Lelaki Maut Dipercayai Ditembak

dipetik daripada Borneo Post Online

BINTULU: Seorang lelaki berusia 37 tahun di Skim Penempatan Sungai Asap daerah Belaga terbunuh dipercayai ditembak mati dalam kejadian jam 9.00 malam Ahad lalu.

Kejadian itu berlaku di Uma Lubok Kulit ketika mangsa dikatakan sedang balik ke rumahnya selepas sesi minum minuman keras bersama rakan-rakannya di kawasan itu.

Setibanya mangsa yang dalam keadaan hampir mabuk di rumahnya, seorang suspek telah mengambil senapang patah lalu mengacu ke arah kepalanya dan tanpa amaran terus menembak mangsa.

Mangsa dikatakan mati serta-merta di tempat kejadian aki-bat tembakan di kepala.

Penduduk sekitar yang mendengar tembakan itu terus memaklumkan kejadian itu kepada polis Belaga dan pihak polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Belaga bergegas ke tempat kejadian.

Polis Belaga difahamkan tiba di tempat kejadian pada jam 2.30 pagi semalam untuk menyiasat kes berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Bintulu dan tiba di bilik mayat Hospital Bintulu kira-kira jam 7.00 pagi semalam untuk bedah siasat.

Sambil enggan mendedahkan nama mangsa tersebut, Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh.

Katanya, mangsa adalah seorang lelaki berbangsa Kenyah dari Uma Lubok Kulit dan pihaknya telah mengenal pasti dua suspek yang terlibat dalam kes tersebut namun punca dan motif kejadian masih dalam siasatan lanjut.

Beliau berkata, polis Belaga turut meminta bantuan polis Bintulu untuk membantu siasatan kes tersebut.

Difahamkan tempat kejadian itu terletak 100 kilometer dari Bintulu manakala perjalanan melalui jalan balak dari daerah Belaga ke kawa- san penempatan itu memakan masa tiga jam.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.