Fitnah 2- Polis Bertindak Ala Gestapo


Dari KeadilanDaily
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Fitnah II. Berikutan adalah kronologi perjalanan prosiding:.
2.21 pm- Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah tiba di galeri awam. Galeri awam sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar Anwar memberi keterangan.
2.22 pm- Anwar tiba di mahkamah.
2.27 pm – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di mahkamah.
2.31 pm – Perbicaraan bermula dengan Karpal memberitahu Hakim Zabidin yang Sankara Nair akan menjadi saksi peguam bela hari ini. Zabidin mengarahkan Sankara masuk ke bilik saksi.
2.32 pm – Anwar masuk ke kandang saksi. Sankara masuk ke bilik saksi.
2.34 pm – Anwar memohon memberi keterangan dalam bahasa Inggeris. Beliau diminta Zabidin untuk mengangkat semula sumpah saksi dalam bahasa Inggeris. Mahkamah tergelak kecil ketika ini.
2.41 pm – DSP Jude Pereira keluar untuk dicam oleh Anwar. Menurut Anwar, beliau ditahan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut pada hari sama beliau bersetuju untuk hadir di Ibu Pejabat Kontingen Polis Kuala Lumpur (IPKKL). Beliau ditahan oleh kira-kira 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK)
2.56 pm – Anwar memberitahu beliau selesai memberi keterangan pada kira-kira jam 5.40 petang. Walaupun dijanjikan akan dilepaskan, Anwar masih ditahan di IPK KL dan pada jam 8.40 malam, beliau di bawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh DSP Jude Pereira.
3 pm – Peguam Anwar menasihati beliau supaya tidak memberi sampel DNA-nya kepada hospital. Anwar menjelaskan kepada mahkamah beliau enggan memberikan sampel darahnya kepada hospital kerana pertama, ia merupakan nasihat peguam beliau.
Kedua, pengalaman beliau pada 1998, DNA beliau dimanipulasi polis selepas mendapat sampel itu daripada pihak hospital.
3.02 pm – Beliau diminta menanggalkan pakaiannya sehingga memakai cuma singlet dan seluar dalam. Alat sulit dan d***r beliau diperiksa oleh doktor.
3.15 pm – Menurut Anwar, tandas tempat beliau ditahan terlalu kotor dan lantai simen lokap juga terlalu sejuk untuk seseorang yang sakit belakang seperti beliau.
3.17 pm – Menurut Anwar, cara beliau ditahan seolah-olah beliau seorang penjenayah seperti Botak Chin dan pengganas Al-Qaeda. Anwar juga tidak diberitahu sebab beliau ditahan. Beliau hanya diberitahu berulang kali oleh pegawai yang menahannya bahawa beliau perlu ditahan dan dibawa ke balai.
3.28 pm – Menurutnya lagi, beliau cuma diberitahu yang beliau perlu memberi keterangan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Keseksaan Jenayah. Beliau sendiri tidak pernah diberi laporan polis yang dibuat terhadapnya.
3.31 pm – Sankara Nair mengambil tempat di kandang saksi.
3.34 pm – Mahkamah tergelak kecil apabila Sankara berkata pegawai polis yang menahan Anwar pada hari tersebut bersikap seperti robot kerana mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sebab penahanan Anwar.
3.52 pm – Mahkamah ditangguhkan ke jam 9 pagi esok. Peguam bela akan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi dan pendakwa raya akan memanggil dua orang saksi dari pihak mereka.

Merlimau: PAS dakwa BN lantik pelajar IPT jadi ‘pengundi’

March 05, 2011
JASIN, 5 Mac — PAS membuat dakwaan terbaru bahawa arisan Nasional (BN) menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.
“Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.
“Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan “habuan” yang tinggi.
“Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.
“Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.
Beliau berkata “pengundi hantu” itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.
Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah “habuan” yang ditawarkan.
DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.
Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau.
“Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku.
“Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah,” katanya.
Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan “habuan” kepada pengundi.
Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.
Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.
Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.

Identiti bangsa: NGO Melayu tolak syor Chandra Muzaffar

March 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan cadangan supaya penggunaan bangsa dalam borang tertentu digugurkan kerana didakwa menjadi penghalang kejayaan konsep 1Malaysia, sebagai mengarut dan tidak munasabah.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata ia merupakan satu lagi dakyah halus yang didalangi pihak tertentu bagi menghilangkan identiti sesuatu kaum, sekaligus mencabar hak kaum tersebut yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.
“Kejayaan konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ada kena-mengena dengan penggunaan perkataan bangsa dalam borang.
“Jika kerajaan tunduk kepada cadangan mereka, lepas ini, mungkin mereka akan minta yang lain pula sehingga matlamat mereka (mahu menghapuskan identiti kaum) tercapai,” katanya kepada Bernama hari.
Beliau mengulas cadangan Pengerusi Yayasan 1Malaysia Profesor Dr Chandra Muzaffar, yang memberi alasan masyarakat dilihat begitu obses dengan perkataan “bangsa” sehingga ia dianggap sebagai rintangan paling besar menjayakan konsep 1 Malaysia. 
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee, yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, mengkritik sokongan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata alasan MEF, kononnya penghapusan perkataan bangsa dalam setiap borang atau dokumen bertujuan merealisasikan matlamat 1Malaysia, adalah tidak tepat.
Syed Ali berkata gagasan 1Malaysia yang dipelopori Najib tidak bermaksud melenyapkan identiti sesuatu bangsa atau kaum di negara ini, sebaliknya untuk  membawa kejayaan kepada negara dengan pembabitan semua bangsa, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan keturunan.
“Jangan peralatkan gagasan 1Malaysia untuk mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal sehingga sanggup membunuh identiti bangsa Melayu,” katanya menerusi laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Osman Bakar ketika dihubungi berkata, identiti bangsa wajib dikekalkan dalam sebarang borang sama ada di sektor awam atau swasta.
“Pengenalan sesuatu kaum itu penting, bagi mengetahui siapakah yang memiliki identiti si polan bin si polan itu, apa perakuannya dia sebagai seorang manusia jika bangsanya dihapuskan?” katanya.
Beliau berkata untuk merealisasikan konsep 1Malaysia, ia perlu dilihat dalam konsep yang meluas, bukan menyempitkannya dengan hanya memandang perkataan bangsa atau kaum sebagai rintangan terbesar.
“Kita menerima konsep 1Malaysia sebagai satu medium bagi memajukan dan menjaga kepentingan semua kaum di negara ini, yang mempunyai kekuatan masing-masing, jika ia dilenyapkan, apakah kekuatan yang tinggal pada kaum tersebut?” katanya. — Bernama

Lampu hijau pulang ke Mesir


Sebahagian pelajar Johor yang belajar di Mesir mendaftar untuk menerima bantuan di Johor Bahru semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi sudah mendapat pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa keadaan di Mesir kini pulih.
Ia sekali gus memberi lampu hijau kepada 13,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari negara bergolak itu bulan lalu untuk pulang ke Mesir bagi meneruskan semula pengajian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, untuk itu, pelajar terbabit perlu mendaftarkan nama mereka dengan kementerian berkenaan sebelum berlepas pulang ke Mesir.
Katanya, pendaftaran tersebut penting bagi tujuan penyelarasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
"Kehidupan rakyat di Mesir kini seperti biasa, begitu juga pejabat-pejabat kerajaan, syarikat-syarikat perniagaan dan universiti-universiti telah mula dibuka.
"Ini bermakna pelajar Malaysia yang belajar di Mesir boleh membuat keputusan untuk pulang semula ke Mesir bagi menyambung pengajian yang tergendala," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kapal bawa mata wang RM484.72 juta ke Libya


GAMBAR menunjukkan pelabuhan Harwich yang me rupakan lokasi sebuah kapal membawa wang RM484.72 juta ditahan oleh pihak berkuasa di Britain.


LONDON - Sebuah kapal yang membawa kira-kira AS$160 juta dalam mata wang Libya (RM484.72 juta) ditahan selepas ia berpatah balik semasa menuju ke Libya, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Menurutnya, kapal itu kembali ke Britain selepas anak-anak kapal tersebut memutuskan untuk tidak berlabuh di sebuah pelabuhan di Tripoli, Libya kerana pergolakan yang berlaku di sana.
Pegawai tersebut berkata, kapal itu dilaporkan kembali ke pelabuhan Harwich di timur England dengan diiringi oleh bot Agensi Sempadan Britain.
Sejumlah kontena yang mengandungi mata wang tersebut dipindahkan dari kapal berkenaan ke sebuah lokasi yang rahsia.
Britain sebelum ini memutuskan untuk melarang ekport mata wang Libya sejajar dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara itu.
Sementara itu, bedilan meriam dan letupan berlaku 20 kilometer dari pelabuhan Ras Lanuf di pantai Libya semalam.
Askar-askar yang menentang pemerintahan Muammar Gaddafi menyatakan mereka menentang askar-askar yang setia kepada Gaddafi di Rauf Lanuf, 660 kilometer ke timur Tripoli.
Menurut seorang askar Gaddafi yang berpaling tadah, Magdi Mohammed, para penentang dilengkapi dengan senjata kalashnikov AK-47, raifal dan pelancar roket.
Misi para penentang itu ialah menguasai loji kemudahan minyak.
Pergelutan turut berlaku di Tripoli apabila anggota-anggota pasukan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan semalam.
Menurut seorang saksi yang menghubungi agensi berita AFP, beberapa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke udara.
Pertempuran turut berlaku di Zawiya bandar yang berdekatan dengan Tripoli.
Pada awal semalam, askar-askar pro-Gaddafi melepaskan tembakan mortar dan bedilan daripada senjata antipesawat di Misrata. bandar ketiga terbesar di Libya.
Dalam pertempuran itu tiada laporan mengenai kematian dilaporkan.
Jumlah angka kematian rasmi akibat pertempuran antara para penentang Gaddafi dengan askar-askar upahan pemimpin itu masih belum diketahui.
Para penentang itu menentang Gaddafi ekoran kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi pemerintahannya.
Sementara itu di Benghazi, para penunjuk perasaan sudah menguasai bandar itu daripada penguasaan askar-askar Gaddafi. Jet-jet pejuang Gaddafi turut membedil bandar Ajdabiya semalam.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan beliau mempunyai pilihan untuk memastikan Gaddafi berundur.
Obama berkata kelmarin bahawa tindakan Gaddafi mengebom penduduknya sendiri menunjukkan bahawa beliau sudah kehilangan hak untuk memerintah dengan sah. - Agensi

Kereta ANWAR Dikepung Dan Dibaling Batu, Apa Komen `SI LEMBAM'?

Oleh: wfauzdin_ns

"NONEMUHYIDDIN secara terang-terangan merestui tindakan tidak bertamaddun beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang berkunjung ke Felda Jengka 22 pada Khamis malam lepas. Kereta yang dinaiki oleh DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' upahan.


Apa kata Muhyiddin selaku PM 1 Malaysia? Beliau memberi komen seperti orang bodoh iaitu katanya, "Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
(Malaysiakini)

Itukah komen dari seorang PM? Bayangkan jika Muhyiddin bertandang ke Kalantan, Selangor atau P.Pinang yang ramai orang tidak suka kepadanya maka beliau dilakukan sedemikian? Agak-agaknya apa komen beliau? Agak-agaknya pihak polis akan buat apa? Mesti kecoh Utusan Meloya dan TV 3 suku akan ulas macam lalat hurung tahi.
NONEDilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga.
Satu kelemahan di pihak kita ialah kita mungkin tidak mempunyai satu Unit yang mampu mengawal pimpinan kita. Jika ada pun, kita mungkin tidak merancang serapi mungkin apakah tindakan yang boleh kita lakukan jika berlaku situasi seperti itu. Sebab itu saya ada menulis di sini betapa kita perlu wujudkan Unit Gerak Jihad. Tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya mampu melihat Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi dibaling batu atau diludah oleh `monyet-monyet' upahan Apco itu.

Ini satu pengajaran buat kita yang sering lalai atau tidak peka dengan aspek keselamatan pimpinan dan para penyokong kita. Bagaimana mungkin puak mereka boleh datang ke tapak ceramah kita dengan melakukan kerja menabur paku-paku di serata tempat? Mana mungkin kenderaan yang membawa pimpinan kita tidak dikawal serapi mungkin? Kita mahu harapkan kawalan pihak Polis semata-mata?/wfauzdin.blogspot.com

Peniaga Taman Pelangi lega

JURU – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mendesak Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya menyediakan kemudahan tapak kepada peniaga di Taman Pelangi sebelum tindakan roboh dikenakan.Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, ia bagi memastikan tiada lagi kesulitan berlaku pada masa akan datang ketika MPSP menjalankan operasi penguatkuasaan, sepertimana yang berlaku hari ini.Menurutnya, kedua-dua pihak perlu melihat dari pelbagai sudut terutama aspek kemanusiaan sebelum membangunkan sesebuah kawasan, sebagai contoh, Auto City yang dirancang dengan baik.
"Masalah timbul hari ini apabila tapak perniagaan yang disediakan terhad kerana ia tidak dirancang dengan baik ketika kawasan perumahan ini dibangunkan dahulu. Pertambahan jumlah peniaga setiap hari menyebabkan mereka mengambil jalan dengan membina stuktur yang tidak sah dan apabila tindakan diambil, mereka tiada tempat lagi untuk berniaga.
"Jika PDC menyediakan tempat secukupnya sejak awal lagi, masalah ini pasti tidak akan timbul dan MPSP juga dapat menjalankan tindakan dengan mudah dan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kelulusan tapak sementara kepada lapan daripada 18 peniaga yang terlibat dengan operasi roboh oleh MPSP, 7 Februari lalu.
Turut diserahkan pada petang itu adalah dua buah khemah sumbangan peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen yang diwakili pembantu khasnya, Amizudin Ahmat.
Amir dalam pada itu berkata, tapak yang diluluskan MPSP di kawasan taman permainan itu hanyalah tapak sementara dan keutamaan diberikan kepada peniaga makanan dan minuman sahaja. Manakala, tapak bagi 10 peniaga lain akan diberikan kemudian.
Katanya, pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan PDC bagi mendapatkan kelulusan untuk menempatkan peniaga di satu kawasan terbiar berhampiran jalan masuk ke taman perumahan itu.
Jelasnya, tapak di situ dilihat sesuai kerana ia tidak pernah dibangunkan sejak 18 tahun lalu dan berharap PDC dapat meluluskannya untuk dijadikan tapak kekal agar peniaga dapat menjalankan perniagaan mereka secara sah.
"Operasi penguatkuasaan akan tetap dijalankan selepas ini. Justeru, saya berharap mereka yang mendapat notis supaya mengambil tindakan sendiri sebelum MPSP datang merobohkan premis bagi mengelakkan sebarang kesukaran pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pengerusi Penaja Persatuan Peniaga Kecil (PPK) Taman Pelangi, Abdul Kadir Mohamad yang mewakili peniaga mengucapkan berterima kasih kepada MPSP kerana memberi kelulusan dan kebenaran meneruskan perniagaan di tapak gerai sementara di kawasan padang itu.
Katanya, dengan adanya tapak sementara itu mereka dapat kembali meneruskan perniagaan yang sebelum ini terjejas selepas gerai dirobohkan - Azila - Sinar Harian

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Anwar: Pemeriksaan doktor aibkan, bahagian sulit diukur

March 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dipaksa oleh polis agar menjalani pemeriksaan perubatan yang cukup mengaibkan ketika ditahan satu malam pada 16-17 Julai 2008.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata polis telah membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8 malam, 16 Julai untuk pemeriksaan perubatan oleh dua pakar iaitu Dr Jayaindran Sinadorai dan Dr Ee Boon Leong.
Anwar (gambar) mendakwa pemeriksaan itu satu pengalaman mengaibkan kerana diminta menanggalkan pakaian dan bahagian-bahagian sulitnya diukur.
“Selepas bahagian atas saya diperiksa, mereka minta saya menanggalkan pakaian, untuk mengukur bahagian sulit,” kata beliau dengan merujuk kepada pemeriksaan ke atas zakar dan dubur.
“Tiada alat dimasukkan kerana saya tidak bersetuju dengan tindakan itu,” kata Anwar.
Ahli politik berusia 63 tahun itu berkata, kedua-dua doktor it memaklumkannya bahawa mereka mahukan sampel DNA dan juga mahu mengambil sampel badan dan rambut daripadanya.
Anwar juga menjawab soalan-soalan berkaitan dengan “tuduhan liwat.”
Malah Anwar berkata beliau juga enggan memberikan hospital sebarang sampel atas nasihat peguam-peguamnya.
“Berdasarkan pengalaman peribadi, saya ada bukti sampel dicuri dari HKL pada 1998,” kata Anwar yang merujuk kepada kes liwat pertama.
Ketike memberi keterangan semasa perbicaraan dalam perbicaraan hari ini, Anwar juga mendakwa tidak diberitahu alasan beliau ditahan pada 16 Julai 2008 oleh polis yang bersenjatakan semi automatik di tengah jalan semasa ke rumahnya di Segambut dari Putrajaya.
Beliau berkata peguamnya Sankara Nair dan pegawai penyiasat telah mengaturkan untuk beliau hadir di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Sankara, yang turut memberikan keterangan hari ini berkata, Anwar telah menghadiri sesi pertemuan dengan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), kini SPRM, pada sebelah pagi berhubung dakwaan berkaitan dengan insiden mata lebam 1998.
Anwar berkata beliau menuju ke rumahnya dari pejabat BPR di Putrajaya untuk menyegarkan diri tetapi diserbu oleh beberapa kereta polis yang tidak berlambang dan komando yang bersenjatakan separa automatik.
Anwar mempertahankan bahawa sepanjang masa beliau ditahan dan dibebaskan tidak langsung diberitahu mengenai sebab ditahan.
“Hanya selepas saya pergi ke bilik mesyuarat, Jude merujuk kepada tuduhan (yang dikenakan). Tetapi alasan ditahan tidak diberikan.
“Jude berkata ditahan di bawah 112, tetapi tiada alasan tahanan diberikan,” kata Anwar di mahkamah hari ini.
Sankara, yang hadir ketika ditahan juga senada dengan Anwar.
“Pegawai polis tidak memberikan alasan ditahan,” kata peguam itu yang tetap mempertahankan pendiriannya meskipun ditanya berkali-kali oleh ketua pendakwa raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Kekayaan terkumpul 40 orang terkaya Malaysia naik AS$11b

March 03, 2011
SINGAPURA, 3 Mac – Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah AS$62.1 bilion, meningkat sebanyak AS$11.1 bilion (AS$1=RM3.00) berbanding tahun lepas, demikian menurut senarai kekayaan terbaharu yang disiarkan oleh Forbes Asia.
Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini berkata gabungan kekayaan itu naik hampir 22 peratus daripada senarai pada 2010.
“Sumber kewangan yang lebih baik itu datang daripada sokongan kekukuhan ekonomi negara yang berkembang 7.2 peratus tahun lepas, kadar tertinggi sejak 2000,” kata Forbes.
Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan.
Kuok, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia.
Kekayaan beliau bernilai AS$12.5 bilion, naik sebanyak setengah billion daripada tahun lepas.
Sumber terbesar kekayaannya ialah pegangan beliau dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.
Ananda, 72, berada di kedudukan kedua dengan kekayaan bernilai AS$9.5 bilion, naik daripada AS$8.1 bilion tahun lepas.
Maxis Communications Bhd miliknya merupakan penyedia perkhidmatan telefon selular terbesar di Malaysia.
Baru-baru ini beliau telah menjadikan tiga syarikatnya sebagai syarikat persendirian: syarikat penyiaran satelit Astro All Asia Networks plc, syarikat kuasa dan perjudian Tanjong plc, dan pengendali satelit Measat Global Bhd.
Di kedudukan No. 3 ialah tokoh yang meraih untung paling besar tahun ini dari segi dolar, Puan Sri Lee Kim Hua.
Balu jutawan kasino Tan Sri Lim Goh Tong yang berusia 81 tahun itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang berada dalam senarai tahun ini.
Saham Genting miliknya melonjak apabila operasi syarikat di Singapura yang beroperasi di Pulau Sentosa dibuka, meningkatkan nilai bersih kekayaan keluarga itu sebanyak AS$2.7 bilion kepada AS$6.6 billion dari tahun lepas.
Tan Sri Lee Shin Cheng, yang membangunkan IOI Group menjadi satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar dunia, turun satu anak tangga ke tempat keempat dengan nilai bersih AS$5 bilion, meningkat AS$400 juta daripada tahun lepas.
Perintis syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes, yang dipilih sebagai Ahli Perniagaan Terbaik Asia 2010 Forbes, berada di kedudukan ke-20 tahun ini, turun satu tangga daripada tahun lepas meskipun kekayaannya meningkat kepada AS$470 juta daripada AS$330 juta tahun lepas.
Satu-satunya hartawan baharu yang menduduki senarai tahun ini ialah Chia Song Kun di kedudukan ke-24 dengan kekayaan AS$400 juta.
Harga saham QL Resources Bhd, syarikat makanan laut, pengeluaran telur dan minyak sawit miliknya, mencatatkan kenaikan berganda sejak tahun lepas.
Datuk Tony Tiah Thee Kian di kedudukan ke-35 merupakan satu-satunya orang yang kembali semula berada dalam senarai selepas tercicir tahun lepas, apabila sahamnya dalam TA Enterprise Bhd pulih semula. Kekayaan beliau bernilai AS$170 juta.
Tidak semua yang mencatatkan prestasi baik kerana terdapat tiga orang yang menyaksikan kekayaan mereka berkurangan, diterajui oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang berada di kedudukan kesembilan.
Beliau yang memiliki Berjaya Group, menyaksikan kekayaannya merosot kepada AS$1.25 bilion daripada AS$1.6 bilion tahun lepas.
Taikun kayu balak Tan Sri Tiong Hiew King merupakan satu-satunya orang yang dalam senarai tidak menyaksikan sebarang perubahan dalam kekayaannya. Harta beliau masih bernilai AS$1.2 bilion dan berada dikedudukan ke-10 dalam senarai.
Tahun ini, minimum bersih bernilai AS$125 juta diperlukan untuk layak memasuki senarai, naik daripada AS$110 juta tahun lepas. Bilangan bilionair dalam senarai itu kekal tidak berubah daripada tahun lepas sebanyak 10 orang.
Senarai 10 orang paling kaya Malaysia ialah:
1) Robert Kuok Hock Nien (AS$12.5 bilion);
2) Ananda Krishnan (AS$9.5 bilion);
3) Puan Sri Lee Kim Hua (AS$6.6 bilion);
4) Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5 bilion);
5) Tan Sri Quek Leng Chan (AS$4.8 bilion);
6) Tan Sri Teh Hong Piow (AS$4.7 bilion);
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$2.7 bilion);
8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.5 bilion);
9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (AS$1.25 billion); dan
10) Tan Sri Tiong Hew King (AS$1.2 bilion). – Bernama

Kaya Melalui Kontrak Pertahanan

Mahathir Menipu

Anak deals with haram jadah jibe

Anwar's speech on International and National issues

Sodomy II: Anwar testifies in trial within trial

Cemar kempen: Kain rentang, bendera PAS hilang

Susulan PKFZ: Wan Azizah gesa rakyat tolak BN ‘cuai’

March 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa rakyat “bangkit menolak pemimpin-pemimpin cuai” pada pilihan raya umum ke-13 ekoran pendakwaan ke atas bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu bekas perdana menteri berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Oleh itu tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sistem pentadbiran yang mengetepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.
“Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Isnin lalu, Chan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Chan merupakan bekas menteri pengangkutan kedua didakwa di mahkamah berhubung isu yang sama.
Dr Wan Azizah berkata menerajui sebuah kerajaan yang adil dan mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. 
Sehubungan itu kata beliau, pilihan raya umum ke-13 adalah peluang  terbaik dan nampaknya semakin hampir. 
“Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.
“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini,” katanya.
Dr Wan Azizah menambah isu itu bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan Kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kebanyakan dari mereka yang “tertipu” masih berkuasa termasuk perdana menteri dan timbalannya sekarang.
Kata beliau rakyat tidak wajar membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat  ini menerajui negera. 
“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.
“Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini,” katanya lagi.

By hook or by crook - BN menang!

Oleh: wanibrah

"Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1.    Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.
2.    Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).
3.    Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang  yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).
4.    Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).
5.    PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.
6.    Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).
7.    Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).
8.    Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).
9.    Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).
10.  Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).
11.  Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.
12.  Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau  (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).
13.  Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).
14.  Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.
15.  Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac). Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.
Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!
Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.
Catatan Wanibrah (3 Mac 11).
"

Operasi Meragut Duit Rakyat Bermula ! (WAJIB BACA DAN SEBAR!!)

Oleh: edyesdotcom

"Salam saman,

1 Mac 2011, saya dalam perjalanan pulang dari MBSA setelah selesai membuat menghantar borang pembaharuan ruangan tapak perniagaan di Shah Alam. Mujurlah MBSA tidak menyenaraihitam peniaga yang pernah mempunyai saman dengan MBSA 2-3 tahun yang lalu. Jika ia berlaku, pastinya saya tidak berpeluang untuk memperbaharui lesen perniagaan.


Syukurlah kerana negeri Selangor masih diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka saya masih boleh berniaga walaupun beberapa tahun lalu pernah disaman kerana berniaga secara 'rambo' malah perkakasan perniagaan juga pernah dirampas oleh MBSA ketika BN memerintah Selangor. Walaupun ada saman, tetapi mereka di MBSA tetap berhati perut membenarkan saya terus berniaga.

Bagusnya kerajaan Pakatan Rakyat apabila bertindak mengarahkan MBSA agar melunakkan cara melayani rakyat walaupun rakyat itu ialah peniaga yang tidak berlesen. Menyedari rakyat semakin susah untuk bertahan sebulan dengan hanya makan gaji semata-mata, perniagaan sampingan merupakan satu alternatif bagi membantu meringankan beban. Oleh itu, adalah menjadi satu lumrah perniagaan apabila ia dimulakan dengan sijil lesen yang serba kosong.

Namun seperti yang kita semua maklum, kerajaan yang diperintah oleh BN hari ini telah membuktikan mereka tidak punya hati perut apabila menafikan hak memperbaharui cukai jalan yang membolehkan kenderaan kita tersadai selagi nama tidak dibersihkan dari disenaraihitam.

Kerajaan tidak pernah memikirkan masalah yang dihadapi rakyat apabila dengan sembrono mengambil kesempatan ke atas rakyat yang terdesak dengan saman yang dikenakan. Tidak membayar saman samada tidak berduit atau punya masalah kewangan yang kritikal, menyebabkan kenderaan rakyat itu tersadai. Lantas ia bukan hanya tidak menyelesaikan masalah rakyat susah, tetapi menambahkan lagi kekusutan rakyat apabila terpaksa mengambil risiko membawa kenderaan yang tidak punya 'roadtax' seumpama membawa 'keranda' sendiri. 

Apa-apa yang berlaku kepada si pembawa kenderaan tidak berlesen atau tidak bercukai jalan akan menyebabkan hukuman maksimum sekiranya ditahan pihak berkuasa dan jika mengalami kemalangan, tidak akan ada syarikat insuran yang akan menanggung sebarang kos kemalangan tersebut. Apalah dosa rakyat sehingga dihukum sedemikian rupa hanya kerana tidak mampu membayar saman?

Saman itu pula berbentuk saman ekor, yang hadir secara tiba-tiba tanpa tandatangan si pesalah. Tidak dijatuh hukum salah di mahkamah lagi, tetapi telah disenaraihitam dari memperbaharui lesen dan cukai jalan? Undang-undang sedemikian rupa menyamai akta ISA yang seharusnya kita humban jauh-jauh dari bumi bertuah ini! Oleh demikian, adalah menjadi kewajaran untuk kita lawan kebejatan musibah saman ekor!

Berbalik kepada cerita asal tadi, saya baru pulang dari MBSA dan melalui highway NPE kerana ingin terus ke Bangsar. Sampai di area depan Taman Medan, jalan dengan tak semena-mena sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara. 



Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman. 

Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak kereta yang kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.

Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.

Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.

Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...

Saya ada buah fikiran untuk difikir oleh kerajaan. Mengapa tidak kita hadiahkan wang ringgit berbentuk diskaun tol kepada mereka yang bebas dari sebarang saman?

Setiap pengguna jalanraya yang tidak ada saman langsung, berhak memperolehi diskaun 50% dari mana-mana tol yang ditempuhi, 50% untuk bayaran semua jenis cukai dan sebarang pembayaran kepada kerajaan atau PBT. Jadi dengan cara sebegini, pasti ramai rakyat Malaysia yang pastikan semua saman dibayar untuk menikmati pelbagai keuntungan apabila menjadi pengguna jalanraya yang tidak punya walau satu saman. 

Adakah idea saya begitu idealistik yang tidak boleh dipraktikkan? Pasti ada caranya dengan teknologi sedia ada yang membenarkan idea saya menjadi kenyataan. Tolong jangan lupa kredit idea ini kerana idea saya juga bukan percuma atau saya akan senaraihitamkan kerajaan daripada menerima sebarang idea rakyat marhein selepas hari ini.

Kerajaan tidak harus bergantung kepada saman semata-mata. Atau tidak salah saya menuduh Kerajaan Malaysia hanya menyediakan pelbagai saman demi untuk meragut duit rakyat? Sesungguhnya Kerajaan Malaysialah peragut bersiri paling kejam dan harus dipukul beramai-ramai oleh rakyat Malaysia !! 


EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)

"

Mari Lihat : Lakonan hebat Gaddafi dan Obama.

Oleh: tokpepijat

"MARI LIHAT ! Filem lakonan Gaddafi dan Obama!


Krisis Libya semakin meruncing. Amerika mengambil peluang untuk menjadikan Libya menjadi negerinya yang ke 53 selepas Iraq dan Afghanistan.


Benarkah Amerika ingin menolong rakyat Libya dari kejahatan Muammar Gaddafi? Atau benarkah Gaddafi begitu bencikan Amerika ?


Sejarah merekodkan bahawa mana-mana pemimpin Arab mempunyai "tuhan"nya sendiri samada Amerika ataupun USSR(sebelum kejatuhan komunis).



Selepas kejatuhan USSR, negara Arab yang pro USSR mula mengalih kiblat untuk "menyembah tuhan yang baru" iaitu Amerika. Ini kerana Amerika menjadi Kuasa Tunggal(world police).



Negara yang pro USSR seperti Iraq, Libya dan Syria mula berbaik dengan Amerika. Cumanya Saddam Husein(Iraq) yang menjadi khadam Amerika ketika Perang Iran-Iraq mula "lawan taukeh" yang menyebabkan Amerika berang dan menjajahnya hingga kini.



Syria dan Libya sudah mula secara "perlahan-lahan" menukar kiblat "menyembah" Amerika.



Lihatlah Syria mula berlembut dengan Israel. Manakala Gadaffi bukan saja asyik dengan wanita-wanita cantik Itali bahkan mula berkenyit mata dengan Israel.



Jika Amerika menyerang Libya ianya adalah mengikut "skrip" arahan bersama Libya dan Amerika. Percayalah.



Amerika belajar dari krisis Mesir. Betapa jatuhnya Mubarak tanpa pertempuran dahsyat dan "sedikit darah" mengalir di bumi Mesir satu "kerugian" bagi pihak Amerika kerana tentera Amerika tiada alasan untuk masuk campur.



Lebih-lebih lagi Amerika melihat penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam demostrasi Mesir yang begitu tertib, teratur dan damai. Mana ada pimpinan Ikhwan mengarah menyerang tentera atau jadikan tentera sebagai musuh.


Lihat reaksi Gaddafi ketika demostrasi mula berlaku. Beliau mengatakan Libya dalam bahaya kerana ancaman "pelampau Islam". Tetapi tuduhan beliautidak berkesan bahkan menaikkan lagi bilangan rakyat turun ke jalanraya.


Sebenarnya tuduhan Gaddafi itu adalah cara"menarik minat" Amerika untuk menjajah Libya. Mengambil pengalaman Mesir dan Tunisia, Gaddafi dan Amerika bersatu untuk mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dari merebak ke Libya.


Jika ianya berlaku, satu lagi ancaman bahaya buat Israel. Jatuhnya Gaddafi setelah Ben Ali dan Mubarak melengkapkan geografi Afrika Utara menjadi Kuasa Baru buat umat Islam dan mendekatkan lagi jarak perjalanan menuju Masjidil Aqsa.


Bagi mencegah agar peristiwa di Tunisia dan Mesir tidak berulang, Amerika perlu menyerang Libya bagi mengalih tumpuan rakyat Libya daripada menentang Gaddafi kepada bersatu menentang Amerika.

Sebab itulah Obama dan Gaddafi perlu berlakon untuk menjayakan "filem habat" ini !"

YB Saifuddin Nasution- Saiful Cuba Diliwat...

YB Dato Husam Musa - DImanakah Keadilan Untuk Rakyat Biasa

Sah: Felda Plantations Adalah Satu Projek Haram, Dan Ternyata Sekali Ianya Jelas "Melanggar" Akta Penempatan Berkelompok (GSA 1960) Sebenarnya

KERDAU, 3 Mac [9.44 am] - Felda Plantations ternyata "projek haram" kerajaan UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya. Kenyataan ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) dalam sidang medianya dekat sini semalam. Menurut Mazlan, Felda diasaskan untuk membasmi kemiskinan terutamanya dikalangan orang. Felda katanya mengawal 367,710 hektar ladang yang jelas pemilikannnya bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960. Perkara ini ada disebut menerusi Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1) dan pernah dibacakan dalam Hansard Parlimen bertarikh 27 April 196o. Kenyataan tersebut dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Razak ketika itu. Apa yang berlaku sekarang, sejak zaman PM Mahathir tanah-tanah yang dibuka oleh Felda tidak lagi diberikan lagi kepada rakyat (peneroka) sebaliknya dijadikan estet perladangan atas nama plantations. Ini bercanggah dengan dasar Felda itu sendiri sebenarnya. "Kami sedang mengkaji untuk membawa kes ini ke mahkamah untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil semula tanah-tanah yang telah disalahgunakan oleh Felda itu", kata Mazlan. "Apakah Najib tidak membaca kenyataa ayahandanya itu?. Adakah dia tahu Felda Plantations itu adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA itu sendiri?", katanya. Mazlan turut menegas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap akan memansuhkan Felda Plantations kiranya diberi mandat rakyat untuk memerintah negara ini selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. "Keluasan tanah yang telah digunakan untuk plantations itu sebenarnya boleh diagihkan kepada 79,000 orang generasi kedua Felda", katanya.

Sahut Cabaran Dialog Dengan Si Ahmad Maslan

Sementara itu, Mazlan juga berkata yang beliau bersedia untuk menerima jemputan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Felda, Ahmad Maslan (foto) bagi berdialog isu-isu Felda. "Sudah lama saya dan ANAK mengajak beliau berdebat. Jemputan pertama pada bulan Julai 2010 tidak disahut oleh menteri berkenaan. Malah ketika Pilihan Raya Kecil DUN Tenang saya sekali lagi mempelawa beliau berdebat pada 25 Jan 20011. Namun beliau memberikan banyak alasan malah dengan bangganya bersedia untuk berdialog tiga hari tiga malam dengan saya, dengan sayarat ia diadakan di Ibu Pejabat Felda sendiri. Beliau juga menyarankan saya membawa bersama beberapa orang pemimpin ANAK untuk menghadiri majlis dialog tersebut. Maka itulah, kini saya ingin nyatakan ANAK sudah bersedia untuk berdialong isu-isu Felda dengan Ahmad Maslan. Buatlah dimana-mana sekali pun hatta di pejabat beliau sendiri, saya akan hadir bersama 16 hingga 20 orang pemimpin ANAK seperti yang diharapkan", kata Mazlan Aliman .

PM Jangan Tipu Peneroka Dan Generasi Kedua

Dalam pada itu juga, Mazlan hairan dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak (Foto) yang cuba untuk menipu peneroka dalam isu pengembalian wang bantuan tanam semula (SES). "Potongan wang tersebut adalah diambil daripada pendapatan bulanan peneroka terbabit. Potongan dibuat sepanjang tempoh mereka mengusahakan ladang masinng-masing dan akan sudah semestinya ia wajar dikembalikan kepada peneroka apabila mereka mahu gunakannya untuk tanaman semula. Ini tidak, wang tersebut sudahlah disekat malah mereka pula memberi tiga opsyen yang cukup membingungkan peneroka sebenarnya. Anehnya, Najib boleh pula umumkan tiga opsyen untuk peneroka dalam isu ini. Cukup hairan, duit mereka disimpan tapi mereka seolah-olah membuat loan pula untuk mendapatkan semula wang simpanan tersebut. Siapa agaknya yang bagi nasihat kepada Najib berhubung hal ini", katanya.

Iran Protes Logo Olympic 2012 London

Oleh: blalang

"PhotobucketIsu hangat Logo Olimpik 2012 London, apabila Iran memprotes logo tersebut yang dikatakan berbau rasis kerana mempunyai perkataan seakan-akan perkataan ZION.

Photobucket


2=Z 0=O 1=I 2=N
Gambar untuk lebih jelas,
Photobucket
Apa pula maksud ZION? ZION boleh disamakan dengan pengganas ZIONIS.
Lihat maksud ZION dari terjemahan Advance Version , sumber di sini
Photobucket
Iran kemungkinan akan memboikot acara sukan terbesar itu menurut surat yang mereka hantar kepada IOC (International Olympic Comittee). Dalam surat tersebut juga seakan Iran mendesak negara-negara Islam yang lain mengambil tindakan yang serupa.
Namun begitu Presiden IOC, Jacques Rogge menafikan tuduhan Iran bahawa logo Olimpik London 2012 “rasis”. Rogge mengatakan kepada BBC Sport: “Tidak, ini bukan hal serius. Kami akan menjawab dengan senyap, dan menjelaskan bahawa logo ini tidak ada kaitan dengan rasisme atau politik.”
Rogge juga menambah bahawa logo tersebut telah dilancarkan pada tahun 2007 tetapi mengapa sekarang baru ditimbulkan isu tersebut.
Surat dari Iran kepada Rogge berbunyi:
“Tidak diragukan ada satu sikap lalai dalam masalah ini dari pihak anda akan memberi kesan beberapa negara akan menarik diri, terutama Iran.”
Iran berjaya menggondol satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Olimpik di Beijing tahun 2008. Pingat emas Iran adalah dari olahraga Taekwando kelas 80Kg menerusi atlit Hadi Saei. Sementara pingat gangsa diraih oleh Seyedmorad Mohammadi dari gusti kelas 60kg.
Selain dari logo Olimpik yang menjadi isu hangat tersebut, maskot Olympic 2012 London ini juga menjadi isu.
Maskot yang bernama Wenlock tersebut bermata satu seperti Dajal.
Photobucket
Di hujung kepalanya juga terdapat bentuk piramid yang sangat mirip dengan logo Freemason.
Photobucket
Ini logo freemason..
Photobucket
Wallahualam. Bagaimana dengan kerajaan Malaysia?

"

Melawat bapa saudara di hospital umum sarawak.


Dato' Tuan Gesa "Adnan Jawab Isu" Kepincangan Pentadbiran Serta Pengurusan Kewangan Seperti Yang Telah Di Dedahkan Oleh Ketua Audit Negara

KERDAU, 2 Mac [3.2o pm] - Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini berkata Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob harus menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau ini iaitu yang berkaitan dengan kepincangan pentadbiran dan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Pahang seperti yang telah didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2009. "Adnan mengatakan kita tiada isu untuk dibangkitkan, sedangkan prestasi buruk UMNO memimpin kerajaan negeri seperti yang didedahkan oleh Ketua Audti Negara itu adalah isu besar yang sepatutnya dijawab oleh Adnan. Bukannya dengan memberi helah dan alasan yang remeh temeh bagi menggelakkan isu sebenarnya yang perlu diketahui oleh rakyat", katanya ketika mengadakan sidang media di Markas Induk PAS dekat sini. "Meneliti laporan-laporan media BN hari ini, kami dapati BN khususnya Menteri Besar gagal menjawab pembongkaran yang telah kami dedahkan sejak bermula hari kempen. Laporan prestasi buruk tentang pengurusan kerajaan negeri masih belum terjawab," katanya. Dato, Tuan juga menegaskan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pernah digemparkan dengan kes saman sebanyak RM63 juta oleh sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM). "Terkini rakyat Pahang digegarkan pula oleh dua lagi kes saman daripada dua syarikat bernilai lebih RM200 juta. Syarikat tersebut ialah Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd yang masing-masing bernilai RM209 juta dan RM24 juta juga melibatkan kes pembalakan", katanya.

[Berdasarkan kepada sumber dokumen yang berkenaan, kedua-dua syarikat terbabit telah menyaman kerajaan negeri kerana mengingkari janji. Turut disaman ialah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Menurut fakta kes, Spag’n telah membuat satu cadangan Projek Ladang Hutan di atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar yang terletak di Mukim Penyor, Daerah Pekan dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Jun 1999. Melihat bukti dan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara itu, sememangnya sungguh memalukan kerana banyak penyelewengan dan ketirisan yang berlaku tanpa ada kawalan. Malahan, banyak hasil ekonomi kerajaan negeri mengalir kepada orang lain tanpa dapat disekat dengan sewajarnya oleh MB Pahang itu. Tambahan pula jika libatkan proksi atau pun kroninya].

Gaddafi beri amaran keras


SEBUAH lori tangki meletup akibat nahas jalan raya di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam memberi amaran keras kepada Barat agar tidak campur tangan dengan menyokong penentangan terhadapnya.
Pemimpin berkenaan menyatakan ribuan orang akan mati jika Barat mencampuri urusan negara tersebut dengan membantu gerakan penentang terhadap pemerintahannya.
Ucapannya itu dibuat pada satu majlis bagi memperingati gerakan rakyat di sini semalam.
Beliau membuat ucapan selepas askar-askar yang setia kepada Gaddafi bertempur dengan para penentang pemerintahannya di bandar Brega, timur Libya.
Menurut laporan stesen televisyen Al-Jazeera, bandar Brega itu dikuasai oleh para penentang pemerintah Gaddafi.
Stesen televisyen Al-Arabiya menyatakan sebuah lapangan terbang di Brega sudah jatuh ke tangan para penyokong Gaddafi.
Bagaimanapun, Al-Jazeera melaporkan beberapa buah pesawat mengebom bandar Ajdabiyah selepas para penentang Gaddafi menguasai sebuah pangkalan tentera.
Dalam ucapan itu, Gaddafi menegaskan, campur tangan Barat hanya akan mencetuskan 'peperangan dahsyat' yang akan mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Libya.
Gaddafi sekali lagi menyalahkan pergerakan Al-Qaeda kerana mencabar pemerintahan kuku besinya hampir 42 tahun.
Beliau berkata, Al-Qaeda menguasai tanah air Libya dan hasil minyak negara itu. Gaddafi berikrar akan berjuang bermati-matian untuk menghalang niat jahat tersebut.

MUAMMAR GADDAFI menghadiri majlis memperingati kuasa rakyat di Tripoli semalam.


Dalam ucapannya, Gaddafi menafikan berlakunya demonstrasi aman di Libya sejak rakyat mula bangkit menentang pemerintahannya pada 15 Februari lalu.
Menyentuh mengenai industri minyak negara yang kini jatuh ke tangan pihak penentang, beliau menjelaskan, "kumpulan-kumpulan Al-Qaeda ini menyebabkan syarikat-syarikat minyak berada dalam ketakutan, melarikan diri dan menghentikan pengeluaran minyak. Pengeluaran minyak kini berada pada tahap paling minimum".
"Semua yang berlaku jelas menunjukkan konspirasi jahat Al-Qaeda.
"Semua ini tidak boleh dibiarkan. Kami akan berperang sehingga ke titisan darah terakhir," tegasnya.
Gaddafi mendakwa penduduk bandar Benghazi yang sebelum ini memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap pemerintahannya, telah meminta pertolongan beliau untuk mengusir kumpulan-kumpulan bersenjata di sana.
"Tiada kekacauan yang berlaku di Libya seperti dilaporkan media asing," katanya. - AFP

Anwar beri keterangan hari ini


ANWAR hadir perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan pembelaan supaya prosiding bicara dalam bicara dijalankan.
Anwar, 64, bagaimanapun akan disoal terlebih dahulu oleh pihak pembelaan mengenai isu yang dipertikaikan iaitu dakwaan bahawa tiga barang kes yang digunakan Anwar iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral jenama ‘Cactus’ diambil secara salah.
Peguam Sankara Nair berkata, setakat ini pihaknya akan memanggil Ketua Pembangkang itu dulu namun, mereka akan berbincang lebih lanjut mengenai saksi-saksi lain yang berpotensi untuk dipanggil.
Kelmarin, Ketua Unit Jenayah Berat (D9), Deputi Supritendan Yahya Abdul Rahman memberitahu, Anwar diberikan barang-barang tersebut semasa ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai 2008.
Sementara itu, bekas Supritendan Amidon Anan dari Unit CSI Bukit Aman pula mendakwa, beliau dan pasukannya telah merampas kesemua barang-barang tersebut di atas lantai lokap selepas Anwar dibebaskan.
Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Siti Aidora Saedon pula mengesahkan kesemua barang itu mempunyai DNA Male Y iaitu DNA sama yang ditemui pada dubur bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Indonesia bohong


ACARA keirin tidak disenaraikan oleh Indonesia pada Sukan SEA 2011 meskipun sudah didesak oleh Persatuan Berbasikal Asia.


“SATU pembohongan besar.”
Demikian rumusan yang dibuat oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) apabila mengetahui keputusan penuh 18 acara lumba basikal yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia hujung tahun ini.
Presiden PKBM, Abu Samah Abd. Wahab menegaskan bahawa Komite Olimpik Indonesia (KOI) dan Persatuan Berbasikal Indonesia (ICA) tidak melakukan sebarang rombakan semula terhadap mana-mana acara membabitkan disiplin trek dan basikal bukit sekali pun telah mengadakan mesyuarat pada 25 Februari lalu.
Tambah melucukan, Indonesia menyenaraikan acara 10 kilometer (km) perlumbaan mata lelaki elit dan 25km perlumbaan mata wanita sekali gus membayangkan sikap tidak jujur yang jelas membawa makna tersirat di sebalik tindakan tersebut.
"Mereka (KOI dan ICA) bukan saja tidak menghormati tindakan ACC (Persatuan Berbasikal Asia) yang telah menghantar surat jawapan balas meminta agar mereka menyenarai semula acara bersesuaian dengan Kejohanan Sedunia. Misalnya dalam disiplin trek, mereka perlu senaraikan acara keirin dan 200 meter ujian masa individu.
"Bagaimanapun, Indonesia hanya senaraikan acara 10km scratch race, 4km pursuit individu dan 10km perlumbaan mata. Sedangkan dalam surat asal kepada ACC, mereka minta nasihat daripada badan terbesar di Asia. Namun setelah diberikan nasihat, mereka sama sekali tolak mentah-mentah pandangan ACC.
“Paling melucukan ialah apabila mereka senaraikan acara 10km perlumbaan mata untuk lelaki dan 25km perlumbaan mata untuk wanita. Adakah mereka ingin beritahu kita pelumba lelaki lemah berbanding pelumba wanita. Saya benar-benar bingung dengan keputusan ini. Ia sangat melucukan,” kata Abu Samah.
Abu Samah yang juga Naib Presiden ACC menjelaskan Indonesia juga hanya memilih acara yang difikirkan boleh memberi kelebihan besar kepada pelumba republik tersebut.
"Dahulu mereka berjanji akan adakan acara downhill dan cross country untuk lelaki serta wanita. Tapi apabila terima senarai penuh, kami dapati Indonesia hanya senaraikan acara downhill untuk wanita. Mereka ketepikan cross country kerana tahu ada negara lain yang kuat dalam acara ini,” katanya.
Minggu lalu, Setiausaha Agung ACC, Choi Boo Woong telah mengutus sepucuk surat kepada Indonesia meminta agar republik tersebut menghormati desakan negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Filipina yang mahukan beberapa acara trek seperti keirin dan 200m pecut individu disenaraikan semula pada Sukan SEA 2011.
Choi menjelaskan Indonesia perlu berbuat demikian jika mahu acara berbasikal di Sukan SEA 2011 menerima pengiktirafan rasmi daripada ACC atau UCI sekali gus membolehkan beberapa pegawai penting seperti komisar dan anti-doping dihantar memantau temasya sukan dwitahunan itu.
Abu Samah menjelaskan selaku Presiden Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACA), beliau akan berhubung dengan semua ahli gabungan di Asia Tenggara untuk mendengar pandangan mereka khususnya Thailand dan Filipina yang dianggap antara kuasa besar di rantau ini.

Indonesia bohong


ACARA keirin tidak disenaraikan oleh Indonesia pada Sukan SEA 2011 meskipun sudah didesak oleh Persatuan Berbasikal Asia.


“SATU pembohongan besar.”
Demikian rumusan yang dibuat oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) apabila mengetahui keputusan penuh 18 acara lumba basikal yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia hujung tahun ini.
Presiden PKBM, Abu Samah Abd. Wahab menegaskan bahawa Komite Olimpik Indonesia (KOI) dan Persatuan Berbasikal Indonesia (ICA) tidak melakukan sebarang rombakan semula terhadap mana-mana acara membabitkan disiplin trek dan basikal bukit sekali pun telah mengadakan mesyuarat pada 25 Februari lalu.
Tambah melucukan, Indonesia menyenaraikan acara 10 kilometer (km) perlumbaan mata lelaki elit dan 25km perlumbaan mata wanita sekali gus membayangkan sikap tidak jujur yang jelas membawa makna tersirat di sebalik tindakan tersebut.
"Mereka (KOI dan ICA) bukan saja tidak menghormati tindakan ACC (Persatuan Berbasikal Asia) yang telah menghantar surat jawapan balas meminta agar mereka menyenarai semula acara bersesuaian dengan Kejohanan Sedunia. Misalnya dalam disiplin trek, mereka perlu senaraikan acara keirin dan 200 meter ujian masa individu.
"Bagaimanapun, Indonesia hanya senaraikan acara 10km scratch race, 4km pursuit individu dan 10km perlumbaan mata. Sedangkan dalam surat asal kepada ACC, mereka minta nasihat daripada badan terbesar di Asia. Namun setelah diberikan nasihat, mereka sama sekali tolak mentah-mentah pandangan ACC.
“Paling melucukan ialah apabila mereka senaraikan acara 10km perlumbaan mata untuk lelaki dan 25km perlumbaan mata untuk wanita. Adakah mereka ingin beritahu kita pelumba lelaki lemah berbanding pelumba wanita. Saya benar-benar bingung dengan keputusan ini. Ia sangat melucukan,” kata Abu Samah.
Abu Samah yang juga Naib Presiden ACC menjelaskan Indonesia juga hanya memilih acara yang difikirkan boleh memberi kelebihan besar kepada pelumba republik tersebut.
"Dahulu mereka berjanji akan adakan acara downhill dan cross country untuk lelaki serta wanita. Tapi apabila terima senarai penuh, kami dapati Indonesia hanya senaraikan acara downhill untuk wanita. Mereka ketepikan cross country kerana tahu ada negara lain yang kuat dalam acara ini,” katanya.
Minggu lalu, Setiausaha Agung ACC, Choi Boo Woong telah mengutus sepucuk surat kepada Indonesia meminta agar republik tersebut menghormati desakan negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Filipina yang mahukan beberapa acara trek seperti keirin dan 200m pecut individu disenaraikan semula pada Sukan SEA 2011.
Choi menjelaskan Indonesia perlu berbuat demikian jika mahu acara berbasikal di Sukan SEA 2011 menerima pengiktirafan rasmi daripada ACC atau UCI sekali gus membolehkan beberapa pegawai penting seperti komisar dan anti-doping dihantar memantau temasya sukan dwitahunan itu.
Abu Samah menjelaskan selaku Presiden Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACA), beliau akan berhubung dengan semua ahli gabungan di Asia Tenggara untuk mendengar pandangan mereka khususnya Thailand dan Filipina yang dianggap antara kuasa besar di rantau ini.

Sewa pesawat Boeing 747 MAS


PESAWAT jumbo Boeing 747 MAS seperti inilah yang akan digunakan untuk menerbangkan 514 pelajar dari Terengganu ke Mesir pada pertengahan bulan ini.


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar 514 pelajar dari negeri ini kembali menyambung pengajian mereka di Mesir dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747 yang disewa khas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menanggung kos penerbangan itu dengan jumlah pelajar yang terbabit dijangka diketahui hasil perbincangan dengan MAS pada 7 Mac ini.
"Kami jangka semua pelajar ini akan dapat kembali ke Mesir pada pertengahan bulan ini jika tiada sebarang masalah," katanya di sini semalam.
Jelasnya, bilangan pelajar yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri itu tidak termasuk 46 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 52 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Bom peninggalan perang dunia kedua diletupkan

March 02, 2011
SEPANG, 2 Mac – Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memusnahkan bom peninggalan perang dunia kedua yang ditemui di tapak pembinaan KLIA 2 di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Baharudin Mustafa berkata bom yang dipercayai berusia 50 tahun dan telah berkarat itu diletupkan pada pukul 3.20 petang di tapak pembinaan itu.
Beliau berkata bom yang tidak dapat dipastikan sama ada aktif atau tidak itu ditemui pekerja pembinaan pada pukul 12.30 tengah hari Isnin lepas ketika melakukan kerja mengorek tanah.
“Bom itu diletupkan di dalam satu lubang mengikut spesifikasi tertentu, di tapak penemuan bom itu yang jaraknya kira-kira 5km dari terminal KLIA,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini hari ini.
Kerja pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang baru atau KLIA 2, sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada Oktober 2012.
Mengenai dakwaan landasan kapal terbang di KLIA ditutup berikutan kejadian itu, Baharudin meminta perkara itu dirujuk kepada pihak Malaysia Airport Berhad. – Bernama

Pertambahan undi pos, satu cadangan buat PR

Oleh: wfauzdin_ns

"SEPERTI dilaporkan oleh Malaysiakini, memetik kenyataan Timb Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Perak, Chan Ming Kai (foto) bahawa terdapat sejumlah 8, 470 nama pengundi pos telah tersenarai di enam kerusi Dun Perak tahun lalu. PR tidak harus berdiam diri dengan berita ini kerana kesannya amat besar di dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

PR harus memulakan siasatan dan kajian dari mana datangnya undi pos tersebut dan penempatan mereka. Sekiranya mereka terdiri dari warga tentera atau Polis, siasat di mana kem atau balai mereka bertugas dan alamat yang digunakan. Kebiasaannya, pertambahan pengundi pos adalah disebabkan warga tentera/Polis itu mencukupi umur mengundi, mereka yang baru bertukar ke situ atau mereka sebelum ini tidak pernah mendaftar sebagai pengundi pos.

chan ming kai @ zeng min kai 02Jika di dalam tentera, pengurusan berkaitan undi pos dilaksanakan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) berpusat di Mindef (Kementerian Pertahanan). Ianya tidak dilakukan secara automatik, sebaliknya akan diproses melalui pasukan masing-masing terlebih dahulu untuk di majukan ke JRP. Saya tidak pasti adakah ada peraturan baru untuk mewajibkan isteri warga tentera menjadi pengundi pos kerana amalan terdahulu tidak mewajibkan sedemikian. Si isteri berhak untuk mendaftar sebagai pengundi pos atau tidak. Justeru itu, PR mesti menyemak semula peraturan ini secara spesifik.

Sekiranya telah diamalkan sekarang bahawa setiap isteri warga tentera WAJIB menjadi pengundi POS, maka PR mesti mendapatkan hitam putih berkenaan dasar atau polisi terbaru itu. Paling penting, PR mesti mendapatkan kesahihan nombor tentera, nama dan alamat pasukan anggota tersebut bertugas.

PR jangan meremehkan kebanjiran pengundi-pengundi pos ini. Jika perlu, lakukan desakan lebih hebat agar sistem undi pos ini dimansuhkan. Selagi adanya undi pos ini, PR berada di dalam keadaan berisiko./

wfauzdin.blogspot.com"

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.