KUALA LUMPUR, 12 Dis - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman kerana ia boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (foto) berkata, perbuatan itu perlu dihentikan kerana ia tidak selaras dengan matlamat penubuhan BN iaitu bagi mewakili semua kaum. "Masalah di kalangan sebilangan parti komponen BN (masa kini) adalah dalam keinginan untuk menjadi popular, mereka suka membawa isu-isu perkauman. "Tindakan ini boleh membawa kesan negatif kerana apabila anda hanya mempromosikan satu kaum, maka kaum-kaum lain tidak akan menyokong kamu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Pada Konvensyen BN 2010, Ahad lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang berucap mewakili parti itu secara terbuka mendesak agar istilah 'ketuanan Melayu' dilarang daripada digunakan dan turut menegaskan dasar utama kerajaan tidak harus diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Ditanya adakah kenyataannya itu merujuk kepada MCA, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak ingin menyatakan parti mana yang di maksudkan. Anda (wartawan) lebih tahu dari saya".
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu













Tiada ulasan:
Catat Ulasan