21 kementerian/jabatan mempunyai lebihan peruntukan

October 25, 2010
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Tambahan peruntukan yang diluluskan untuk 21 kementerian/jabatan yang memohon pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka, peruntukan tambahan dan viremen berjumlah RM62.2 juta untuk 77 kes tidak dibelanjakan langsung pada tahun 2009.
Malah, semakan Audit mendapati peruntukan asal itu mempunyai baki berjumlah RM96.33 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dikeluarkan hari ini.
Menurut laporan itu, peruntukan tambahan itu melibatkan RM10.46 juta oleh Kementerian Pelajaran, RM5.63 juta (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), RM13.61 juta (Kementerian Pertahanan), RM9.35 juta (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM23.15 juta bagi 17 lagi kementerian/jabatan.
Laporan itu menegaskan keadaan itu dapat dielakkan jika kementerian/jabatan berkenaan memantau peruntukannya dengan baik.
Selain itu, 11 kementerian/jabatan didapati berbelanja RM3.61 bilion melebihi jumlah peruntukan keseluruhan yang diluluskan untuk mereka iaitu sebanyak RM64,264.98 juta.
Kementerian/Jabatan tersebut ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Luar Negeri.
Kementerian/Jabatan lain yang terlibat ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelajaran.
Laporan itu juga menyebut sehingga akhir 2009, Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan berbaki RM2.46 bilion berbanding 2008 dengan jumlah RM3 bilion.
Semakan Audit juga mendapati bahawa pada akhir 2009, sebanyak 899,571 pinjaman perumahan dikeluarkan manakala baki pinjaman perumahan yang belum selesai pula berjumlah RM44.09 bilion.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 426,182 pinjaman dengan baki RM23.1 bilion telah dijual kepada Cagamas MBS Berhad melalui pensekuritian.
“Dengan itu, pada akhir 2009, Bahagian Pinjaman Perumahan mempunyai 473,389 peminjam dengan baki pinjaman belum selesai berjumlah RM20.99 bilion,” katanya.
Laporan itu juga menyebut jumlah bayaran balik pinjaman perumahan yang tertunggak sehingga akhir tahun 2009 ialah RM575.73 juta, meningkat sebanyak RM42.87 (lapan peratus) dari tahun sebelumnya.
Bagaimanapun bilangan peminjam yang menpunyai tunggakan bayaran balik pada 2009 berkurangan 1,151 orang daripada 50,075 orang pada tahun 2008. — Benama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.