Dun Sarawak bubar, PKR mahu 42 kerusi?

WarkahDaily, 21 Mac - Secara rasminya Dun Sarawak dibubarkan selepas ianya diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam bahawa Dun Sarawak dibubarkan hari ini.

Seperti biasalah, pemimpin Barisan Nasional (BN) akan terlebih dahulu membuat persediaan sebelum mengumumkan pembubarannya. Ianya tidak dapat dinafikan apabila Pengerusi BN dan Timbalannya sendiri selalu berulang-ulang alik ke Sarawak bagi membuat persediaan rapi sebelum masuk gelanggang pilihanraya. Memang tak ‘gentleman’.

Tapi, pemimpin BN bukannya nak mengendahkan itu semua asalkan kuasa depa dapat dikekalkan.

Walaupun ianya dipadang yang tidak rata dan tinggi sebelah, namun Pakatan Rakyat (PR) dilihat cuba memberi saingan sengit kepada BN dalam pilihanraya negeri yang ke – 10 yang dijangka tidak lama lagi.

PR dijangka akan berusaha membuat keputusan agihan kerusi minggu ini bagi Dun Sarawak. Dijangkakan, PKR bakal meletakkan sekurang-kurangnya 42 calonnya di pilihanraya nanti manakala DAP pula akan bertanding 15 atau 18 kerusi. PAS menurut laporan sekadar bertanding di tiga kerusi sahaja dan SNAP bertanding di 8 atau 12 kerusi Dun.

Menurut ketua PKR negeri, Baru Bian, agihan kerusi antara parti komponen masih lagi diperhalusi dan tumpuan dikhusus perbincangan antara SNAP kerana sebelum ini dikatakan parti itu mahu bertanding 40 kerusi. Namun bagi ketua PKR itu, ianya tidaklahh menjadi masalah besar dan sekadar usaha tawar menawar.

“Berita baiknya ialah bahawa kebanyakan kerjanya sudah pun dilakukan. Apa yang kami perlu lakukan sekarang ialah untuk terus mengatasinya dan melihat gambaran lebih besar untuk membebaskan Sarawak daripada kezaliman dan rasuah,” kata Bian dalam laporan laman berita Malaysia Chronicle.

Mereka berkata Snap tahu ia tidak akan dapat bertanding di banyak kerusi secara berkesan tetapi cuba mendapatkan sokongan seberapa banyak pengundi yang boleh.

Dalam pilihan raya negeri itu pada 2006, DAP memenangi enam kerusi di Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa.

PKR memenangi satu kerusi di Padungan, manakala PAS tidak memenangi mana-mana kerusi.

Manakala BN memenangi 63 kerusi, dengan PBB pimpinan Taib Mahmud memenangi 35 kerusi, SUPP pimpinan Tan Sri Dr George Chan Hong Nam memenangi 12 kerusi, PRS dan SPDP masing-masing menang lapan kerusi.

Parti Cinta Malaysia (PCM) pula memenangi satu kerusi di Ngemah.

Sementara itu, pengarah strategi PKR, Ramfizi Ramli, meramalkan PR mempunyai peluang 70 peratus untuk menafikan penguasaan dua pertiga yang dinikmati BN dalam DUN Sarawak.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.