Naik taraf Sekolah : Mana dia duit yang PM umumkan dulu..???


Naik taraf sekolah perlu dipercepat

PENDANG – Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bukit (SJKTLBJ) dekat sini tertanya-tanya mengenai wang peruntukan sebanyak RM100,000 yang sepatutnya diterima sekolah berkenaan tahun lalu bagi menaik taraf infrastrukturnya yang begitu daif.

Sinar Harian difahamkan wang terbabit merupakan peruntukan khas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menaik taraf sekolah berkenaan, namun peruntukan itu masih belum diterima sehingga kini.

Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Sivasandrabos Anumandan berkata, pihaknya tertanya di mana perginya wang peruntukan yang dimaklumkan telah lulus untuk diberikan kepada sekolah berkenaan.

“Dimaklumkan peruntukan itu telah lulus dan akan disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), namun sehingga kini kerja-kerja menaik taraf masih tidak dijalankan.

“Saya telah merujuk perkara ini kepada pihak JKR dan pihak berkenaan memaklumkan bahawa peruntukkan itu masih belum diterima mereka sehingga kini dan ia menyebabkan kerja-kerja menaik taraf itu tidak dapat dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekolah itu kelmarin.

Beliau berkata, brif dan skop kerja sekolah terbabit telah dihantar oleh JKR kepada pihak sekolah bagi menaik taraf blok A iaitu bilik guru, bilik perpustakaan, bilik komputer, tandas lelaki dan perempuan serta membaiki siling bocor, sementara bangunan lama pula akan dinaikkan taraf sebagai bilik sains, kantin dan stor.

Selain itu, Sivasandrabos berkata, beliau bimbang faktor keselamatan pelajar memandangkan dinding bangunan sekolah mengalami keretakan sepanjang 12 meter.

“Saya bimbang bangunan itu akan runtuh dan mengundang bahaya kepada pelajar jika kerja-kerja menaik taraf lambat dijalankan.

“Semua bumbung bangunan lama dan baru sekolah itu mengalami kebocoran sehingga pihak sekolah terpaksa menutup suis bekalan elektrik ketika hujan kerana bimbang akan mengundang bahaya kepada pelajar di dalam kelas kerana pernah berlaku litar pintas ketika pelajar berada di dalam perpustakaan,” katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.