Peruncit Naikkan Harga Telur

dipetik dari Borneo Post Online

KUCHING: Tinjauan Utusan Borneo di beberapa kedai runcit di bandar raya ini mendapati peruncit terpaksa menaikkan harga telur kerana mendapat harga tinggi daripada pengedar.

Seorang peruncit yang enggan namanya disiarkan menyatakan bahawa sejak kebelakangan ini harga telur naik termasuk di kedainya.

“Malah bulan Julai lepas sudah dua kali harga telur naik dan kita juga terpaksa menaikkan harga kerana mendapat harga tinggi daripada pembekal,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kenaikan harga berpunca daripada dominasi sebuah syarikat pengedar, peruncit memberitahu beliau tidak begitu pasti mengenai perkara itu.

“Bukan itu sahaja, lapaoran dalam surat khabar juga banyak menyatakan bahawa harga telur naik tetapi kita tidak tahu kenapa ini berlaku, walaupun ada segelintir pihak menyatakan ia berpunca daripada dominasi,” jelasnya.

Menurutnya peruncit berkenaan, kini dia menjual dengan harga RM10.40 bagi satu set telur gred A dan RM9.30 bagi gred B berbeza dengan sebelumnya.

Seorang lagi peruncit menyatakan bahawa harga telur memang naik sekarang.

“Dahulu kita jual telur gred A RM9 lebih satu set dan gred B RM8 lebih namun sekarang ia sudah naik kepada gred A RM10.40 dan gred B RM9.30 masing-masing satu set,” katanya yang hanya menjual dua jenis telur sahaja iaitu gred A dan B.

Menjelaskan punca kenaikan harga telur, dia memberitahu ia mungkin disebabkan beberapa faktor atau kos.

Menurutnya dalam aktiviti menjual telur ia mungkin melibatkan pekerja bagi memilih jenis telur yang sesuai untuk dijual dan ini memerlukan kos untuk membayar pekerja.

“Kita memang ada dengar ia mungkin disebabkan dominasi, namun jika ia benar berlaku maka pihak bertanggungjawab perlu menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.

Seorang penyelia sebuah pasar raya yang enggan namanya disiarkan juga mempunyai pendapat seperti peruncit-peruncit berkenaan.

Katanya mereka juga terpaksa menaikkan harga kerana mendapat harga tinggi daripada pembekal atau pengedar.

“Kita menjual telur gred A satu set RM10.50 dan gred B RM9.40 bagi satu set dan begitu juga dengan gred C dan D yang naik berbanding sebelumnya,” jelas beliau.

Katanya kenaikan harga telur berlaku sejak kebelakangan ini dan dia tidak berapa pasti mengenai puncanya.

“Kita hanya mengenakan harga tinggi apabila pihak pembekal atau pengedar mengenakan harga tinggi kepada kita dan kalau tidak kita mungkin mengalami kerugian,” katanya.

----------------------------------------------------------

Ulasan Penerangan: Mungkinkah ini tanda-tanda kelemahan sistem kapitalisme yang menjadi anutan samada secara di bawah sedar ataupun tidak, di mana kemungkinan wang ringgit hanya banyak berlegar di sekitar poket-poket 'orang-orang atas'? Fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.