MB Kedah minta polis ambil tindakan terhadap individu tonton video seks

March 23, 2011
ALOR SETAR, 23 Mac — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menahan individu yang menonton rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang.
Beliau (gambar) berkata polis juga perlu mengambil tindakan terhadap Datuk T, yang memiliki video itu.
“Semua yang terlibat patut diambil tindakan dan ditangkap termasuk Datuk T.
Video lucah ni... yang tayang sepatutnya kena yang tengok pun sepatutnya kena.
Itu cadangan sayalah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan identiti kumpulan Datuk T atau trio pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga meminta polis mengambil tindakan terhadap Datuk T kerana mendedahkan video seks itu.
Perbuatan seumpama itu jelas menyalahi etika serta bercanggah dengan mana-mana ajaran agama yang menekankan keadilan, keamanan dan kebaikan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.