PETALING JAYA, 28 Sept [11.12 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan selewat-lewatnya 6 Oktober depan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, pilihan raya kecil DUN berkenaan akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 47, pada Isnin. "Pilihan raya kecil bagi DUN berkenaan perlu diadakan kerana tempoh 'edah' sebelum berakhirnya penggal pilihan raya belum sampai. "Memandangkan sekarang berlakunya kekosongan bagi kerusi berkenaan, maka pilihan raya kecil mesti diadakan. "Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan hanya jika sesuatu kekosongan itu berlaku selepas Mei 2011," katanya. Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasiruddin Daud. Sementara itu Polis Kelantan suda bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya SPR menetapkan kekosongan kerusi DUN Galas perlu diadakan dalam masa terdekat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakannya dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar. "Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman dan selamat," katanya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu













Tiada ulasan:
Catat Ulasan