Sebuah kilang terbakar selepas gempa bumi di Miyagi
Seorang wanita yang masih trauma terpaksa berada di luar rumah selepas ranap akibat gempa bumi |
Penduduk Iwaki berbaris panjang untuk mendapatkan makanan yang terhad kerana bantuan kerajaan masih belum tiba |
Sampah hanyutan tsunami selepas 48 jam. Bekalan elektrik masih terputus dan air bersih disalur menggunakan tangki statik |
Mangsa tsunami yang terselamat dibawa menaiki kapal laut |
Penduduk menggunakan alat khas mengesan sebarang tanda kebocoran nuklear |
Tentera Jepun berusaha mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan di Sendai |
Pegawai agensi nuklear memantau keadaan seorang penduduk yang disyaki terkena radiasi akibat kebocoran janakuasa nuklear |
Bangunan runtuh menyembah bumi di Miyagi |
Pegawai membawa seorang penduduk yang terkena sinaran raidasi untuk dibawa ke hospital di *****ushima |
Pasukan penyelamat membawa mangsa runtuhan yang berjaya dikeluarkan selepas hampir 35 jam tertimbus |
Kereta tertimbus dan terjunam ke dalam lubang yang terbentuk selepas gempa bumi di Rikuzentakata |
Keadaan loji tenaga nuklear *****ushima Daiichi melalui udara selepas tsunami |
Keadaan loji No 1 *****ushima Daiichi yang kali pertama meletup semalam |
Keadaan pekan Minamisanriku dari udara selepas tsunami. Dikhuatiri lebih 300 orang hilang |
Kapal tersadai dihanyut arus laut tsunami menghempap rumah di Yamagata |
Gerabak keretapi yang ditenggelami air selepas tsunami melanda daerah padat penduduk di Sendai |
Penduduk yang terselamat berlindung di atas bangunan sementara menanti bantuan tiba |
Lagi kapal yang dihanyutkan arus tsunami di daerah Sendai |
Kanak-kanak perempuan diselamatkan petugas bencana dan dibawa ke pusat penempatan sementara di Natori |
Beginilah keadaan dari jarak dekat loji janakuasa nuklear *****ushima Daiichi selepas letupan pertamanya semalam |
Mangsa warga emas dipapah sendiri oleh penduduk yang terselamat dalam bencana gempa bumi di wilayah Ibaraki |
Penduduk yang terselamat masih terperangkap dalam air tsunami terpaksa menggunakan sampan buatan untuk keluar ke kawasan selamat |
Keadaan sebatang jalan raya yang berombak akibat gempa bumi dengan kekuatan 9.0 pada skala Richter |
Perhatiakan gelombang magnitud yang berwarna hitam dan ungu, pusat gempa bumi Jepun yang hanya 320 kilometer dari Tokyo |
Tsunami sedang mengehentam Natori |
Tsunami selepas hanya 30 saat menghentam Natori menyapu apa saja yang berada di laluannya. Dianggarkan air laut masuk ke daratan sejauh 3 kilometer! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan