Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan corak pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak menyerupai regim pemerintahan Firaun.
Perbandingan itu dibuta, katanya berdasarkan tindak-tanduk kedua-dua pihak yang menggunakan kekuatan mereka dengan mengawal media kerajaan untuk mengekalkan kuasa.
Beliau turut memetik Surah Az-Zukhruf ayat 54: “Maka Firaun perbodohkan kaumnya dan mereka mematuhinya”. “(Ini) seperti yang dilakukan Mubarak dan BN dengan menguasai media,” kata Khalid menerusi laman twitternya, tengah hari tadi.
Kerajaan Umno BN baru-baru ini cuba meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan – mengikut jejak Hosni sebelum ini yang akhirnya memakan diri sendiri bila jutaan rakyat Mesir mengamuk di jalan raya.
Hosni memerintah selama 30 tahun dan melaksanakan pelbagai dasar zalim terhadap rakyatnya lantas ‘meletupkan bom jangka’ yang sudah dipendam rakyat ketika era pemerintahannya.
Mesir pada 25 Januari lepas digegarkan dengan jutaan rakyat turun ke jalan, tanda kebencian terhadap sikap angkuh Hosni yang tidak mempeduli hampir 40 peratus rakyatnya berada di paras kemiskinan.
Di Malaysia, lebih 5,000 rakyat Malaysia semalam bangkit membantah campur tangan Amerika Syarikat dengan berhimpun di depan kedutaan Amerika sebagai tanda protes.
Pemerintah Malaysia, Mesir menyerupai regim Firaun – Khalid Samad
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan