Tindakan Polis Menahan Kanak-kanak Terus Dipertikai


KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Bantahan demi bantahan dibuat terhadap tindakan polis menangkap dan menahan kanak-kanak dalam lokap bersama tahanan dewasa yang lain semasa perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lepas.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini diseksa emosi mereka. Misalnya seorang kanak-kanak berumur 13 tahun yang ditahan polis diminta membuat kerja-kerja mencuci lokap di samping diambil kacamatanya.

Ini menyebatkan emosi kanak-kanak itu dalam keadaan terseksa apabila bergerak dalam keadaan serba kelabu di dalam lokap tanpa kacamatanya.

Hari ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertikai tangkapan ke kanak-kanak bawah umur yang menyertai perhimpunan aman anti-iSA 1 Ogos lalu.

Pengerusinya Mohd Shazni Munir Mohd Ithin menegaskan tangkapan beberapa individu ketegori juvana dalam lokap tanpa ditemani wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mencabuli hak asasi juvana.

Mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dalam pertubuhan koliasi SMM, Shazni menyifatkan tangkapan juvana itu tidak sah kerana perhimpunan itu aman, bukannya bermotif jenayah.

Beliau juga nekad bertemu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk bertanya mengapa Polis Malaysia begitu ganas.

Yap Heng Long, yang mewakili Pergerakan Demokrasi Belia dan Mahasiswa Malaysia (DEMA) pula mahu bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Beliau mahu bertanya mengapa Ketua Polis itu juga enggan meletakkan jawatan di sebabkan insiden terbabit.

Timbalan Pengarah Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lepas, Kamaruzaman Mohamad yang dihibungi kemudian, mengesahkan mengenai juvana terbabit yang 13 tahun itu.

Juvana itu, katanya, ditempatkan bersama orang dewasa dalam lokap yang sama.

Sebelum ini, kanak-kanak ada membuat pengakuan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Polis merampas kaca matanya sepanjang tempoh reman.

Malah, beliau terpaksa menurut perintah Polis menyuci lokap sehinggalah dibebaskan keesokan harinya._

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan Penerangan: Pihak Polis sepatutnya bersikap lebih matang dalam menangani sebarang keadaan melibatkan kanak-kanak. Perbuatan seperti ini tidak ubah seperti perangai zionis Israel yang memukul dan mendera kanak-kanak di Palestin.

Sudahlah cukup negara dimalukan dengan akta ISA yang zalim menahan manusia pro-pembangkang tanpa bicara, polis mahu tonjolkan perangai ala zionis seperti ini pula!

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.