Bom peninggalan perang dunia kedua diletupkan

March 02, 2011
SEPANG, 2 Mac – Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memusnahkan bom peninggalan perang dunia kedua yang ditemui di tapak pembinaan KLIA 2 di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Baharudin Mustafa berkata bom yang dipercayai berusia 50 tahun dan telah berkarat itu diletupkan pada pukul 3.20 petang di tapak pembinaan itu.
Beliau berkata bom yang tidak dapat dipastikan sama ada aktif atau tidak itu ditemui pekerja pembinaan pada pukul 12.30 tengah hari Isnin lepas ketika melakukan kerja mengorek tanah.
“Bom itu diletupkan di dalam satu lubang mengikut spesifikasi tertentu, di tapak penemuan bom itu yang jaraknya kira-kira 5km dari terminal KLIA,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini hari ini.
Kerja pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang baru atau KLIA 2, sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada Oktober 2012.
Mengenai dakwaan landasan kapal terbang di KLIA ditutup berikutan kejadian itu, Baharudin meminta perkara itu dirujuk kepada pihak Malaysia Airport Berhad. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.