Bahang Pilihan Raya Negeri Makin Terasa, Ketua Menteri Sarawak Umum Bubarkan DUN Isnin Ini

KUCHING [20 Mac] - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimana pun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon. Bagaimana pun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Dalam pilihan raya lalu BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu kerusi untuk PKR dan bebas.

[Nampaknya, pilihan raya Negeri Sarawak kali ini lebih mencabar dan panas berbanding dari yang sebelumnya. Apa tidaknya, selepas Tsunami 2008 maka inilah satu medan pertempuran palin hebat untuk menentukan penerimaan sebenar rakyat di negeri talian hayat BN itu. Jika kecundang atau banyak kerusi BN tumbang, maka ia pasti satu igauan yang amat buruk dan mimpin ngeri buat PM Najib Razak untuk mengilhamkan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Namun, jika mereka menang bergaya, maka sudah pastilah PRU bakal diadakan dalam masa terdekat selepas pilihan raya negeri itu nanti. Apapun, harus diingat BN tidaklah hebat sangat jika merasakan mereka terlalu sukar untuk ditewaskan. Ini kerana enam kerusi DUN tumbang sebelum ini dan terbaru kerusi Parlimen Sibu juga berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat. Apa yang pastu, limpahan kemewahan dan projek mee segera pasti akan turun mencurah-curah ke Sarawak pula selpas ini. Merana dan terkilanlah rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau yang sekarang ini menagih segala janji-janji yang ditaburkan oleh BN dalam pilihanraya kecil lalu, Mereka kini baru tersedar bahawa, segala janji itu hanyalah auta semata-mata demi menagih undi simpati daripada rakyat. Selepas menang, maka itu kehidupan mereka dan mungkin untuk selama-lamanya. Oleh itu, apakah rakyat Sarawak akan alami nasib yang sama? Sama-sama kita nantikan pengumuman tarikh pilihanraya negeri dalam masa terdekat ini. Buat seluruh rakyat Sarawak, inilah masanya untuk melakukan perubahan. Selamat berjuang demi masa depan generasi akan datang!].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.