| Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad |
| FRIDAY, 10 SEPTEMBER 2010 18:56 |
| Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar. PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada Kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan penganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang". Nama beliau begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Tampin. Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM 3juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontraversi. PAS melihat beliau telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama Kerajaan. Namun, cetusan rasa tidak puashati yang disebutkannya baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota Polis dibawah pentadbiran BN. Tangan dan kaki beliau terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik. Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya camputangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam Kerajaan yang menganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran ini. Kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang. Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini hanya mampu membuka mulut bila tarikh persaraan mereka diumumkan. Tetapi itu sudah cukup memberitahu kita apa yang berlaku dibalik pemerintahan BN di Putrajaya. Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan. PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak, mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |

Unjuk rasa anti-AS marak karena rencana pembakaran Quran
Panglima tertinggi Amerika Serikat di Afghanistan Jenderal David Petraeus memperingatkan nyawa pasukan Amerika Serikat akan berada dalam bahaya jika rencana pembakaran Quran oleh sebuah gereja di AS tetap diteruskan.
Dia mengatakan tindakan itu akan menimbulkan masalah bukan hanya di Kabul tapi di semua tempat di dunia.Pastor Terry Jones, dari Dove World Outreach Center, merencanakan menaruh kitab suci Islam itu di api unggun untuk memperingati serangan 11 September.
Unjuk rasa menentang aksi itu sudah berlangsung di Afghanistan dan Indonesia.
Itu jelas merupakan tindakan akan digunakan Taliban dan bisa menimbulkan masalah besar
Jenderal David Petraeus
Masalah besar
Kedutaan Besar AS di Kabul sudah mengeluarkan pernyataan yang menguruk rencana oleh gereja di Gainesville, Florida, yang tidak berafiliasi dengan gereja lain."Hal itu akan membahayakan pasukan dan juga membahayakan semua usaha," kata Jenderal Petraeus dalam sebuah pernyataan di media AS.
"Itu jelas merupakan tindakan akan digunakan Taliban dan bisa menimbulkan masalah besar."
Jenderal Petraeus memimpin pasukan NATO yang berjumlah sekitar 150.000 untuk menghadapi perlawanan Taliban.
Kita tidak lagi dikendalikan dan didominasi oleh ketakutan dan ancaman
Terry Jones
PGI mengecam
Dalam pernyataan di harian Wall Street Journal, Terry Jones, mengatakan AS harus menyampaikan pesan yang jelas kepada elemen radikal Islam."Kita tidak lagi dikendalikan dan didominasi oleh ketakutan dan ancaman."
Gereja yang dipimpin Jones sebelumnya tak banyak dikenal dan hanya memiliki sekitar 50 jemaat.
Dalam situsnya mereke menybut Islam sebagai "keras dan menekan" yang memicu protes dari sejumlah kalangan.
Persekutuan Gereja-gereja di Indonesia (PGI), awal Agustus, sudah mengeluarkan pernyataan yang mengecam rencana gereja pimpinan Pastor Jones.
"Kami tentu saja menghargai kebebasan berekspresi di Amerika sebagai bagian dari hak asasi manusia. Tetapi di sisi lain kami melihat ini sebagai kebebasan yang kebablasan," kata Sekretaris Jenderal PGI Gomar Gultom kepada BBC Indonesia waktu itu.



















ANDA mungkin sering mendengar cerita mengenai konsep kereta terbang tetapi tiada satupun yang benar-benar boleh dibeli di pasaran. Kebanyakannya gagal dikomersialkan untuk pasaran pengguna biasa - mungkin kerana terlalu mahal atau tidak praktikal langsung.
Seandainya diteliti Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, telah dinyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen - pada klausa 1(e), seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM 2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
"(Mengikut gambaran media) Ia seolah-olah tidak berkaitan dengan pengundi, sebaliknya ia dipersalahkan kepada wakil rakyat kerana tidak berhati-hati, mulut celupar dan turun ke jalan raya..." Tian Chua merungut, sambil mendedahkan bahawa dirinya dinasihati pengundinya agar tidak turun ke jalan raya dan tidak "terlalu berani bersuara", sehingga pengundi "kehilangan seorang wakil rakyat yang baik".
"Pertama, saya tidak tahu apa perbalahan yang pernah berlaku antara diri saya dengan Karpal (gambar kanan). Pada saya, kenyataan ini (Karpal sengaja membangkitkan kes Fan untuk mengheret Tian) sukar diterima. Saya menganggap Karpal mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Beliau berpegang teguh dengan pandangan dirinya. Beliau boleh melihat isu lebih daripada satu perspektif. Beliau melihat masalah dari sudut undang-undang, sebagai peguam, dan bukan semestinya sebagai pembangkang atau perspektif hak asasi manusia, semasa beliau melihat sesuatu isu."

Kekuatan siapa yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah SAW menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad). Kehancuran Israel berarti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan kekuatan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana.

























