Kuala Lumpur: “Beberapa rumah didiami pelajar Malaysia, terutama di Iwate dan Miyagi, retak teruk, malah ada antaranya terbelah umpama kek remuk akibat gempa yang melanda Jepun kelmarin.
“Suasana rumah macam kapal selepas perang dan ia boleh dilihat melalui gambar yang dimuatkan dalam blog atau laman sosial mereka (pelajar),” kata Razuan Md Radzi, pelajar tahun empat Universiti Iwate, Jepun.
Bagaimanapun, katanya, sehingga semalam tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia.
“Selepas gempa, saya mendapatkan perlindungan di kedutaan kita di sini, malah ketika bersama rakan lain, bangunan kedutaan turut bergoyang teruk dan bumbung runtuh.
“Kami kemudian berlari keluar dan berkumpul di tempat letak kereta sebelum keadaan kembali pulih,” katanya.
Gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu menggegarkan bumi Samurai itu selain mengundang tsunami yang disifatkan terburuk dalam tempoh 300 tahun.
Kejadian berlaku tepat jam 2.46 petang waktu tempatan (1.46 waktu Malaysia) selama dua minit dan setakat ini mengorbankan hampir 1,000 nyawa manakala ribuan yang lain masih hilang.
Bagi Yusuf Abd Karim, 28, yang bekerja di sebuah syarikat di Tochigi, kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa, kesan gegaran boleh dirasai kawasan penginapannya.
“Sehingga malam tadi (kelmarin) kediaman kami masih bergoyang, tetapi syukur tiada kejadian tidak diingini menimpa kami di sini,” katanya.
Sementara itu, Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenen Jeneral Datuk Ackbal Abdul Saman ketika dihubungi berkata, pihaknya menunggu arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra untuk menghantar pasukan bantuan ke Jepun.
“TUDM bersiap-sedia menghantar bantuan ke negara berkenaan dan jika menerima arahan, pasukan saya akan terus bergerak ke sana.
“Kita tidak tahu jenis bantuan yang akan disalurkan kerana belum berada di sana, namun saya yakin pasukan yang akan dihantar mampu membantu rakyat kita di sana selain meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan