"KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam.. parti rasis Umno terus membisu!
Memang biadap dan kurang ajar!..dah 50 tahun lebih merdeka pun masih jahil tentang nilai dan syariat Islam, masih mahu persoalkan syariat2 Islam..sama juga isu sebelum ini..peguam MCA yg kononnya tak dapat bezakan antara bunyi azan dan ceramah/kuliah agama.. baca di SINI..
Terus terang penulis katakan, penulis tak salahkan mereka..tak pelik mereka persoal itu dan ini krn mereka bukan Islam, sudah pastinya jahil tentang Islam.. yang patut dipersalahkan adalah parti ketuanan Melayu rasis Umno!.. parti perkauman Melayu inilah punca MCA dan Gerakan semakin jahil dan menentang Syariat Islam!
Umno barua MCA/Gerakan!
Penulis setuju dgn pandangan Cikgu Normala Sudirman, Umno GAGAL SEGAGALNYA menjelaskan apa itu Islam kpd sekutu mereka walaupun telah menjalin hubungan lebih 50 tahun..yang mereka tau, Melayu Melayu Melayu sampai agama sendiri dilacurkan..
Lihat shj contoh dlm isu bersalam/berjabat tangan antara wanita dan lelaki bukan mahram di dalam Islam, mana suara pemimpin Umno membela Normala? mana suara pencacai Umno, Zul Kulim mempertahankan Syariat Islam ini? mana PERKASAm dan sekutunya yang lain?..butakah? bisukah? pekakkah?..
Kalaulah DAP yg timbulkan isu ini, xcukup ruang Utusan malaysia dan RTM mainkan isu pengkhianat, biadap, anti Islam, dan lain2..dasar lidah bercabang punya Melayu..pengkhianat agama!!
PRK Tenang pamer wajah sebenar MCA-UMNO terhadap Islam
Itu belum lagi isu 'negara Islam'..kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan langkah MCA menjaja isu Islam demi menakutkan masyarakat Cina dengan penubuhan negara Islam (hukum Islam) ternyata telah melampaui batas..
Begitu juga tindakan MB Johor, Ghani Othman yang memperlekeh undang2 islam (mencuri potong tangan) di hadapan kaum Cina di Tenang..sungguh biadap..sila baca pada tajuk, "BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!"...
Sila sebarkan!
Untuk yang terakhirnya, tahniah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang segera tampil kehadapan mempertahankan syariat dan hukum Islam dari dilacurkan oleh MCA dan Umno..selagi sesuatu isu itu tidak mendatangkan manfaat kpd perjuangan mereka, jangan harap mereka nk bersuara dan menjuarai isu ini..
Akhir kalam, seperti biasa, isu kebiadapan parti MCA dan GERAKAN ini akan dikemaskini pada link di sebalah, "Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"..mohon kalian baca dan sebarkan..
p/s: Mohon rakan2 yang punyai 'link' dgn Zul Kulim, sampaikan artikel penulis ini kepada beliau..penulis masih menunggu respon beliau di facebook, masih tidak berani approve..dasar pengecut..
BERITA 1
Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala
Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.
Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.
"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.
"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."
Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.
"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.
"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."
Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.
Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."
Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". - MK
BERITA 2
"Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA
LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.
Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.
“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.
“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.
Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.
“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.
“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.
Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.
Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.
Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.
“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.
“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.
“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.
Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.
“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.
“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.
“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.
Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.
“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.
“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.
“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.
Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.
“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.
“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.
“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.
Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.
“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.
“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,” katanya.
Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.
“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.
“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - TMI"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan