Perlantikan Najib sebagai Presiden UMNO dan mungkin sebagai PM adalah merupakan petanda awal kekalahan UMNO BN di 3 PRK. Kekalahan demi kekalahan telah di alami UMNO BN sejak Permatang Pauh lagi sehingga yang terakhir di K. Terengganu.
Malah kekalahan tersebut sungguh mengaibkan. Pada 2 PRK tersebut Najib di lantik sebagai Pengarah Pilihanraya dan pada kali ini pula Najib sebagai Presiden UMNO dan mungkin sebagai PM. Badi kekalahan UMNO BN tidak boleh di bendung lagi. Dan momentum kemenangan Pakatan Rakyat tidak boleh dikekang lagi.
Najib juga menolak tanggapan bahawa keputusan pilihanraya kecil di 3 kawasan iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai merupakan referundum rakyat terhadap kepimpinannya. Jelas, Najib pun tidak yakin boleh menang dalam PRK ini. Najib telah terpalit dengan pelbagai tuduhan sebelum menaiki takhta PM. Skandal pembelian kapal selam dan pelbagai tuduhan lagi masih belum terjawab. Belum ada lagi dalam sejarah negara ini, seorang bakal PM berhadapan dengan pelbagai pertuduhan dan tohmahan.
Imej Najib yang buruk pada pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa merupakan liabiliti yang perlu ditanggung oleh UMNO BN. Laporan di media-media antarabangsa mengenai penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya mencalarkan imejnya sebagai bakal PM. Mungkin harga yang perlu dibayar ialah dengan kekalahan di 3 PRK dan mungkin tragedi Idris Jusoh bakal menimpa Najib pula.
Najib juga menafikan akan mengekang ruang demokrasi di negara ini bila berkuasa kelak. Namun siri rampasan kuasa di Perak adalah bukti ruang-ruang demokrasi telah dicabuli. Penggantungan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan adalah juga siri-siri sekatan yang akan dilakukan oleh pemerintahan Najib. Jelas pelbagai sekatan terhadap rakyat akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Sekatan-sekatan ini akan mempercepatkan lagi terkuburnya UMNO BN. Sebenarnya selama ini UMNO BN telah menggali kubur yang sangat dalam buat dirinya...........
http://addin77.blogpot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan