Harussani yang keliru lagi mengelirukan


Oleh ajijoi
Perbuatan Zambry mengancak tiang seri rumah dan dimulai dengan upacara menepung tawar pada mulanya dikatakan sebagai perbuatan khurafat oleh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak. Kenyataan beliau boleh diikuti didalam akhbar Sinar Harian 7 November 2010 (gambar atas).

Tetapi, pada 10 November 2010 pula, Berita Harian menyiarkan kenyataan baru Harussani yang mengatakan bahawa perbuatan Zambry itu tidak syirik dan khurafat.


Mengapa seorang yang bertaraf Mufti boleh mengeluarkan kenyataan yang berbeza? Bukankah ini mengelirukan umat Islam yang selama ini telah diajarkan bahawa segala perbuatan yang memohon pertolongan selain daripada Allah Taala adalah syirik dan sesat?

Ramai yang berasa kesal dengan kenyataan dolak dalik Mufti Perak kerana ianya hanya akan menambah kekeliruan dikalangan umat Islam dinegara kita.

Diharapkan agar Mufti Perak dapat menyatakan ketegasan beliau terhadap sebarang perbuatan khurafat dikalangan umat Islam negara ini sepertimana ketegasan beliau terhadap isu murtad suatu masa dahulu.
 
UNTUK UMNO HALAL.......

MB Perak tidak syirik sertai majlis ancak: Mufti
2010/11/10

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.
Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.
"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman.
 

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.