Kerajaan Galakkan Rakyat Tonton Video Lucah?

Oleh Fadhil Osman
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang membiarkan perdana video lakonan aksi lucah ditayangkan di hotel Carcosa Seri Negara kelmarin tanpa bertindak pantas menghalang tayangannya terlebih dahulu.

DPPWP kesal kerana kerajaan tidak berusaha menghalang tindakan Dato' T yang jelas merosakkan imej dan nama baik hotel eksklusif tersebut yang sepatutnya digunakan untuk tetamu-tetamu rasmi kerajaan dan pemimpin luar yang datang ke Malaysia. Bahkan sehingga kini, Datuk T masih tidak ditangkap dan video lucah terbabit tidak dirampas.

Apakah pihak polis langsung tidak mendapat maklumat tentang adanya tayangan di hotel tersebut semasa kejadian? Bagaimana pihak media diberikan ruang dan dijemput untuk menontonnya secara bergilir-gilir tanpa ‘pengetahuan' pihak polis? Atau pihak polis sengaja melengah-lengahkan keadaan bagi memberi peluang video lucah ditayangkan untuk tontonan awam dan melemparkan fitnah terhadap tokoh pembangkang.
Kenyataan awal Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa pihak polis tidak terlibat dalam perkara ini menjelaskan lagi keadaan apakah peranan PDRM dalam isu ini. Kalau dalam kes video lucah Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, kerajaan dan PDRM ‘tidak cukup tanah' bertindak tegas terhadap mereka yang menyebarkannya, dalam hal ini pula kerajaan dan PDRM seakan berlepas tangan dengan membiarkan tayangannya tanpa apa-apa tindakan.
DPPWP kecewa kerana kerajaan membenarkan tayangan perdana video lucah dipertontonkan dihadapan khalayak awam. Seolah-olah menonton video lucah bukanlah suatu kesalahan dan haram disisi agama. Dato' Seri Mohd Nazri Aziz dalam satu kenyataannya menyatakan tidak salah bagi penganjur menayangkan video terbabit. Bagi Dato' Seri Nazri, kesalahan hanya berlaku sekiranya ia dibuat untuk mendapatkan keuntungan.
DPPWP merasa hairan bagaimana mentaliti begini boleh ada pada Menteri di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Dato' Seri Nazri Aziz seorang yang jahil agama dan tidak layak menjadi menteri. Patutlah beliau tidak mengambil pusing terhadap gejala sosial yang membarah di negara ini, dan patutlah UMNO sendiri membiarkan gejala sosial semakin menjadi-jadi.
Kes ini menjadi bukti bahawa menonton video lucah di negara ini bukanlah suatu kesalahan. Bagi pemimpin UMNO, kalau ia melibatkan pemimpin pembangkang, maka ia bukanlah kesalahan dan tontonlah sepuas mungkin. Asalkan jangan berlaku kepada pemimpin mereka. DPPWP mengharapkan agar rakyat membuka mata melihat sikap pemimpin-pemimpin UMNO sebegini yang sanggup merosakkan rakyat dan negara demi memuaskan nafsu politik murahan mereka.
Disediakan oleh

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.