Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 24 Jan: Bagi mempastikan keistimewaan, kebajikan dan keselamatan Sultan Ismail Petra sentiasa terjamin, diberi perhatian mendalam dan sewajarnya, kerajaan negeri pada 29 Disember 2010 telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Keistimewaan dan Keselamatan baginda. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, langkah itu sebagai menjunjung titah perintah dan hasrat Sultan Muhammad V yang mahukan pengurusan tahap kesihatan ayahanda baginda dipertingkatkan. “Sudah tentulah baginda hendak melihat sesuatu yang terlebih baik dari semasa ke semasa. “Jadi itulah hasrat Tuanku supaya ditubuhkan jawatankuasa ini lebih spesifik, dengan ahli jawatankuasa, dengan terma-terma rujukannya supaya hasrat baginda itu tercapai, insya Allah,” katanya pada sidang media di Pejabat SUK, Kota Darulnaim petang semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Keistimewaan dan Keselamatan Sultan Ismail Petra turut memaklumkan senarai ahli jawatankuasa berkenaan terdiri daripada Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Ketua Polis Negeri dan timbalannya sementara ahli lantikan Datuk Prof Dr Mafauzy Mohamed (Hospital Universiti Sains Malaysia) dan Datuk Prof Dr Wan Mohamad Wan Bebakar (HUSM). “Dengan tertubuhnya Jawatankuasa ini maka ‘panel doktor khas’ yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi memantau tahap kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebelum ini adalah dimansuhkan,” katanya. Pada 14 Mei 2009, Tuanku Sultan Ismail Petra dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian kerana gering, manakala pada 24 Mei 2009 pula dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantung sebelum kembali ke Kelantan setelah hampir setahun berada di hospital tersebut. |
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan