SDC Terima Lebih RM4 Bilion Pelaburan Sektor Swasta

December 11, 2009 20:52 PM

KOTA KINABALU, 11 Dis (Bernama) — Koridor Pembangunan Sabah (SDC) menerima pelaburan lebih RM4 bilion dari sektor swasta sehingga Jumaat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

“Sebagai tambahan, RM20 bilion lagi masih di peringkat perancangan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pembukaan untuk mempengerusikan mesyuarat keempat Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di sini.

Katanya beliau gembira bahawa projek di bawah SDC diiktiraf dan dimasukkan di Bajet 2010 negara, yang termasuk pembangunan Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) di Sandakan dan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau.

“Melalui SDC, POIC akan merangsang pembangunan kawasan pembangunan strategik segitiga bio, yang termasuk Pusat Pendidikan Sandakan dan Projek Agropolitan Tongod dan Beluran.

“Bagi Pusat Ternakan Bersepadu Keningau, ia akan merangsang pembangunan Lembah Makanan Pedalaman yang merangkumi Agropolitan Kemabong dan pembangunan industri ternakan Nabawan,” katanya.

Musa berkata strategi yang dinyatakan dalam Bajet 2010 negara menggariskan langkah merangsang ekonomi negara ke arah menjana pendapatan tinggi, mengguna pakai pembangunan secara holistik dan mampan, serta membaiki taraf hidup dan pendapatan rakyat.

“Tambahan lagi, kedua-dua bajet negara dan negeri menitikberatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi, khususnya pada segi pelaburan dan mengerakkan modal.

“Ini sejajar dengan objektif negara dan negeri, terutamanya sekarang, semasa kami melakukan persediaan melaksanakan fasa kedua SDC,” kata Musa.

Beliau memberikan contoh kejayaan Pesta Dagangan Borneo Antarabangsa 2009 (BITF2009) baru-baru ini, yang dianjurkan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dengan kerjasama Dewan Perniagaan Kesatuan China Sabah dan Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandusun.

Menurut Musa, dengan pelancaran SDC, para pelabur dan komuniti perniagaan secara amnya berkeyakinan terhadap persekitaran pelaburan Sabah.

Katanya BITF2009 buat pertama kalinya, mempamerkan projek di bawah SDC.

Musa berkata pesta itu berjaya menarik hampir 60,000 pengunjung.

“Ini sungguh menggalakkan walau pun dunia pada masa ini masih merasai cabaran ekonomi dan dibeban pula dengan selesema H1N1 dan lain-lain,” katanya.

Beliau mengalu-alukan pelbagai usaha untuk memajukan pembangunan sumber pertumbuhan baharu, khususnya industri hijau, industri kreatif dan industri bidang khusus seperti pelancongan kesihatan, teknologi kaklumat dan komunikasi (ICT) dan industri halal.

– BERNAMA

Wan Ismail Kini Dirawat Di HUSM

11 Disember, 2009 20:50 PM

KOTA BAHARU, 11 Dis (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sakit ketika mengerjakan haji di Mekah, selamat pulang untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sekembalinya dari Tanah Suci petang Jumaat.

Wan Ismail, 59, dibawa ke hospital itu dengan menaiki ambulan setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini dan diiringi anggota keluarganya.

Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu.

– BERNAMA

Nazri Didesak Tarik Balik Kenyataannya Menyamakan Khidmat Teksi Dengan Tandas

11 Disember, 2009 21:03 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Pemandu teksi di Lembah Klang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menarik balik kenyataannya baru-baru ini yang menyamakan perkhidmatan teksi dengan tandas.

Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia Azmi Md Yatin berkata walaupun Mohamed Nazri berkata hanya segelintir sahaja yang bersikap negatif seperti mengenakan kadar tambang tinggi dan enggan menghantar penumpang ke tempat jauh tetapi menyamakan pemandu teksi dengan tandas adalah satu penghinaan.

Dalam laporan sebuah akhbar pada 9 Disember lepas Nazri berkata kajian ke atas pelancong mendedahkan bahawa perkara pertama yang pelancong tidak suka ialah teksi manakala tandas jatuh di tempat kedua namun Nazri menganggap bahawa perkhidmatan teksi adalah lebih teruk dari tandas.

“Kenyataan Nazri ini sangat melampau dan kami (pemandu teksi) dari Lembah Klang sebulat suara bersetuju agar Nazri memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan imej semua pemandu teksi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Setiausaha kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Kamarudin Hassan di pejabat Umno Cawangan Jalan Peel di sini Jumaat. Kamarudin mewakili Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Kamarudin berkata memorandum tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

– BERNAMA

Kerajaan Beri Peruntukan Untuk Pelbagai Rumah Ibadat

11 Disember, 2009 21:39 PM

PORT DICKSON, 11 Dis (Bernama) — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah berkata sejumlah besar peruntukkan disalurkan untuk pembinaan rumah ibadat agama lain tetapi ia tidak dihebahkan.

Katanya pihak kerajaan tidak membesar-besarkan isu peruntukkan untuk memenangi hati mana-mana penganut agama.

“Kita memberi setiap orang, tidak ada agama yang dianaktirikan walaupun kita telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi di negara kita, tetapi kepentingan agama lain pun diambil kira dan setiap kali peruntukkan pun memang untuk kuil disalurkan melalui MIC,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kolokium Sekretariat Rukun Negara di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu perbezaan peruntukan rumah ibadat Islam dan bukan Islam yang ditimbulkan oleh Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

“Dia tak nampak yang kuil India pun kita bagi, gereja pun kita bagi, tokong Cina pun kita bagi tetapi dia tak nampak, dia nampak kita bagi masjid,” kata Murugiah.

Beliau berkata dalam Barisan Nasional pun terdapat Menteri dan Timbalan Menteri yang memohon dari kerajaan untuk membina rumah ibadat untuk penganut agama masing-masing.

“Saya minta semua orang supaya akur dengan perlembagaan. Jangan kita nak jadi jaguh kampung dengan kita mengungkitkan isu-isu yang boleh menyakitkan hati kaum lain, agama lain,” katanya.

Sikap inilah yang akan menyebabkan negara ini terjebak dalam pelbagai masalah, katanya.

Sepatutnya sebagai rakyat, mereka perlu memahami apa yang termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu mempertikaikan kontrak sosial yang sudah wujud sejak sekian lama, katanya.

“Ini yang kita tidak faham, benda-benda ini sudah pun dipersetujui dari awal-awal lagi, semua orang kena akur pada perlembagaan, jangan kita sebagai parti pembangkang boleh buka mulut dan tanya macam-macam soalan yang boleh mengelirukan kaum lain dan menyakiti kaum lain,” katanya.

– BERNAMA

Kerajaan Beri Peruntukan Untuk Pelbagai Rumah Ibadat

11 Disember, 2009 21:39 PM

PORT DICKSON, 11 Dis (Bernama) — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah berkata sejumlah besar peruntukkan disalurkan untuk pembinaan rumah ibadat agama lain tetapi ia tidak dihebahkan.

Katanya pihak kerajaan tidak membesar-besarkan isu peruntukkan untuk memenangi hati mana-mana penganut agama.

“Kita memberi setiap orang, tidak ada agama yang dianaktirikan walaupun kita telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi di negara kita, tetapi kepentingan agama lain pun diambil kira dan setiap kali peruntukkan pun memang untuk kuil disalurkan melalui MIC,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kolokium Sekretariat Rukun Negara di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu perbezaan peruntukan rumah ibadat Islam dan bukan Islam yang ditimbulkan oleh Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

“Dia tak nampak yang kuil India pun kita bagi, gereja pun kita bagi, tokong Cina pun kita bagi tetapi dia tak nampak, dia nampak kita bagi masjid,” kata Murugiah.

Beliau berkata dalam Barisan Nasional pun terdapat Menteri dan Timbalan Menteri yang memohon dari kerajaan untuk membina rumah ibadat untuk penganut agama masing-masing.

“Saya minta semua orang supaya akur dengan perlembagaan. Jangan kita nak jadi jaguh kampung dengan kita mengungkitkan isu-isu yang boleh menyakitkan hati kaum lain, agama lain,” katanya.

Sikap inilah yang akan menyebabkan negara ini terjebak dalam pelbagai masalah, katanya.

Sepatutnya sebagai rakyat, mereka perlu memahami apa yang termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu mempertikaikan kontrak sosial yang sudah wujud sejak sekian lama, katanya.

“Ini yang kita tidak faham, benda-benda ini sudah pun dipersetujui dari awal-awal lagi, semua orang kena akur pada perlembagaan, jangan kita sebagai parti pembangkang boleh buka mulut dan tanya macam-macam soalan yang boleh mengelirukan kaum lain dan menyakiti kaum lain,” katanya.

– BERNAMA

BTN tidak bersifat perkauman-Abdullah

11 Disember, 2009 16:09 PM

By: Ramjit

–>KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri tidak bersifat perkauman.

“Tapi kalau ada mana-mana individu yang bersifat perkauman, itu saya tak tahu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kerja dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) 2009 di sini Jumaat.

baca seterusnya

Petronas, Shell Peroleh Hak Bangun Lapangan Minyak Di Iraq

12 Disember, 2009 00:01 AM

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Syarikat minyak terbesar Eropah, Royal Dutch Shell dan syarikat petrolum Malaysia, Petronas pada Jumaat memperoleh hak untuk membangunkan satu daripada lapangan minyak terbesar yang masih belum diteroka di Iraq, ketika negara itu mengadakan bidaan kedua kontrak minyak sejak penaklukan Amerika Syarikat pada 2003.

Menurut laporan agensi berita Reuters di Baghdad, syarikat-syarikat itu mencadangkan harga bagi setiap tong pada kadar hanya $1.39 setong dan berikrar akan meningkatkan pengeluaran dari lapangan minyak terbesar Majnoon sehingga 1.8 juta tong sehari (bpd) daripada pengeluaran semasa 45,900 bpd.

“Kami mengumumkan konsortium Shell dan Petronas memperoleh (kontrak) bagi membangunkan Majnoon, dan harga itu kurang daripada kadar yang ditetapkan Kementerian Minyak,” kata Menteri Minyak Iraq Hussain al-Shahristani.

Majnoon mempunyai rizab sebanyak 12.6 bilion tong, menjadikan ia sebagai satu lapangan minyak terbesar yang belum diteroka.

Shell mempunyai 60 peratus kepentingan dalam konsortium itu manakala Petronas memegang baki kepentingan 40 peratus.

Sementara itu, syarikat minyak China, China National Petroleum Company (CNPC), Total dan Petronas memperoleh kontrak dalam bidaan kedua bagi lapangan Halfaya dengan cadangan harga $1.40 setong dan sasaran pengeluaran maksimum 535,000 bpd daripada pengeluaran semasa 3,100 bpd.

CNPC memiliki 50 peratus kepentingan dalam usahasama itu manakala Total dan Petronas masing-masing memegang 25 peratus kepentingan.

Halfaya, yang terletak di selatan Iraq, dianggarkan mempunyai rizab 4.1 bilion tong minyak.

– BERNAMA

Cabaran Berliku Perangi HIV Di Sarawak

By: Ramjit

–>Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Ada nada kecewa dalam bicaranya semasa berkongsi cerita mengenai usaha beliau untuk memerangi penularan HIV dan AIDS di negeri kelahirannya Sarawak.

Keluhan wanita ini bukan kerana beban tugas yang perlu digalas. Ia lebih kepada pelbagai pahit getir cabaran yang beliau dan rakan sepasukannya dari Sarawak Aids Concern Society (SACS) terpaksa tempuhi dalam meneruskan perjuangan mereka.

Satu daripada cabaran itu, katanya, ialah untuk sampai kepada mereka yang masih tinggal nun jauh di desa dan kawasan pedalaman termasuk tempat seperti Baram di Miri, Belaga dan Kapit berhampiran Sibu dan Limbang.

Untuk membuktikan kata-katanya itu, beliau memaparkan peta Sarawak di skrin di mana bumi kenyalang itu disifatkan sebagai “negeri yang besar, sebesar Semenanjung Malaysia tanpa Melaka dengan taburan penduduk yang berselerak.”

ADA BATASAN

Seandainya kereta api dan lebuh raya menjadi jalan pengangkutan lazim di Semenanjung Malaysia, di pedalaman Sarawak, sungai dan anak-anak sungai menjadi jalan utama.

Jalan bertar jarang sekali ada di kawasan pedalaman, malah kebiasaannya jalan yang ada cuma jalan yang dipenuhi batu-batu kecil atau tanah merah, lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai trek balak.

“Jalan-jalan ini mudah rosak akibat cuaca dan penggunaan yang banyak menjadikannya berbahaya dan tidak boleh dilalui,” Rahmah Wahap-Nicholls, pengurus program SACS memberitahu peserta perbincangan meja bulat mengenai HIV dan AIDS dianjurkan United Nations Theme Group on HIV di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut pesara jururawat berusia 57 tahun ini, meskipun pengangkutan sungai ialah nadi kepada penduduk kawasan pedalaman Sarawak, penggunaannya terbatas.

Beliau menjelaskan bukan sahaja kos amat tinggi, tetapi pada waktu tertentu, sungai mungkin menjadi terlalu cetek atau kering di sesetengah tempat dan ada kala juga air sungai mungkin melimpah dengan jeram yang deras airnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu bahawa terdapat juga tempat di Sarawak yang kebolehlaluannya hanya menerusi pengangkutan udara dan kosnya lebih tinggi daripada tambang pergi balik Kuala Lumpur-London.

SENARIO HIV DAN AIDS SARAWAK

Di sebalik angka kes terkumpul HIV dan AIDS yang agak rendah di Sarawak berbanding negeri-negeri lain, Rahmah berkata angka berkenaan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Sehingga 2009, katanya jumlah terkumpul kes HIV dan AIDS yang dilaporkan lebih sedikit daripada 1,000.

“Yang membimbangkan semakin ramai suri rumah yang dijangkiti. Untuk tempoh enam bulan pertama 2009, 57 peratus kes baru ialah suri rumah. Memandangkan kaedah jangkitan menerusi seks heteroseksual, fokus kepada kumpulan ini perlu ditingkatkan,” katanya, dengan menambah kata suami perempuan yang dijangkiti enggan untuk menjalani ujian dan mendakwa virus itu bukan daripada mereka.

baca seterusnya

Iran seeks serious, transparent nuclear talks

TEHRAN, Dec. 11 (MNA) — Expediency Council Chairman Akbar Hashemi Rafsanjani says Iran is seeking “serious and transparent” talks with the West about its nuclear program in order to build mutual confidence. But threatening to impose sanctions on Tehran over its nuclear program is the wrong course of action for the West to take, the former Iranian president told Lebanon’s Al-Manar television in an interview aired on Thursday. In pursuing a policy of threats toward Iran, the …

Bola Sepak Curi Tumpuan Pada Hari Ketiga Temasya Di Vientiane

Bola Sepak Curi Tumpuan Pada Hari Ketiga Temasya Di Vientiane

By: Ramjit

–>

VIENTIANE, 11 Dis (Bernama) — Walaupun acara akuatik pada hari Jumaat menyumbangkan lima pingat emas buat Malaysia termasuk mencatat tiga rekod baru temasya serta memperbaharui empat rekod kebangsaan, tumpuan tentunya pada acara bola sepak selepas skuad K. Rajagobal layak ke saingan separuh akhir.

Lebih manis lagi pada perlawanan yang berkesudahan Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand, kejayaan ini juga mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana skuad Gajah Putih itu, di bawah bimbingan Steve Darby, tersingkir awal selepas 36 tahun berturut-turut menjadi semifinalis acara itu.

Kali terakhir skuad Malaysia meraih pingat emas pada temasya dwitahunan ini ialah 20 tahun lepas (1989) di Kuala Lumpur di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley.

Malaysia hari ini meraih enam emas menerusi renang yang menyumbang tiga, karate (dua) dan terjun (satu).

Kontinjen negara turut mendapat tiga perak (karate, menembak, snuker & biliards) serta lapan gangsa dalam acara renang (dua), menembak (dua), taekwondo (dua), terjun (satu), karate (satu), berbasikal (satu).

Perenang kebangsaan, Daniel Bego memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 50.16 saat.

Rekod Sukan SEA sebelum ini dipegang oleh Richard Sam Bera dari Indonesia (50.80s) dan rekod kebangsaan milik Daniel dipecahkan menerusi catatan 50.94s yang dicipta di Kejohanan Renang Dunia di Rome.

Siow Yi Ting juga memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 100m kuak dada wanita dengan catatan masa 1:09.82s.

Yi Ting memadam rekod 1:10.55s milik Nicoletta Teo dari Singapura di Korat, Thailand dua tahun lepas, manakala rekod kebangsaan miliknya yang dicatatnya 1:11.29s semasa beraksi di Sukan Asia Doha pada 2006.

Khoo Cai Lin yang beraksi dalam acara 400m gaya bebas wanita mencipta sejarah tersendiri selepas mencatat masa 4:10.75s, kira-kira enam saat lebih pantas daripada catatan masa rekod kebangsaan miliknya iaitu 4:16.96s.

Catatan masa itu turut memperbaharui rekod Sukan SEA miliknya iaitu 4:18.20s yang dilakukan dua tahun lepas di Korat, Thailand.

Malaysia turut mencipta rekod baru kebangsaan melalui kuartet 4×100m gaya bebas wanita dengan catatan masa 3:51.40s, mengatasi rekod lama iaitu 3:54.91s.

Karate menyumbang dua emas menerusi Mohd Hatta Mahmud dari acara kumite lelaki bawah 84kg sementara Jamalliah Jamaludin meraih emas dari acara kumite wanita lebih 60kg.

Harapan skuad menembak untuk menyumbang emas hari ini berkecai selepas Bibiana Ng sekadar meraih perak dalam acara Air Pistol Individu Wanita 10m.

Bibiana Ng dan rakannya Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Mohd Badrin kemudian menyumbangkan satu gangsa dalam acara Air Pistol Berpasukan 10m sementara satu lagi pingat gangsa diperoleh menerusi acara Prone Rifle Berpasukan Wanita 50m selepas Muslifah Zulkifli, Nur Suryani Mohamed Taibi dan Nor Ain Ibrahim gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Korat.

Tamat semua acara pada hari ketiga temasya ke-25 ini, Malaysia menduduki tangga kelima dengan kutipan lapan emas, sembilan perak dan 18 gangsa.

Vietnam kini menduduki tangga teratas pungutan pingat keseluruhan pada hari ketiga temasya dwitahunan ini selepas mengutip 14 emas, 10 perak dan 10 gangsa diikuti Singapura (14, 6, 12) dan Thailand (13, 22, 17).

Indonesia berada satu tangga di atas Malaysia dengan kutipan 11 emas, 7 perak, 14 gangsa.

Esok hari keempat Sukan SEA ke-25 yang bermula secara rasmi pada 9 Dis dan berakhir pada 18 Dis depan, tumpuan kembali terarah pada acara akuatik.

Leong Mun Yee, Pandalela Rinong dan Yeoh Ken Nee akan kembali beraksi dalam acara terjun sementara Daniel Bego dalam acara renang.

Sementara acara lain seperti badminton dan golf masih berlangsung dalam pusingan awal.

– BERNAMA

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.