Susulan pendedahan panas kami perihal kes seorang pegawai kanan
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat di sebuah hotel ternama dekat Kuantan baru-baru ini, maka ramai pihak yang menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan kes tersebut. Biarpun, ada yang cuba menafikan berita itu atas alasannya yang tersendiri, namun ramai pihak sebenarnya sudah mengetahui kejadian itu biarpun tidak dihebahkan di laman blog ini. Cuma, anehnya tidak ada satu pun media arus perdana yang meng
"highlight"kan insiden tersebut. Seolah-olah mereka tidak mendapat maklumat sebenar tentang kejadian itu. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Menurut sumber, segala fail dan kertas pendakwaan terhadap pegawai terbabit sudah pun disiapkan. Cuma terdapat beberapa halangan yang menyebabkan ia tergantung sekarang ini. Mungkin dek kerana, pengaruh pegawai berkenaan atau sebaliknya. Malah, usaha-usaha untuk meminda kes masih dijalankan sekarang ini. Segalanya bertujuan untuk menyelamatkan dua individu terbabit dari didakwa berkhalwat. Apa yang lebih mengejutkan ialah, ada pula pihak yang bersetuju bahawa pegawai berkenaan sudah pun berkahwin dengan pasangannya yang juga kakitangan di jabatan agama tersebut (MUIP).
Maruah Agama Itu Penting Untuk Di Pertahankan
Soalnya, jika mereka sudah berkahwin mengapa perlu mengadakan perjumpaan sulit di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan mencurigakan ketika ditangkap?. Malah, terdapat juga maklumat mengatakan pegawai berkenaan memang telah lama berhubung secara sulit dengan pasangannya itu. Difahamkan, ketika di
Pejabat Kadi Jengka dulu, pasangan (wanita yang ditangkap itu) juga telah mempunyai kes seperti ini hingga menyebabkan tindakan displin hampir diambil terhadap beliau. Ketika itu, dia masih berkerja secara kontrak di sana. Maka, atas usaha pasangannya yang merupakan pegawai kanan MUIP akhirnya dia dipindahkan sebumbung dengan pegawai terbabit dan diuruskan jawatan tetap disitu. Maka, bermulalah era hubungan terlarang yang langsung tidakk diketahui oleh orang ramai hatta kakitangan di MUIP sendiri. Hinggalah kedua-duanya tertangkap pada penghujung November tahun lalu itu. Jika tidak, sudah pasti perhubungan sulit kedua-dua mereka sukar untuk dihidu. Begitulah serba sedikit maklumat terkini yang diterima oleh pihak kami berkenaan kes itu sekarang. Apapun, laporan seterusnya akan menyusul dan difahamkan pasangan wanita terbabit kini sedang menguruskan kursus kahwin dengan pihak tertentu untuk membolehkan beliau mendirikan rumahtangga dengan pasangannya itu. Ia bagi tujuan mengelirukan orang ramai tentang insiden yang berlaku terhadap mereka.
Penguatkuasa JAIP begitu garang menangkap umat Islam
beli nombor ekor satu ketika dulu, soalnya kenapa dalam
kes ini mereka akhirnya terpaksa menikus agaknya ? [Diharap, pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dapat mempercepatkan proses pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh terbabit. Usahlah dicari jalan untuk melengah-lengah atau meminda kes tersebut. Lakukan tindakan biarpun ia agak perit akibat desakan daripada pihak atasan agar kes itu dipinda atau ditutup. Islam perlu dipertahankan lebih dari segalanya. Ingatlah, Allah melihat apa yang anda semua kerjakan. Tiada gunanya lagi menyimpan pegawai yang khianat di sebuat jabatan agama yang sepatutnya menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Jika kes ini tidak ditangani dengan secara adil dan saksama, maka sudah pasti ia akan memberi tanggapan negatif kepada umat Islam di negeri ini sebenarnya. Mereka akan memberontak kerana bila ada kes melibatkan orang yang berkedudukan maka kes akan ditutup atau dipinda, tetapi jika berlaku kepada orang biasa begitu laju pendakwaan dibuat. Siapakah yang lebih mereka takutkan sekarang?. Kami akan mendedahkan gambar sebenar pasangan terbabit, kiranya tiada apa-apa tindakan pendakwaan dibuat dalam sehingga akhir bulan ini. Demi maruah agama Islam, biarlah ia menjadi satu pedoman untuk semua].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan