Muhyiddin: 1.2 juta anggota BN belum daftar jadi pengundi

February 27, 2011
MUAR, 27 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu usaha diperhebatkan bagi memastikan kira-kira 1.2 juta anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno berdaftar sebagai pengundi yang sah.
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno berkata adalah amat merugikan kepada Umno dan BN kerana anggotanya yang tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak akan dapat membantu parti pada pilihan raya kelak.
“Daripada 1.2 juta anggota BN yang gagal mendaftar sebagai pengundi, 420,000 adalah anggota Umno,” katanya (gambar) ketika merasmikan serentak persidangan tahunan Umno Cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Pekembar, Pagoh semalam.
Bagaimanapun, katanya jumlah anggota Umno yang masih gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi telah berkurangan berbanding 600,000 anggota yang gagal berbuat demikian pada tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri mahu jentera Umno di peringkat cawangan menggerakkan jentera mereka untuk memastikan lebih ramai anggota parti didaftarkan sebagai pengundi.
Beliau juga mahu usaha dilakukan di peringkat cawangan untuk menambah anggota Umno.
Selain itu, Muhyiddin berkata Umno perlu meningkatkan usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, bukan sahaja dengan cepat tetapi dilakukan secara berterusan untuk memastikan masalah terbabit tidak dijadikan isu pada pilihan raya kelak. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.