PRK Batu Sapi 4 November



Harakahdaily   
PUTRAJAYA, 15 Okt: Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah ditetapkan pada 4 November sementara penamaan calon pada 26 Oktober, iaitu serentak dengan Dun Galas, Kelantan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat khas di sini, sebentar tadi.
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan wakilnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia, Sabtu lalu setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Chong yang juga Bendahari Agung PBS memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.