Mat Zain Mat Isa Tue | Jul 21, 09 | 2:10:50 pm MYT | |
Hari Isnin, 20 Julai 2009, bersamaan 27 Rejab 1430H, umat Islam seluruh dunia memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa besar dan antara yang terpenting dalam sejarah permulaan Islam itu membawa bersamanya lautan iktibar dan hikmah yang kekal menjadi panduan dan peringatan kepada umat Islam hingga ke akhir dunia. Di antara pengajaran dan perkara utama ditonjolkan menerusi apa yang dialami Rasulullah s.a.w. di dalam peristiwa itu ialah berkaitan kepentingan mendirikan solat. Menerusi peristiwa Israk dan Mikraj Baginda s.a.w. menerima syariat mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Diriwayatkan juga Nabi Muhammad s.a.w. telah mengimami solat bersama para anbiya dan mursalin. Episod itu bukan sahaja mengisyaratkan Baginda s.a.w. sebagai penghulu segala anbiya dan mursalin, malah kepimpinan beliau itu dikaitkan pula dengan penghormatan diberikan oleh sekalian mereka dalam memimpin ibadat utama kepada Allah itu. Kejadian itu juga dijadikan iktibar betapa Islam amat menekankan solat berjamaah. Sebab itu setiap kali para asatizah dan ulama menceritakan Israk dan Mikraj, mereka tidak akan ketinggalan mengaitkannya dengan kepentingan menjaga solat dan memakmurkan masjid menerusi solat berjamaah. Amat malang bagi umat ini, meski pun peringatan dan penekanan mengenai kepentingan solat berjamaah sering diulangsebut pelbagai pihak yang menitikberatkan amalan itu, ia masih terlalu jauh untuk menjadi tabiat harian umat Islam. Fenomena masjid dan surau yang kosong dan lengang terzahir di mana-mana. Pihak pemerintah pula lebih gemar memperbanyakkan jumlah masjid berbanding mengambil daya usaha memperbanyakkan jumlah anggota kariah yang melazimi masjid sedia ada untuk berjamaah. Mereka lebih ghairah mengeluarkan belanja menghias dan memperindahkan masjid dan surau berbanding memakmurkannya dengan berbagai aktiviti berpatutan dan berterusan di situ. Fenomena ini agak menyeluruh. Sebab itu apabila berlaku kejadian 'sejadah terapung' di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, akhir bulan lalu, ada pandangan mengaitkannya dengan peringatan Allah agar umat Islam memperbetulkan kepincangan ini. Sebuah akhbar Inggeris, 30 Jun lalu memetik ulasan Imam Besar Negeri Terengganu, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian yang dianggap aneh dan menggemparkan itu. "Tidak perlu panik. Kejadian itu adalah ingatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat berjamaah," ujarnya. Menurut laporan akhbar itu, seorang wanita dari Seremban yang menziarahi masjid popular di tengah Sungai Terengganu itu terserempak dengan fenomena pelik itu. Beliau dikatakan sempat merakamkan kejadian 'sejadah terapung' itu menggunakan kamera telefon bimbitnya. Penyebaran cerita itu dikatakan menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat berdekatan. Aizi Saidi bagaimana pun mengaitkan kejadian itu sebagai gambaran sikap tidak ambil berat rakyat negeri Terengganu dengan tuntutan menunaikan solat berjamaah. Beliau malah mengakui fenomena masjid kosong semakin menjadi lumrah di negeri itu. Katanya, Terengganu mempunyai masjid yang sangat banyak, tetapi jumlah jemaah yang memakmurkannya amat mendukacitakan. "Sebilangan masjid kita malah kekurangan ahli jemaah walaupun ketika solat Jumaat," akhbar itu memetik pengakuan beliau. Pengakuan terus-terang itu bukan suatu yang mengejutkan. Ia bukan cerita baru. Cerita masjid-masjid di Terengganu kosong dan lengang kedengaran sejak berdekad dulu. Hanya buat beberapa tahun di zaman pemerintahan PAS, fenomena itu diperbaiki. Sebahagian besar masjid milik kerajaan kelihatan "basah" dan makmur. Jumlah anggota kariah yang menghadiri masjid meningkat mendadak di serata negeri. Kemakmurannya ditambah dengan siri kuliah dan tazkirah yang silih berganti. Perkembangan positif dan membanggakan itu bagaimana pun susut dan beransur pupus ekoran tindakan politik oleh Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih pemerintahan pada 2004. Ia dimulakan dengan pemansuhan semua Jawatankuasa Masjid Mukim (JMM) dilantik oleh kerajaan PAS. BN menggantikannya dengan kumpulan manusia yang sealiran dengan fahaman politiknya. Keghairahan BN membalas dendam kepada penyokong parti lawan di peringkat kampung juga gagal mengambilkira keperluan menjaga kemakmuran masjid. Orang yang BN lantik sebagai Ahli JMM sebahagian besarnya bukan dari jenis manusia yang dekat dengan masjid. Satu-satunya kelayakan diambil kira ialah pendirian dan kecenderungan politik mereka yang memihak BN. Akhirnya berlakulah fenomena masjid-masjid yang kosong dan kontang. Jumlah ahli kariah yang berjamaah merosot mendadak. Bilangan majlis ilmu juga tidak lagi sekerap sebelumnya. Sebahagian besar tenaga pengajar dan ustaz terlibat memberikan kuliah dan tazkirah tidak lagi diberikan ruang meneruskan usaha dakwah dan pengajaran agama. Sikap sepi dan tidak serius BN terhadap usaha memakmurkan masjid amat terserlah. Mereka turut menganjurkan majlis memperingati Israk dan Mikraj. Ingatan dan ajakan kepada hadirin agar sentiasa mengunjungi masjid dan mendirikan solat secara berjamaah turut disuarakan para penceramah di majlis itu. Namun, suratan atau kebetulan, petang menjelang 27 Rejab (Ahad lalu) juga kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Dato' Ahmad Said turut mengumumkan satu agenda penting dalam kalendar pelancongan negeri. Ia telah memutuskan akan menghidupkan kembali 'Pesta Main Pantai', satu pendekatan yang amat bertentangan dengan hasrat memakmurkan masjid. Pesta itu adalah amalan tradisi masyarakat Terengganu sejak dulu. Ia dikatakan dibuat oleh masyarakat kampung yang bertanam padi sebagai acara hiburan mereka selepas selesai musim menuai. Mereka akan membawa keluarga ke tepi pantai, mendirikan khemah dari kayu atau buluh. Daun kelapa berpelepah akan digunakan sebagai dinding dan atap khemah. Mereka akan berkampung di situ buat beberapa hari sambil berehat dan mengadakan aktiviti sukan rakyat dan persembahan hiburan kebudayaan. Pesta itu diteruskan di era moden dengan sedikit pengubahsuaian. Ia bagaimana pun terhenti seketika sebelum ini. Pandangan beberapa pihak, terutama ulama dan pemimpin agama diambil kira. Pesta sebegitu didapati banyak mengundang kesan tidak baik kepada masyarakat, terutama berhubung gejala sosial dan dorongan melakukan maksiat. Kini, BN Terengganu telah berkeputusan menghidupkannya kembali. Tidak dapat dipastikan pandangan ulama dan tokoh agama mana yang mereka rujuk. Pesta itu bakal dilangsungkan selama dua minggu pada awal bulan depan. Kerajaan negeri menyandarkan rasionalnya kepada melaksanakan agenda pelancongan, menghidupkan seni warisan dan kebudayaan, serta hiburan kepada rakyat. Memang itulah rasional yang paling mudah dan lumrah digunakan mana-mana pihak untuk menghidupkan sesuatu yang mendapat tentangan sebahagian anggota masyarakat. Kita juga tidak terlalu jumud sehingga menolak sepenuhnya aktiviti budaya dan seni warisan. Apatah lagi sesuatu itu dikaitkan dengan agenda pelancongan yang dibuktikan dapat menambahkan pendapatan kepada negeri. Bagaimanapun, sepertimana dibuktikan banyak pihak sebelum ini, penganjuran pesta seumpama itu lebih banyak mudarat berbanding manfaat, terutama terhadap akhlak dan moral umat Islam. Ia menjadi medan sangat kondusif dan dorongan kepada kejadian yang menyalahi hukum dan suruhan agama. Apatah lagi dalam keadaan biasa tanpa pesta sebegitu pun, kerajaan sudah menghadapi suasana amat sukar menbendung dan mencegah maksiat dan mungkar. Mengambil kira fenomena kebobrokan sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat mutakhir ini, pengumuman kerajaan negeri Ahad lalu yang mahu menghidupkan kembali pesta pantai dilihat amat bercanggah dengan semangat sambutan Israk dan Mikraj. Ekoran itu ada suara dalam masyarakat negeri itu yang mengatakan, "Imam Besar bersungguh ajak rakyat ke masjid, Menteri Besar pula anjur program galakkan rakyat bermain di pantai". Tindakan itu bukan sahaja membuktikan kerajaan tidak ambil pusing seruan sebegitu baik oleh Imam Besar Negeri, malah BN sekali lagi tersilap kaedah dan cara untuk mengubati penyakit sosial yang melanda masyarakat. - mns_ ---------------------------------------------------- Ulasan Penerangan: Pembaca nilai sendiri, siapa yang lebih baik? Ke mana Islam Hadhari, ke Pembangunan Modal Insan? |
Sejadah Terapung dan Main Pantai
Lebih Teruk Berbanding Anwar Jumpa Amerika!
Ustaz Idris Ahmad Tue | Jul 21, 09 | 7:26:56 pm MYT | |
PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas. Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat. Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini? Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel? Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang. Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. -- Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_ |
-----------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Kalau dulu, heboh mereka tentang isu Anwar ibrahim berjumpa dengan pihak Amerika. Tetapi ini lagi teruk, berjumpa dengan musuh Islam paling besar, Yahudi La'natullah. Jadi, siapa yang lebih teruk dan patut dipersoalkan sebenarnya?
Kecam tindakan wartawan menceroboh, cubaan murtad
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Sungguhpun percubaan memurtad orang Islam adalah menyalahi Artikel 11(4) Perelembangaan Persekutuan namun tindakan dua wartawan menceroboh gereja untuk menyiasat perkara tersebut dikecam dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru Zulkifli Nordin berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menceroboh hak peribadi dan rumah ibadat penganut agama lain malah ketika perang Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang tentera Islam daripada memasuki dan menganggu rumah ibadat agama lain.Beliau mengulas tindakan sebuah majalah terbitan bulan Mei 2009, yang membuat 'berita siasatan' berhubung tindakan murtad remaja Islam di sebuah gereja.
"Jika benar ada percubaan untuk murtadkan remaja Islam kepada Kristian, jalan terbaik adalah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan di dalam blog peribadinya.
Sungguhpun begitu, beliau juga berkongsi keprihatinan sebilangan masyarakat Islam yang kecewa dengan kelemahan pihak berkuasa mengambil tindakan di atas aduan yang diterima seperti yang berlaku dalam kes Azlina Binti Jailani @ Lina Joy yang telah menukar agama kepada Kristian di sebuah gereja.
Zulkifli turut menasihati agar rakan-rakan bukan Islam menjaga sensitiviti perasaan umat Islam.
"Bila berlaku kes Lina Joy, sekumpulan bukan Islam mahu menggunakan kalimah Allah, kumpulan NGO Islam dan Majlis Peguam bertindak menjadi juara menyokong hak untuk murtad...ketika itu anda akan melihat tindak balas daripada orang Islam
"Kita sepatutnya berbangga sebab hidup dalam suasana harmoni lebih setengah abad kerana menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Tetapi bila anda menggugat agama lain, anda mengundang masalah," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh dua wartawan itu 'tidak islamik' malah menggesa agar mereka meminta maaf kepada rakan-rakan penganut Kristian atas perbuatan mereka di samping menyeru agar pengarang majalah terbabit meletakkan jawatan. - azm _
----------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Tidak cukup tercalar imej Islam dengan dakwaan sesetengah orientalis yang mengatakan Islam sebagai agama pengganas, ada pihak yang buat onar untuk mencalarkan lagi imej Islam yang sebenarnya tidak pernah salah itu.. kalau orang kata itu ini tentang Islam kita bukan main marah sedangkan sensitiviti agama-agama lain kita main redah sahaja, sebenarnya salah kita juga...
Politik dan Pembunuhan, Malaysia Boleh!
Lupakan apa yang berlaku pada Teoh Beng Hock. Hakikatnya anak muda ini telah mati. Kita yang hidup perlu bermuhasabah kembali melihat diri. Dunia apakah yang kita tinggal dan duduki hari ini. Politik jenis apakah yang menjadi amalan pemimpin daulah kita ketika ini. Sudahkah kita hilang akal berpolitik gilakan kuasa sehingga tahap menyiasat hingga terbunuh dan membunuh. Benarkah ketika ini kita tinggal di sebuah negara bernama Malaysia. Atau sebenarnya kita tinggal The New Mexico. Persoalan ini menjadi kerisauan warga melihat suasana yang berlaku dalam negara kita hari ini.
Peristiwa Memali, rampasan kuasa kerajaan Perak dan tragedi Teoh adalah manifestasi manusia yang hilang akal dan belas kasihan terhadap sesama manusia. Manusia menjadi gila dan bengong hanya kerana hilang kuasa dan ingin terus berkuasa. Manusia sudah hilang pertimbangan akal waras untuk menerima hakikat bahawa dunia ini hanya kita tumpang sebentar saja. Berprasangka untuk hidup selama-lamanya itulah mendorong membina rumah agam 24 juta. Berprasangka untuk menikmati kemewahan melampau itulah yang mendorong untuk terlibat rasuah membina pelabuhan berjuta billion. Kita lupa ada orang lain yang susah menderita.
Perasaan warga hari ini tidak tenang apabila kita tidak melihat pertandingan di padang yang rata. Sistem kehakiman dan prosedur undang-undang dipersoalkan ketelusannya. Apakah sebenarnya niat dan tujuan untuk menyiasat sehingga jam 3 pagi sedangkan waktu siang cukup panjang. Mengapa mendera dan menyiksa sewaktu penyiasatan sedangkan warga itu mungkin tidak bersalah bahkan tiada bebanan kesalahan sehingga didakwa dan dibuktikan bersalah. Kita terlupa bahawa itulah lumrah politik. Bersedia untuk berkorban dan terkorban.
Sewaktu Amerika hilang arah tujuan dan punca kuasa besar dunia itu mengebom Hiroshima dan Nagasaki. Ketika hasil mahsul minyak berkurangan dan inginkan sumber bahan api terus disalurkan untuk peperangan maka sekali lagi US melepaskan tekanan itu dengan menyerang Iraq dan Afghanistan. Pembunuhan dan peperangan adalah jalan akhir atau the ultimate solution bagi sesuatu masalah. Bila bangkai gajah tak dapat ditutup dengan tudung saji maka di cerekaramakan cerita bahawa gajah mati meminum racun.
Cukuplah wahai ahli politik. Bermainlah di atas pentas yang rata dan saksama. Yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Warga hanya mahukan kehidupan yang aman dan meneruskan kegiatan ekonomi asasi dengan sempurna. Cukuplah dengan salahguna kuasa, rasuah dan penyelewangan untuk terus menjunjung takhta. Siasatlah dengan adil dan telus apa dan siapa yang menyebabkan kematian Teoh. Jika di dunia ini kita boleh lari di negeri sana nanti kita tidak boleh lari. Keadilan bukan milik PKR, PAS, DAP atau UMNO. Keadilan adalah hak milik setiap insan yang hidup bernafas di atas muka bumi Tuhan ini.
---------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Keadilan bukan milik Ke-Adilan, PAS, UMNO, DAP mahupun PBB, SNAP, SUPP, SPDP dan sebagainya. Keadilan milik Tuhan, maka keadilan adalah amanah yang diberikan oleh Tuhan. Mencabul amanah Tuhan bermaksud menjemput bala dari Tuhan. Tipu rakyat dan kayakan kroni dan anak bini itu tidak amanah namanya, dan sangat tidak selari dengan slogan 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.... Jangan jadikan 1 Malaysia sekadar slogan retorik sahaja!
UPSR diteruskan - TPM
UPSR diteruskan - Muhyiddin
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 19 Julai - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan sebaliknya asas penilaiannya diubah supaya kecemerlangan murid-murid tidak lagi bergantung seratus peratus kepada keputusan peperiksaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, transformasi itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan di negara ini tidak terlalu berorientasikan peperiksaan dalam mengukur kecemerlangan murid-murid.
''UPSR hanya menilai lima subjek sahaja sedangkan murid-murid belajar banyak subjek lain dan sekarang kita mungkin ambil kira faktor subjek Sejarah dan mata pelajaran yang lain.
''UPSR akan terus digunakan sebagai asas penilaian cuma kayu pengukurnya mungkin sekarang 100 peratus dikurangkan kepada 30 hingga 40 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini hari ini.
Muhyiddin diminta mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim supaya UPSR dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.
UPSR juga menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan lima mata pelajaran sahaja.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pandangan Razali sememangnya diambil kira oleh kerajaan yang mahu menggunakan pendekatan baru dan seimbang seperti menilai prestasi pelajar secara holistik.
Ujarnya, ia juga selaras dengan langkah menyusun semula sistem pendidikan asas yang turut melibatkan sistem penilaian menerusi peperiksaan termasuk UPSR.
UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima.
Murid-murid yang menduduki peperiksaan itu diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
---------------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: UPSR diteruskan, mungkin ada kelebihannya. Tetapi harap kerajaan tarik balik perlaksanaan 10 subjek sahaja untuk SPM. Macam mana nak wujudkan lebih banyak golongan profesional dan berilmu andai minat terhadap ilmu dikekang?..
Gambar Menarik Hari Ini Dari Arab Saudi
Ulasan Penerangan: Gambar ini cukup menarik, Dato' Seri PM bersama dengan isteri beliau yang tercinta sedang bertawaf di Baitullah. Juga bersama anakanda yang disayani di belakang, Nor Ashman Razak. Semoga hasil lawatan empat hari bagi membincangkan hubungan dua hala dengan Kerajaan Arab Saudi itu bakal memberi seribu makna buat Dato' Seri PM. Semoga ada perubahan yang besar bakal berlaku dalam pemerintahan Malaysia, mungkin demokrasi akan jadi lebih telus, natijah daripada keinsafan sepanjang berada di rumah ALLAH SWT yang penuh berkat itu. Insya-Allah.
Himpunan memperingati kematian Teo Beng Hock diganggu polis.
Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh misteri.Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa.
Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.
-----------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Nak buat macam mana, itulah nasib kalau pakai label pembangkang...nak buat majlis sempena memperingati kematian pun disangka macam nak buat rapat umum dan bikin huru-hara, takut-takut juga kalau sekarang ni Polis bukan orang kerajaan tetapi orang BN dan lebih menakutkan lagi jika satu hari nanti turut jadi orang SPRM... tapi sahabat penerangan tidak maksudkan semua polis begitu. Ini cuma untuk golongan SB yang tidak pro-demokrasi sahaja.
Perkasakan Pendidikan, Perkasakan Juga Pendidikan Islam
Perkasakan pendidikan
Oleh Muller Asen
dipetik dari Borneo Post Online
Kaedah dan bahan pengajaran, pembelajaran kreatif serta menarik mampu percepat pembelajaran dan mudahkan pemahaman: Taib
KUCHING: Para pelajar mesti berpandangan ke hadapan bagi menempuhi realiti baru pembangunan dan kemajuan dengan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Justeru, katanya sistem pendidikan sedia ada perlu diperkasakan dengan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan menarik.
Taib menjelas lanjut, menerusi pendekatan pengajaran sedemikian, ia mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan memudahkan pemahaman khususnya bagi pelajar di kawasan luar bandar.
Pada masa sekarang juga katanya para pelajar sangat dibebani dengan bahan pengajaran yang banyak malah lebih berat lagi.
“Bagi mempercepatkan proses pembelajaran anak-anak, kita mestilah mencari jalan bagaimana maklumat pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih mudah dan menarik untuk menyampaikan pengertian maklumat dengan semudah-mudahnya.
“Misalnya, ketika saya masih muda, saya tidak mempunyai pilihan iaitu terpaksa membaca buku terutamanya ketika ingin mempelajari ilmu astronomi.
“Ia bukan mudah kerana saya terpaksa membayangkan bagaimana bentuk sebenar angkasa.
“Tetapi sekarang kita mempunyai rancangan seperti ‘Discovery Channel’ dan ‘National Geographic’ yang menayangkan ilmu tentang astronomi.
“Ini merupakan salah satu cara yang mudah kita mempelajari bidang itu dengan hanya menonton televisyen,” katanya ketika berucap dalam Forum Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam Sarawak di sini petang semalam.
Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ke-tua Menteri Datin Fatimah Abdullah, Timbalan Setiau-saha Kerajaan Negeri Datuk Morshidi Abdul Ghani dan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Datu Dr Adi Badiozaman Tuah.
Forum itu diakan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Islam untuk membincang secara serius isu-isu semasa berhubung hal-hal pendidikan peringkat pengajian tinggi, perubahan semasa serta tuntutan sosiobudaya, politik dan ekonomi masyarakat Islam Sarawak.
Pada masa sama, Taib memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan perkhidmatan internet di- sediakan di semua sekolah di pedalaman.
Katanya, usaha itu merupakan antara hasrat kerajaan negeri untuk merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar.
“Kalau kita hendak terus maju dengan mencapai ke-majuan, kita tidak boleh berhenti daripada menuntut ilmu pengetahuan.
“Kita (kerajaan) mahu melihat pelajar di kawasan luar bandar memahami dan me-nerap ilmu pengetahuan baru yang disampaikan,” tambah Taib sambil melahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran yang turut berusaha mempertingkatkan kemudahan serta perkhidmatan internet di sekolah luar bandar negeri ini.
Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber berkata Sarawak memerlukan generasi pelapis yang penuh dengan ilmu pengetahuan bagi memacu pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dalam beberapa tahun akan datang.
“Sarawak amat bergantung kepada pelajar generasi sekarang yang berupaya menyerap dan memahami ilmu yang lebih komplikated dalam memenuhi tenaga kerja dalam pelbagai industri yang ditawarkan SCORE,” katanya.
Bercakap selepas forum itu, Taib meminta para graduan tempatan menguasai bahasa Inggeris supaya dapat bersaing dalam pasaran kerja antarabangsa.
Taib turut memberitahu bahasa Inggeris merupakan bahasa dunia yang perlu di-kuasai bagi meningkatkan kemampuan memperolehi kerjaya di peringkat luar negara.
“Graduan perlu memiliki kedalaman bahasa itu jika ingin menambah nilai potensi diri dalam mencari pekerjaan di negara asing,” ujarnya.
Taib menambah kata, pemansuhan pengajaran mate-matik dan sains dalam bahasa Inggeris menjelang 2012 tidak sepatutnya dijadikan kontroversi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan kemampuan graduan tempatan untuk bersaing di pe-ringkat global adalah sangat tipis berbanding graduan luar negara.
--------------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Sebagai suatu cadangan, mungkin Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak boleh memikirkan peranannya dalam membentuk golongan yang boleh menjadi ulama', mufti, ustaz-ustaz dan sebagainya sebagai langkah untuk menguatkan lagi syiar Islam di Sarawak ini, berbanding hanya berhasrat untuk memajukan rakyat di dalam bidang profesional seperti sains dan sebagainya.
Semoga Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09) yang diadakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) baru-baru ini mampu mengubah situasi pembelajaran Pendidikan Islam yang konvensional sebelum ini, agar Pendidikan Islam lebih dihayati berbanding hanya menjadi salah satu subjek hafalan untuk menambah bilangan A di dalam slip keputusan peperiksaan. Semoga manfaatnya turut terasa di Sarawak Bumi Bertuah ini.
PPSMI, "Macam Sik Jadi Nak Dimansuh Jak.."
English makes it easier to find jobs: Taib
By Lim How Pim & Samuel Aubrey
dipetik dari Borneo Post Online
KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yesterday hoped undergraduates, especially those in Sarawak, would not neglect mastering English if they want to improve their “marketability”.
Stressing that English is the world’s working language, he said local undergraduates would risk being overlooked by prospective employers, especially those companies involved in international trade, if they do not have a good command of the language.
Alluding to the recent decision by the federal government to stop using English as the medium to teach and learn Mathematics and Science by 2012, he said this should not be a controversy anymore because there are still avenues for people to improve their command of the language.
“Students need to master English (to improve their marketability). Apart from our mother tongue and the national language, we need to have a good command of English to adapt to the present global situation.
“Even in China which is proud of its Mandarin language, citizens are encouraged to learn English, and they even have a 24-channel service to teach English. They know English is important in business.
“This is because English is the world’s working language. Therefore it is important for us to master it,” he said at a dialogue session during the Sarawak Islam Undergraduates Education Colloquium at Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Batu Lintang Teacher’s College.
Earlier, he answered a question from a student who wanted to know why graduates from foreign universities are preferred over local graduates by employers especially multi-national companies.
To this, Taib said this was because those who went to foreign universities especially in English speaking countries can speak and write English better, which are important when dealing with international clients.
“Just look at the Internet, what is the most used language? Obviously it is English. (Similarly,) the export-oriented industries and multinational companies will obviously look for those with good command of English,” he said.
Earlier in his speech, Taib said the state government would continue to extend Wi-Fi Internet facilities to rural schools in order to make it easier for the students to absorb new knowledge and have better command of subjects taught in class.
On behalf of the state government, he also thanked the Education Ministry in Kuala Lumpur for the pledge to improve the infrastructure of rural schools especially in Sarawak.
Nonetheless, he also called on the ministry to consider emulating other countries in providing innovative teaching aids so that the “learning of difficult subjects will be easier and fun”.
“When I was younger, I had no choice but to read books that were big when I wanted to learn about astronomy. It was not easy task because I had to imagine how the universe looked like.
“Nowadays, we have television networks such as Discovery Channel and National Geographic channels which regularly have programmes on astronomy. And it is much easier to learn about astronomy by watching TV programmes.
“Through teaching aids as well as Wi-Fi Internet, the delivery of information and learning of knowledge will be much easier,” he said.
With Sarawak expecting its gross domestic product (GDP) index to grow by five fold upon the realisation of Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), he said the state will need highly-skilled manpower for the new industries.
“And this will depend on the younger generation’s ability to absorb knowledge (especially those complicated subjects),” he said.
Meanwhile, the two-day colloquium saw the participation of Muslim students from selected schools and institutions of higher learning in Sarawak.
Among those present yesterday were Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman and Islamic Information Centre (IIC) education bureau director Datu Dr Adi Badiozaman Tuah.
------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Bunyinya seolah-olah Sarawak ada pendirian yang berbeza mengenai pemansuhan PPSMI. Memanglah, siapa kata tidak mudah nak dapat kerja kalau Bahasa Inggeris itu dikuasai...tetapi apabila berpijak di dalam dunia penuh realiti, berapa ramai sangat yang betul-betul komited menguasai Bahasa Inggeris? Lagipun, ini seolah-olah tidak adil bagi yang berada di luar bandar.
Orang kata nak jadikan dasar PPSMI itu sebagai salah satu kaedah nak jadikan Bahasa Inggeris mudah dikuasai, tetapi ke mana pula perginya program-program yang mampu merealisasikan dasar seperti ini di luar bandar. Langkah yang paling bijak ialah menolak dahulu perasaan gah mahu memandaikan rakyat berbahasa Inggeris sedangkan hakikatnya masih jauh dari situ...
Bengoh Dam, Empangan Yang Satu Lagi
Sarawak’s first RCC dam
By Rintos Mail
dipetik dari Borneo Post Online
Once completed, the Bengoh Dam will store about 144.1 million cubic metres of water, hence increasing the yield of raw water for the Batu Kitang treatment plant from 484 to 2,047 mega litres per day
IN a ravine, about 56km from Kuching, an impressive engineering feat is taking shape — Sarawak’s first major roller compacted concrete (RCC) dam in the form of the Bengoh Dam.
About 62m high and 267m long, the dam, designed to remain strong and durable, is Malaysia’s second after the Kinta Dam in Perak.
With a lake surface area of about 10 sq km, it is aimed at securing Kuching’s water supply for the foreseeable future.
The water will be trapped from the Bengoh River that flows into the basin and creates a huge raw water lake, releasing the water through the 56 metres spillway downstream to feed Sungai Sarawak Kiri.
Once completed, the dam will store about 144.1 million cubic metres of water, hence increasing the yield of raw water for the Batu Kitang treatment plant from 484 to 2,047 mega litres per day (MLD).
During a recent site visit by Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Peter Chin Fah Kui, RCC was in the spotlight as construction on the dam moved ahead.
Local-based company, Naim Holdings Berhad, is the main contractor while local consultant firm KTA (Sarawak) Sdn Bhd handles the overall design.
The project’s contract that includes clearing, excavation, foundation exploration and preparation, and related work to ready the dam construction site for RCC placement, was awarded to Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd.
Costing RM310 million overall, the project will help meet the water needs of greater Kuching City and Samarahan Division until at least 2030.
Australian consultant Warwick Dart, met at the site, said RCC had three key properties that make it uniquely suited for dams — economy, performance and high-speed construction.
According to him, it has the strength and durability of conventional concrete but at a cost that rivals earth or rockfill construction.
Dart, presently a consultant with KTA (Sarawak) Sdn Bhd, added that RCC had proven successful in many dams.
Before this, he was also involved in the construction of two RCC dams — one each in Australia and Perak.
thesundaypost was told that RCC protects dams from over-topping failure, erosion and even earthquakes.
It has the same ingredients as conventional concrete — cement, water, and aggregates — but RCC is much drier and can be placed quickly and easily with large volume earth-moving equipment. Generally, it is transported by dump trucks, spread by bulldozers and compacted by vibratory rollers.
The Bengoh Dam is designed with a flat, vertical upstream face and a stepped downstream face.
Its downstream steps are made with wood forms, creating steps with a height of about three metres.
Dart said RCC work on any location of the dam required 72 hours of non-stop pouring.
The constructors are now constructing the dam base of 30 to 40 metres long. The base-width is about 80 metres.
Like any other RCC dams, sections of the Bengoh Dam are built lift-by-lift in successive horizontal layers so that the downstream slope resembles a concrete staircase.
As seen at the site, the mix was delivered to the dam via a conveyor system that runs about 200 metres, carrying the mix from the plant down the hill to a ‘tripper’.
The tripper, which could be positioned at the end the conveyor’s run, may divert the RCC from the conveyor and discharge it into the working surface at the desired location.
On the downstream side of the dam, the RCC face is visible. This is said to enhance the appearance of the RCC faces and the construction team utilise so-called grout-enriched RCC to yield a smoother face.
This involves placing uncompacted RCC along the form edges, applying a neat cement grout into the RCC surface, then vibrating the grout into the RCC to enhance a narrow zone of RCC and thus yield a smooth face.
RCC is not only a relatively new product, said to have been developed in the 1980s, but RCC construction also requires new construction techniques.
Examples include mixing of a no-slump concrete, external compaction of the no-slump concrete, utilising vibratory steel drum rollers and the continuous placement of RCC so that the resulting product is a monolithic block.
The basic RCC mix consists of a graded aggregate or aggregates, cement (a pozzolan may also be included) and water.
When properly mixed and placed, it takes on the properties of conventional concrete. Placement is accomplished, utilising conventional construction equipment.
In dam construction or rehabilitation, the RCC mix is generally spread with a dozer in level lifts and compacted with a steel drum vibratory roller.
Final strength achieved by the RCC is greatly affected by density. The closer to maximum density, the greater the compressive strength. The actual mixing of the various ingredients is accomplished in a twin shaft pugmill.
These pugmills insure a well-mixed, homogeneous product through a violent mixing action in the pugmill mixing chamber.
This mixer is superior to a drum type mixer when dealing with low or no slump products.
The typical drum mixer tends to merely fold the material.
Currently, the physical development of the project is about 34.56 per cent completed.
According to Chin, the state government is also seriously looking at redesigning the dam into a three mega watt mini-hyrdro to be connected to the main grid.
This will be done in the later stage, depending on the dam’s design and performance.
---------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Sekarang kita sudah dengar cerita tentang Empangan Bengoh, apa pula ceritanya dengan Empangan Bakun yang gah itu sekarang? Sudah lama tidak mendengar sebarang khabar berita mengenainya.
Pernah sahabat penerangan dimaklumkan oleh seorang pekerja projek Pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun ini, katanya empangan itu hanya akan pecah akibat gegaran kalau satu Sarawak ni dah tenggelam dulu. Hebat, maksudnya empangan inilah salah satu struktur yang paling kukuh yang duduk di atas tanah Borneo ini!
Kalau ALLAH SWT nak tukar taqdir menjadi sebaliknya, tidak mustahil Bakun boleh hancur dulu!
Mahu Kaya Cepat, Ibarat Makan Megi Instant..
Rugi RM150,000 gara-gara idam jadi jutawan
-dipetik dari Borneo Post Online.
MIRI: Angan-angan seorang lelaki mahu menjadi jutawan segera hancur berkecai selepas mendapati kotak yang dijampi oleh seorang bomoh rupa-rupanya hanya mengandungi duit hantu (berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina).
Mangsa bukan sahaja ditipu dengan pulangan RM3 juta yang kononnya disimpan dalam kotak malahan wang simpanannya sebanyak RM150,000 yang dijadikan pendahuluan lesap sekelip mata.
Menurut mangsa, dia telah diperkenalkan oleh kawannya kepada seorang bomoh yang dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu mampu menggandakan duit dalam tempoh beberapa hari.
Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa telah dibawa berjumpa dengan bomoh berkenaan di dalam sebuah bilik hotel bajet sebelum menyaksikan ‘pertunjukan sakti’ iaitu kemunculan berjuta-juta wang di bahagian dinding dan tingkap.
Terpersona dengan pertunjukan itu, mangsa pada keesokan harinya terus mengeluarkan wang simpanan RM150,000 daripada bank dan menyerahkannya kepada bomoh berkenaan.
Bomoh itu kemudian menyerahkan sebuah kotak kertas yang didakwa akan mengeluarkan wang RM3 juta dengan syarat tidak membukanya dalam tempoh tiga hari.
Selepas tiga hari, mangsa kemudian membuka kotak tersebut dan alangkah terkejutnya dia kerana mendapati kotak itu hanya mengandungi duit hantu kepercayaan Cina yang ditutup menggunakan wang RM50 untuk mengaburi matanya.
Menyedari tertipu, mangsa Jumaat lalu membuat laporan polis di Balai Polis Miri yang membawa kepada penangkapan tiga lelaki berusia 40, 20 dan 30 tahun di sebuah bilik hotel bajet pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket penipuaan mengguna-kan bomoh.
Setakat ini pihak polis masih mengesan ketua sindiket yang menyamar sebagai bomoh.
---------------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Rakyat jangan mudah terpedaya dengan perkara-perkara seperti ini. Tidak ada istilah 'instant' dalam nak jadi kaya. Adalah tidak adil kalau orang lain bersengkang mata pagi petang nak kumpul 'sen' jadi kaya tetapi kita cuma minta tolong bomoh dengan sebarang-dua pengeras untuk jadi kaya instant? Lagipun, kaya cepat dengan cara pakai bomoh ini tidak seberapa nikmat yang terasa. Ibarat mudah, mi kolok yang dibeli di Benteng Satok adalah lebih sedap berbanding mi segera yang direndam dalam air panas selama tiga minit. Baik yang muslim ataupun yang bukan muslim, carilah harta dengan cara yang sepatutnya dan janganlah mudah terpedaya dengan skill perbomohan ini. Lebih-lebih lagi apabila seorang Muslim itu menggunakan bomoh, syirik hukumnya. Kalau jumpa bomoh dengan tujuan saja-saja boleh menyebabkan sembahyang tidak diterima selama 40 hari, apatah lagi kalau dah menggunakan khidmat bomoh tersebut? Na'dzubillahimindzalik.
Khuatir juga, sekarang bomoh. Esok-esok takut-takut ada pula yang mengaku sebagai wakil kerajaan Langit cawangan Sarawak...
Nak Revive-kan Semula Seni Teater Sarawak?
Petikan daripada Borneo Post Online
Taib wants to see revival of theatre in Sarawak
KUCHING: Pehin Sri Abdul Taib Mahmud on Friday night hoped to see a revival of theatre in Sarawak.
The chief minister believed performing arts could help create a healthy and balanced modern society.
He said gone were the days when people would flock to see plays and dramas such as in the 1960s.
“That generation is gone. We need to develop new talents and revive the interest so that we can create a market for this activity …We need to revive some drama activities in Sarawak.
“People are getting very busy nowadays and we have to find out what are the popular versions of drama that young people will love,” he told reporters after closing the Chief Minister’s Challenge Trophy Inter-Teacher Training Institute Drama Competition for Sarawak Zone in Kota Samarahan.
Taib said for a start, trainee teachers needed to be exposed to all levels of drama production — from script writing to performing on stage.
With sufficient interest, training and experience, these teachers could then impart their skills and knowledge to their students and create a young generation who would be curious and attracted to drama, the chief minister said.
He said teachers could also work with the people on the ground where they were teaching like associations or villagers towards this end.
“When we have a state theatre (in the future), drama activities can be enjoyed by the younger generation,” he said, adding that Singapore was doing very well in drama.
Earlier in his speech, Taib said stage performances like drama could act as a communication tool to convey the message of change experienced by a country during the process of social and economic transformation.
He pointed out that conflicts could occur between rural and urban folks in their daily lives as presented in one of the dramas — ‘Wasiat’ — and therefore, it was essential to create an understanding between the people to reduce possible conflicts.
He said the development of a country should not only emphasise its growth in wealth or gross national product (GNP) while neglecting other areas such as arts.
“A nation’s economic development should be accompanied by development in the social and cultural fields as well. Everyone of us have a role in contributing towards social development.
“We could equip ourselves to become a cultural people, to become a member of the society to enjoy arts,” he said.
Taib suggested that teacher training institutes in Sarawak hold a symposium or seminar on drama next year in connection with the 10th anniversary of the competition.
“I hope the four institutes could organise something like a symposium or seminar about drama to celebrate the 10th anniversary. It would help to further promote arts in the state,” he said.
He also suggested that teacher training institutes in other parts of the state host future drama competitions.
Tun Abdul Razak Teachers’ Training Institute deputy director Mohd Lin said this year’s competition was themed on education, and the champion would represent Sarawak at the national-level competition next year.
He commended the participants, who came from different teaching courses, for pooling together their resources for the love of performing arts and their commitment to learn and impart whatever knowledge and experiences they had gained.
The drama entitled ‘Wasiat’, performed by Tun Abdul Razak Teachers’ Training Institute in Kota Samarahan emerged champion in the competition and took home the Chief Minister’s Challenge trophy as well as the champion’s trophy, RM1,500 and certificate of participation.
“Wasiat’ also earned Mohd Nur Asri Hamdan the Best Director Award; Jack Joannaes Limbing who played the leading role as Faruk and Jamal the Best Male Actor Award; and Zainal Abidin Abdul Wahab who played Tok Penghulu and Wak Leman the Best Supporting Male Actor Award.
Tun Abdul Razak Teachers’Training Institute also swept the Best Choreography and Best Script awards.
The first runners-up was Batu Lintang Teachers’ Training Institute of Kuching with the play entitled ‘Ilang’, while the two consolation prizes went to Rajang Teachers’ Training Institute in Bintangor with the play entitled ‘Sidak Mek Maseh Terit’ and Sarawak Teachers’ Training Institute in Miri with the play entitled ‘Satu Keluarga’.
The Best Female Actress Award went to Merina Akim from Rajang Teachers’Training Institute who played Cikgu Emon; Best Supporting Female Actress Award went to Rozana Ahmad from Sarawak Teachers’ Training Institute in Miri who played Dayang Sutinah; and Best Costume Award went to Batu Lintang Teachers’ Training Institute.
Social Development and Urbanisation Minister Dato Sri William Mawan, Assistant Minister in the Chief Minister’s Department Naroden Majais, Asajaya assemblyman Abdul Karim Rahman Hamzah and Tun Abdul Razak Teachers’Training Institute director Datin Zahrah Bujang were also present.
---------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Baru-baru ini, 'Tok Uban' sangat berbangga dengan kemenangan Hafiz dari Kuching, Sarawak sebagai johan Akademi Fantasia. Kata beliau, semoga kejayaan tersebut boleh dijadikan sebagai teladan untuk berjaya dalam segala usaha-usaha murni. Mungkin perlu diberikan sedikit pencerahan di sini, walaupun sedikit sebanyak nampaknya seolah-olah mengharumkan nama Sarawak, tapi kalau dilihat secara rasional Sarawak tak untung manapun kalau dia berjaya. Hafiz AF berjaya, itu cerita lain. Tetapi berbangga ke atas kejayaan beliau tidaklah memberikan apa-apa kemajuan dan faedah kepada umat Islam Sarawak khususnya dan rakyat Sarawak amnya.
Harapan kami, jangan jadikan Sarawak hanya sebagai kilang yang melahirkan penghibur dan masyarakat yang tahu berhibur sahaja, sedangkan mulut-mulut di sana-sini mewar-warkan modal insan. Ketahuilah, Kerajaan Turki Uthmaniyyah dulu jatuh pun disebabkan rakyatnya gila berhibur. Jadi, ke mana kita sebenarnya?
PPSMI bakal mansuh, UPSR bila lagi?
UPSR Tetap Akan Diteruskan: Muhyiddin
SHAH ALAM, 19 Julai (Bernama) -- Kerajaan belum membuat keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun ia dilihat tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan negara yang dinamik, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, Muhyiddin berkata UPSR masih boleh digunakan sebagai asas penilaian tetapi dengan sedikit pengubahsuaian terhadap peperiksaan itu dari segi kepentingannya.
"Mungkin kepentingannya dikurangkan daripada 100 kepada 30 atau 40 peratus. Yang lain akan ambil kira pelajaran sejarah. Jadi, tidaklah lari daripada apa yang sedang dilaksanakan.
"Transformasi akan dilakukan terhadap UPSR dengan memasukkan elemen lain seperti mata pelajaran Sejarah sebagai kayu pengukur bagi menilai prestasi murid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang mencadangkan supaya UPSR yang tidak lagi relevan pada masa ini dimansuhkan.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dilaporkan sebagai berkata UPSR perlu dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.
Beliau berkata peperiksaan itu sebaliknya menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan kepada lima mata pelajaran.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya sedang mengambil pendekatan baru dari segi menilai prestasi pelajar secara holistik menerusi apa yang dipanggil sistem berasaskan sekolah, yang sedang disusun oleh kementeriannya.
"Kita nak melaksanakan umpamanya bagaimana nak mengelakkan sistem pelajaran kita terlalu berorientasikan peperiksaan ... Kita nak melihat pendekatan secara lebih seimbang," katanya sambil menambah akan mengambil kira pandangan Razali mengenai isu UPSR.
Sementara itu, Muhyiddin juga mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat Indonesia serta mangsa-mangsa warganegara yang terkorban dan tercedera dalam tragedi pengeboman di dua hotel di Jakarta, Ritz Carlton dan JW Marriot, baru-baru ini.
Katanya kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi tidak membiarkan keganasan seumpama itu berlaku, lebih-lebih lagi yang mengorbankan nyawa.
Beliau berkata Malaysia akan bekerjasama dengan republik itu dalam mengatasi isu berkenaan.
-- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Kalau UPSR mahu dikaji balik, persilakanlah - mungkin orang yang mengkaji akan jumpa relevan ianya diteruskan, atau mungkin juga memang sangat relevan untuk dimansuhkan. Tetapi janganlah pula pengguguran dasar PPSMI menjadi janji manis sebagai umpan undi di Manek Urai.
Antara Beng Hock dan Rumie
Salam sejahtera...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Penerangan: Andai timbul tanda tanya tentang kematian mendiang Teoh Beng Hock, mungkin perkara yang sama juga patut dipersoalkan mengenai kematian Allahyarham Rumie Azzan beberapa tahun sebelum ini... laporan autopsi mengatakan bahawa beliau jatuh dari tingkat 9, hampir sama cara kematiannya dengan Teoh Beng Hock. Kata penulis di atas, jatuh dari tingkat 10 pun boleh bersepai...maka apa pula ceritanya dengan mayat yang masih kelihatan elok apabila jatuh dari ketinggian yang hampir sama?.. Sekadar renungan dan untuk difikir-fikirkan...