SHAH ALAM 5 Okt [2.35 pm] - Polis hari ini mengambil keterangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin (foto) berhubung kenyataannya yang didakwa mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Shamsul Iskandar dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 11.15 pagi diiringi peguamnya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan seorang peguam dari Majlis Peguam, Fadiah Najwa Fiqri. Shamsul Iskandar keluar semula bersama peguamnya pada kira-kira pukul 1 petang. Yusmadi ketika ditemui media berkata, Shamsul Iskandar memberikan kerjasama dan keterangan kepada pegawai penyiasat terbabit dan ia merupakan proses siasatan biasa. "Pihak kami sentiasa bersedia sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, dan kami akan terus memberikan kerjasama," katanya. Laporan sebelum ini menyebut, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 September lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu













Tiada ulasan:
Catat Ulasan