Tembakan cemaskan pelajar Malaysia

06/02/2011 5:31pm

KUCHING - Bunyi tembakan senjata api ketika perintah berkurung merupakan saat-saat yang cukup mendebarkan sekumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura kira-kira dua jam perjalanan dari ibu negara Mesir, Kaherah pada malam 30 Januari lalu.
Pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Mansoura, Dayang Nabeela Awang Mohd Khalid, 22 tahun, berkata selepas 28 Januari keadaan di kawasan kediaman mereka di Mansoura menjadi tidak terkawal kerana ramai penduduk tempatan keluar ke jalan-jalan utama membuat sekatan jalan raya untuk mengelak aktiviti kecurian serta pencerobohan.
"Pastinya saya tidak akan lupa saat terdengar bunyi tembakan tidak jauh dari kawasan kediaman kami selepas waktu Maghrib dan melihat orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri dan ketika itu adalah waktu perintah berkurung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.