Galas: Ku Li tak bersama pemimpin BN di pusat penamaan calon

October 26, 2010
Ku Li tidak dilihatkan bersama pemimpin-pemimpin BN semasa sesi pencalonan pagi tadi. — gambar fail
GUA MUSANG, 26 Okt — Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tidak hadir di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat tidak bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain memasuki ke pusat penamaan calon pagi.
The Malaysian Insider difahamkan Tengku Razaleigh bersama dengan  penyokong-penyokong BN di luar kawasan pusat penamaan calon.
Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya Datuk Seri Mustapha Mohamad, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” hadir tetapi bersama penyokong di luar.
“Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.
“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.
“Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,” katanya.
Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Barisan Nasional meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS pula meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.