Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Felda kini dilihat tidak layak untuk menjadi pemimpin UMNO BN lagi sebenarnya. Ini berikutan kenyataan "bangang" dan tidak "berotak" yang mencabar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah. Kenyataan itu dibuat ketika beliau terlalu asyik berkempen dan kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (foto), berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan. “Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. "Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini. Ahmad Maslan berkata, sebagai permulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak. "Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu," katanya. Beliau berkata, sekiranya Pakatan Rakyat yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demikian maka tidak usah memperdaya penduduk di Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka. Katanya, kerajaan BN sentiasa prihatin dan berusaha mengurangkan bebanan rakyat termasuk memberi subsidi dan menetapkan harga barangan kawalan bagi barangan keperluan pada musim perayaan. Beliau berkata, kerajaan juga berusaha supaya harga komoditi terus naik dan rakyat mempunyai pekerjaan bagi menjana pendapatan mereka. Itulah alasan puak-puak UMNO BN sejak azali.
[Itulah kenyataan bangang dari seorang Menteri UMNO yang kononnya mahu menjadi "Juara Rakyat" itu gamaknya. Bukankah hal ehwal menaikkan dan menurunkan barangan termasuk minyak itu adalah menjadi kuasa mutlak Kerajaan Pusat iaitu kementerian yang diwakili oleh Ismail Sabri (Ahli Parlimen Bera). Bukankah, kerajaan pusat yang dipimpin oleh UMNO BN yang berhak atas kenaikan barangan yang berlaku di negara ini. Maka, mengapa beliau begitu bodoh mencabar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga barangan pula. Cakapnya "macam budak sekolah" dan langsung tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Jika inilah mentaliti Menteri UMNO, maka ternyata mereka yang terlibat adalah golongan yang "pendek akal" dan tidak sewajarnya diangkat sebagai pemimpin untuk rakyat Malaysia. Sebab itulah Ahmad Maslan terus mempertahankan Felda, biarpun dia sendiri tahu yang agensi itu kini berada dalam keadaan yang amat kritikal].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan