KOTA BHARU 5 Okt [5.20 pm] - Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi. Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey berkata, jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen nanti. "Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini. Pandak berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi suarakan masalah dan aspirasi mereka pada pilihan raya kecil itu nanti.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu













Tiada ulasan:
Catat Ulasan