Rempuh guna Perdana V6 curi

SEREMBAN - Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini gempar kelmarin apabila seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar premis hingga tertanggal dengan kereta jenis Proton Perdana V6 curi yang dinaiki bersama rakan wanitanya.
Kejadian menggemparkan itu berlaku pukul 5.40 petang apabila pasangan berusia lewat 20-an berkenaan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung satu laporan palsu berkaitan samun yang dibuat seorang lelaki berusia 55 tahun Ahad lalu.
Mereka yang tiba di IPD berkenaan kemudian enggan keluar apabila diarahkan sebelum memecut lalu merempuh sebuah kereta milik anggota polis. Mereka kemudian merempuh pula pintu pagar IPD berkenaan hingga tertanggal.
Difahamkan, dua jam selepas melarikan diri, polis menemui kereta suspek ditinggalkan di Seremban Dua iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, suspek dipercayai menaiki sebuah kereta lain ekoran kereta Proton Perdana itu telah rosak.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.