Kumpulan akhir 18 rakyat Malaysia di Libya tiba di KLIA

March 02, 2011
SEPANG, 2 Mac — Kumpulan terakhir seramai 18 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Libya, selamat tiba di tanah air hari ini.
Mereka yang kebanyakannya bekerja di negara terbabit berlepas dari Rom, Itali pada pukul 12.20 tengah hari semalam dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH015, yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.26 pagi.
Sebelum ini mereka berada di Tunisia setelah terkandas di Tripoli, Libya, dan tiba di Rome melalui pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Mereka merupakan kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air ekoran krisis yang sedang berlaku di Libya selepas 98 orang selamat tiba dua hari lepas dan lapan orang semalam.
Ketibaan kumpulan itu disambut gembira anggota keluarga masing-masing dan pihak pengurusan syarikat pekerja-pekerja tersebut, Ranhill Berhad yang setia menanti seawal pukul 5 pagi. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.