Dato' Tuan Ibrahim Dedahkan UMNO Sebenarnya Di Peralatkan Oleh MCA Dan Aniaya Orang Melayu Sejak Sekian Lama Mereka Memerintah Negara Ini

KERDAU, 2 Mac [1.04 am] - Pesuruhjaya Pahang dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), menegaskan UMNO BN sebenarnya yang telah ketandusan isu apabila mengatakan beliau takut kalah dan tidak bersedia menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. "Mereka sebenarnya terpedaya dengan taktik kita, mereka menyangka saya yang jadi calon. Mereka mainkan isu saya bukan anak tempatan Kerdau sebelum hari pencalonan, dengan harapan rakyat akan menolak PAS. Tapi akhirnya kita memilih Hasanuddin Salim sebagai calon, tambahan pula dia adalah anak tempatan. Ini membuatkan UMNO BN kebingungan sebenarnya. Sebab itulah Perdana Menteri, Najib Razak sendiri kecewa bila nama saya tidak dicalonkan", katanya kepada penyokong PAS di Felda Jengka 25 malam tadi. Sementara itu, beliau turut menegaskan UMNO semakin terdesak bila mengatakan "PAS jadi alat DAP" berikutan keenganan PAS berkawan dengan UMNO dan memilih DAP untuk bersama berjuang dalam Pakatan Rakyat. "UMNO tuduh PAS kawan dengan Cina DAP sedangkan mereka juga kawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal UMNO itu sendiri diperalatkan oleh MCA", katanya. "Bukti jelas UMNO yang gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik UMNO diserahkan kepada MCA", katanya.



"Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen. Soalnya kenapa UMNO kata PAS gadaikan perjuangan orang Melayu kepada DAP",
tambah beliau lagi. Dato' Tuan Ibrahim juga menegaskan UMNO sebenarnya yang telah menganiaya orang Melayu di negara ini. "Sejak 20 tahun lalu, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mendapat tambahan satu pun kerusi parlimen. UMNO hanya membenarkan SPR menambahkan kerusi parlimen yang begitu banyak di Sabah dan Sarawak. Maknanya, siapakah yang menganiaya orang Melayu di negara ini?", tambahnya lagi.

[Dalam ceramah penerangan di Felda Jengka 25 malam tadi, Dato' Tuan turut memaklumkan pernyertaan bekas pemimpin UMNO kawasan itu ke dalam PAS. Pemimpin yang banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat disitu berbuat demikian bersama beberapa orang kuat UMNO disitu. Pengumuman itu memberi tamparan cukup hebat kepada BN di Peti Undi Jengka 25 yang dipercayai turut menjadi kubu kuat mereka. Difahamkan, ramai lagi ahli UMNO akan berbuat demikian sebenarnya. Appaun tahniah kepada mereka yang terlibat. Ceramah yang berakhir sekitar jam 11.30 malam itu turut menampilkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang, Hasnuddin Salim (Calon PAS DUN Kerdau) dan Ustaz Kamal Ashaari. Melihat kepada isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, maka dilihat PAS berupaya menyaingi kehebatan BN yang tidak habis-habis menggunakan wang dan projek pembangunan untuk memancing undi. Perbuatan yang sepatutnya salah itu kini dihalalkan oleh SPR, atas alasan projek yang termasuk dalam Bajet bukanlah satu perbuatan rasuah. Walhal ia adalah sebaliknya. Justeru rakyat diseru memberi sokongan padu kepada calon PAS demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka lebih dihargai pada masa yang akan datang].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.