TERKINI @ 10:32:49 PM 23-03-2011
March 23, 2011
WASHINGTON, 23 Mac — Legenda Hollywood Elizabeth Taylor (gambar), pemenang anugerah Oscar dua kali meninggal dunia hari ini.Aktres itu berusia 79 tahun.
Pelakon yang menggodai ramai peminat ini meninggal dunia di Cedars-Sinai Hospital, Los Angeles ketika empat anaknya berada di sisi mendiang.
Mendiang, yang dicalonkan lima kali dan memenangi dua kali anugerah Oscar dimasukkan ke hospital enam minggu lalu ekoran masalah jantung yang telah lama dihadapinya, kata jurucakap publisiti Sally Morrison.
“Ibu saya seorang wanita luar biasa. Meskipun kehilangan beliau sesuatu yang menyedihkan mereka yang dekat dengan beliau, kami selalu diinpirasikan menerusi sumbangan ternilai beliau kepada dunia kita,” kata anaknya Michael Wilding dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.
Aktres bermata warna ungu ini telah memulakan kerjayanya dalam industri filem ketika berusia 10 tahun dan seringkali digambarkan sebagai wanita paling cantik di dunia skrin.
Antara filem terkenal lakonannya ialah “Butterfield 8” yang dihasilkan pada 1960 dan “Who’s Afraid of Virginia Woolf?”, “Cat on a Hot Tin Roof,” “Suddenly, Last Summer” dan “Raintree County”.
Selain dunia filem, akres ini juga terkenal kerana kehidupan peribadinya.
Taylor telah mendirikan rumah tangga lapan kali termasuk dengan pelakon Richard Burton.
Pada November 2004, mendiang mendedahkan bahawa berhadapan dengan masalah kegagalan jantung berfungsi dengan baik tetapi banyak kali menafikan berada di ambang kematian.
“Oh, adakah saya kelihatan macam hendak mati?” kata Taylor pada Mei 2006 ketika muncul pada program temu bual Larry King Live. — Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan