Bahasa Melayu 2 tidak bocor


CALON SPM 2010 tidak perlu risau tentang khabar angin bahawa mereka akan menduduki semula subjek Bahasa Melayu Kertas 2 yang didakwa bocor. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran meminta semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini supaya tidak melayan khabar angin di Internet bahawa mereka mungkin perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu Kertas 2 atas dakwaan ia bocor.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dakwaan bahawa kebocoran soalan bagi subjek tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Kedah pada 23 November lalu adalah tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, berita tersebut sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa motif yang jelas.
“Tidak timbul langsung persoalan bagi kita untuk mengadakan semula peperiksaan kertas tersebut sebagaimana tersebar di Internet ketika ini.
“Siasatan ke atas sekolah yang dikatakan terlibat di Kedah telah dijalankan namun kita mendapati ia khabar angin semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.