Jumlah tenaga kerja IPTA berkelulusan PHD meningkat 133 peratus


KUALA LUMPUR - Jumlah tenaga pekerja institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kini meningkat
sebanyak 133 peratus berbanding 2005.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata kini jumlah tenaga kerja IPTA yang berkelulusan PhD seramai 14,000 berbanding 6,000 pada 2005.

Daripada jumlah itu, 60 peratus terdiri pemegang PhD dalam bidang sains yang merangkumi sains tulen, sains gunaan, kejuruteraan, biologi, fizik, perubatan dan berkaitan teknologi, selebihnya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Pengajian Siswazah keempat di sini, hari ini.

Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Malaysian Deans of Graduate Studies (MyDegs) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa universiti tempatan yang dirasmikan oleh Pengerusi MyDegs Prof Dr Rose Alinda Alias.

Radin Umar berkata ini merupakan antara kejayaan terbesar kementerian dalam usaha memperkasakan IPT bertaraf dunia dengan menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera berkelulusan PhD.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.