonesia bagi melayan pengguna, termasuk khidmat lepas jualan produk berkenaan.
Pengguna Blackberry di Indonesia pada masa ini telah mencapai tiga juta orang dan RIM dilapor memperoleh pendapatan berjumlah Rp189 bilion sebulan, atau sekitar Rp2.3 trilion setahun melalui perkhidmatan tersebut.
Meskipun tidak membuka pusat perkhidmatan di republik itu, RIM bekerjasama dengan enam syakikat telefon selular nasional di Indonesia bagi menguruskan perkhidmatannya.
Pengguna Blackberry dikenakan Rp100,000 hingga Rp150,000 sebulan bagi perkhidmatan Internet tanpa had.
Syarikat itu memperoleh antara AS$7 dan AS$8 daripada setiap pelanggan setiap bulan dan pendapatan itu dihantar terus ke ibu pejabat RIM di Waterloo, Kanada.
Tifatul berkata RIM tidak membayar cukai pendapatan di Indonesia.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan hanya boleh meminta kesemua syarikat usaha sama RIM meningkatkan tanggungjawab sosial mereka terhadap republik berkenaan. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.