Dr Mujahid:ISLAM Membawa Rahmat ke Seluruh Alam


AlhamduliLLAH,minggu ini ,susulan pengumuman Tuan Guru Haji Hadi akan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak di Miri tidak lama lagi,PAS Kawasan telah menerima kunjungan YB Dr Mujahid Yusuf Rawa,Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

Ketibaan julung kali Dr Mujahid disambut saf pimpinan PAS Kawasan diketuai YDP,Tuan Haji Jofri . Setiba di Miri,Dr Mujahid telah mengadakan taklimat kepada ahli PAS Kawasan dengan fokus tertumpu pada gerakerja penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri. Hampir semua pimpinan protem Cawangan,Dewan Pemuda dan Muslimat hadir dalam program tersebut.






Pada sebelah malam ,PAS Kawasan Miri telah membuka lembaran baru apabila berjaya menembusi kawasan yang dianggap kubu kuat PBB Miri iaitu Lembah Hijau. Buat julung jali program Ramah tamah Dewan Pemuda PAS Miri telah mendapat sambutan penduduk setempat.Lebih 150 penduduk telah hadir dalam program tersebut. Turut hadir ;pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Miri,Dr Teo(PKR) dan Fong Pau Teck(DAP).

Dr Mujahid dalam ceramah beliau menegaskan tentang keterbukaan PAS dalam landskap politik baru telah menyebabkan ia menjadi parti yang kekal relevan dalam suasana masyarakat moden hari ini. Dasar kebersamaan PAS,DAP,PKR dan SNAP yang konsisten terhadap penentangan terhadap kezaliman dan rasuah adalah teras kepada peubahan masyarakat yang asasnya;mengambil panduan Al-quran yang secara jelas telah menyatakan bahawasanya RasulluLLAH yang menyampaikan mesej ISLAM adalah pembawa rahmat seluruh Alam. Maka dengan itu ia menjadi panduan kearah merealisasikan PAS for ALL. Dr memberikan contoh penulisan beliau "The day I spoke at theHall of Holy Spirit " telah diterima sebagai satu gerakerja dialog yang berjaya merungkaikan kebimbangan masyarakat bukan ISLAM terhadap perjuangan PAS.

Program padat Dr Mujahid diteruskan dengan program Qiamullail dan Kuliyyah Subuh. Dalam kuliyyah beliau;Dr menegaskan akan benarnya janji ALLAH;yakni Syurga dan Kemenangan ISLAM. Maka beliau menyeru hadirin untuk berjihad demi menegakkan kalimah ALLAH. Biarpun bumi Sarawak adalah baru dalam dimensi dakwah dan dianggap kerdil,tapi Dr memberikan semangat bahawa disinilah bumi yang subur untuk ISLAM berkembang.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.