Petanda Awal Kejatuhan BN Di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Bermula Apabila Calon Yang Bukan Pilihan Tiba-Tiba Pula Di Pilih Oleh Si Muhyiddin!

LABIS, 19 Jan [6.00 pm] - Tanpa mengambilkira pandangan banyak pihak terutamanya pemimpin UMNO setempat dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional untuk bertanding di DUN Tenang pada Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan hujung bulan ini, tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mohd Azhar Ibrahim (foto) mewakili parti itu. Difahamkan, ini menimbulkan kemarahan ramai pemimpin dan penyokong UMNO Bahagian Labis. Tambahan pula Azhar hanyalah ahli biasa bahagian itu cuma beliau pernah menjadi Bendahari Pemuda UMNO Labis suatu ketika dulu. Azhar juga merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit. Maka itu, pemilihan Azhar dilihat satu petanda awal kejatuhan BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang sebenarnya. Terdahulu Muhyiddin mengumumkan di kawasan lapang di belakang Pejabat UMNO bahagian Labis di hadapan hampir 700 penyokong BN. Ramalan awal menjangkakan UMNO akan memilih calon wanita untuk bertanding kali ini, tambahan pula calon PAS adalah wanita. Namun, ternyata sangkaan ramai meleset sama sekali dengan pemilihan Azhar ini. Apapun, ia sedikit memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat samada bagi mengurangkan majoriti undi BN atau pun merampas terus kerusi DUN itu nanti. Tambahan pula difahamkan undi pos yang terdapat disitu hanyalah sekitar 18 undi sahaja. Ini akan memberi tamparan hebat kepada UMNO BN yang selama ini dipercayai memanipulasi undi pos sesuka hati.
[Nampaknya ramai penyokong UMNO BN pasti marah dengan kenyataan ini. Namun, itulah hakikatnya. Mana mungkin, seorang ahli UMNO biasa yang hanya bekas Bendahari Pemuda pada zamannya boleh dipilih sebagai calon. Sedangkan, tujuan asal puak-puak UMNO sanggup gunakan "politik wang" untuk menang jawatan-jawatan penting dalam parti hatta di peringkat bahagian sekali pun ialah demi kuasa. Mereka tahu, apabila kuasa ada maka mudahlah untuk menentukan hala tuju dan perjuangan mereka. Maka, kenapa Ketua UMNO Bahagian atau lain-lain pemimpin utama bahagian itu tidak dipilih oleh Muhyiddin. Kenapa pula Azhar Ibrahim yang dipilih?. Sedangkan seorang Ketua Bahagian UMNO mahukan jawatan itu, kerana mengimpikan untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sudah pastilah idaman mereka ialah untuk bergelar "Yang Berhormat". Maka itu, pemilihan Azhar sudah pasti amat mengecewakan mereka sebenarnya. Malah, terdapat ura-ura undi protes akan dibuat kepada calon BN atas kesilapan yang dilakukan oleh Muhyiddin ini].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.