Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Politik Malaysia dihidangkan isu liwat yang sangat memual, meloya dan rasa nak muntah membacanya. Demikian pandangan Ketua Lajnah Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Malek berhubung video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baginya, the ends justifies the means, al-ghayah tubarrir al-wasilah, matlamat menghalalkan cara adalah 3 bahasa yang mempunyai satu makna dan maksud. “Ia adalah bentuk politik Machiavelli tanpa mengira halal haram. Yang penting matlamat terakhirnya dicapai,” tulisnya dalam emel yang dihantar kepada Harakahdaily. Katanya, belum selesai, muncul pula isu video seks tajaan Datuk T. “Siapa Mr T? T for what? Tipu, topeng, tolol? Mengapa pula berani ditayangkan kepada wartawan di sebuah hotel? Siapa di belakangnya?” soalnya. Jelasnya, beliau tidak memaksumkan orang yang dituduh atau yang dikatakan terlibat dengan video seks itu atau isu liwatnya, tetapi Islam telah memberikan keadilan untuk mereka yang baik dan tidak terlibat mempertahankan maruah yang difitnah. Apatah lagi, katanya pelbagai faktor di sekitar isu liwat dan video seksnya menjemput pelbagai sangkaan bahawa sebenarnya ia semata-mata fitnah dan rekaan dan yang dikatakan terlibat juga telah menafikannya. “Lainlah kalau video seks lakonan seorang pemimpin MCA dahulu yang dia sendiri secara gentleman mengaku tanpa dipaksa, dan dengan ‘gentleman’ (tanpa segan dan malu) terjun semula dalam politik memimpin MCA. “Rasuah, jenayah, maksiat sudah terlalu sangat subur dalam negara kita,” ujarnya. Menurutnya, Melayu tanpa taqwa sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat nafsu serakah tanpa mengira perhitungan dosa pahala. “Adakah mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti bersama Machiavelli?” soalnya. |
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan