Najib Dan Timbalannya Datang Ke Sarawak Untuk Melucutkan Taib Dari Jawatannya– E

Oleh Sarawak Report

Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak.

Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata ‘kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!” kata sumber kami tersebut

Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja ‘tempoh peralihan’ dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
“Kini dia siap” – bukti yang memusnahkan dari pasukan rahsia BN!
Sumber kami mengesahkan bahawa masalah utama bagi Taib dibuktikan dengan kemerosotan sokongan pengundi, sebagaimana diperolehinya pada keputusan pengundian secara rahsia yang dilakukan. Maklumat sedemikianlah yang menyukarkan pihak BN untuk menyembunyikan.
Walaupun menampakkan wajah berani dan secara berterusannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum bahawa Taib ‘tidak boleh kalah’, namun pihak BN di peringkat persekutuan begitu yakin bahawa Taib pastinya akan kecundang teruk dan pastinya akan kehilangan kerusinya.
Pemberi maklumat kami itu, yang begitu rapat dengan tokoh-tokoh utama dalam BN, mengatakan bahawa Jabatan Maklumat Taib telah membuat pengundian rahsia secara menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu. Sampel-sampel pengundian rahsia yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pengundi dari setiap kawasan pilihanraya dan mendapati keputusannya sungguh menggerunkan BN.
Pihak kami telah diberitahu bahawa keputusan persampelan itu menunjukkan parti PBB Ketua Menteri itu sendiri akan kehilangan ‘sekurang-kurangnya’ 14 dari 30 kerusinya dan parti SUPP pimpinan George Chan akan kehilangan sehingga 90% undi semasanya, iaitu sejumlah 17 daripada 19 kerusi! Parti SPDP pimpinan William Mawan dan PRS pimpinan James Jemut Masing juga akan kehilangan satu kerusi tiap-tiap satunya. “Kerusi-kerusi tersebut berada pada kawasan hitam, bukan kawasan kelabu”, kata sumber kami itu, maknanya kali ini BN pastinya akan kalah teruk. BN akan menerima hakikat bahawa parti-parti yang ada sekarang akan kehilangan sekurang-kurangnya 33 daripada 70 kerusi dan keputusan sebenar nanti mungkin lebih teruk dari itu.
Pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang yang dikatakan akan menafikan BN dengan majoriti dua-pertiga di Sarawak sekarang nampaknya ketinggalan zaman, jika berdasarkan perangkaan yang diperolehi. Pihak BN sendiri dikatakan akan dilanda tsunami perubahan dan mereka akan mengutuk Taib Mahmud atas kecundangnya “simpanan tetap” mereka itu.


Pihak SPRM sedang menunggu masanya sehingga selepas pilihanraya!


Sarawak Report percaya bahawa penggunaan pendekatan menyuntikkan maklumat rahsia oleh penokong-penyokong setia BN, walaupun kritikan-kritikan berterusan kami ke atas kerajaan BN Sarawak, adalah merupakan suatu sebab mengapa tokoh-tokoh BN di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai menjauhkan diri mereka
Sejak beberapa lama Taib telah berada begitu kukuh di kalangan para pemimpin di Malaysia, tetapi kini para pemimpin BN pusat terpaksa membuat beliau tunduk kerana memandangkan kemerosotan popularitinya.
Kemarahan dan kebencian sebenar ke atas ketamakan dan sifat kleptokrasi Taib selama ini telah memburukkan lagi rekod jenayah rasuah BN. Sesungguhnya, kami telah dimaklumkan bahawa usaha-usaha telah dijalankan untuk menjejak dan mengambil balik aset-aset Taib di luar negara hasil dari kecurian dan rompakan yang dilakukannya selama ini.
“Kini habislah dia. Ini bukannya persoalan perletakan jawatannya, tetapi ini adalah persoalan bahawa dia akan didakwa atas kesalahan rasuah. Pihak SPRM menunggu sehingga selesainya pilihanraya” Sarawak Report diberitahu.
Rancangan keluar Taib kini telah disekat, sebagaimana disahkan, yang akan memburukkan lagi tekanan antara kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri. Strategi Ketua Menteri itu untuk mengundur diri, yang dirancangnya pada tahun lepas, adalah untuk menerima perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, sebagai suatu helahnya untuk memperolehi kekebalan daripada didakwa. Tetapi Najib menafikannya. Akibatnya, penangguhan pilihanraya oleh Taib bagi membolehkannya mencari opsyen-opsyen baru telah menyebabkan krisis yang ada sekarang.
Tiada lagi laluan selamat untuk Taib

Strategi semasa Ketua Menteri itu adalah untuk mempastikan bahawa beliau diganti oleh seseorang yang liat dan beliau telah banyak kali memaksa KL untuk merestui pengganti pilihannya, Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber. Awang Tengah kini sedang membina sebuah kediaman yang amat besar di Kuching, suatu simbol kekayaan yang digemari oleh Taib sebagai menjadikannya kelihatan selari dengan gaji besar seseorang ahli politik! Namun KL telah berkeras mencadangkan Taib diganti oleh Abang Zohari Tun Openg, yang menurut mereka, merupakan seorang ahli politik yang memiliki kejujuran dan kesopanan. Namun Taib seringkali menafikan Abang Zohari. Kami juga diberitahu, bahawa tetamu-tetamu dari Persekutuan itu telah kecewa dengan calon bakal pengganti yang dikemukakan oleh Taib pada hujung minggu lepas. Taib dikatakan telah menyediakan suatu senarai sepuluh calon yang terdiri dari ahli-ahli keluarga terdekatnya. Namun Najib dan timbalannya yang gagah itu mengarahkannya untuk melupakan senarai nama calon-calon pilihannya itu.
“Hubungan dengan KL kini semakin busuk”

Jadi, mereka berpura-pura tersenyum di hadapan kamera. Tetapi di belakang kamera kita tahu bahawa gambarannya adalah krisis dalaman BN, pada masa mereka melaung-laungkan tuduhan melulu bahawa pihak pembangkang kian bersengketa menjelang pilihanraya.
Dengan keadaan ahli-ahli politik tempatan yang kebanyakannya berdiam diri kerana gerun dengan reputasi garang Taib, beliau membuktikan kepada Najib bahawa penggantiannya adalah sukar dilakukan sebelum pilihanraya. Namun, BN telah menyedari bahawa beliau sebenarnya akan kalah, seorang yang malang yang mereka benci dan seorang yang malang yang ingin mereka jadikan sebagai contoh dan tauladan.
Dan dalam masa beberapa minggu yang akan datang, KL kini mencari jalan keluar dan ingin melihat suatu imej yang bukannya Taib dan semua “bagasinya’. Namun, setelah mereka bertoleransi dengan kecurian dan rompakan yang dilakukan oleh Rajah Berambut Putih Sarawak itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjernihkan pandangan para pengundi mereka!-/ Kembali ke Asal

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.