Anwar beri keterangan hari ini


ANWAR hadir perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan pembelaan supaya prosiding bicara dalam bicara dijalankan.
Anwar, 64, bagaimanapun akan disoal terlebih dahulu oleh pihak pembelaan mengenai isu yang dipertikaikan iaitu dakwaan bahawa tiga barang kes yang digunakan Anwar iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral jenama ‘Cactus’ diambil secara salah.
Peguam Sankara Nair berkata, setakat ini pihaknya akan memanggil Ketua Pembangkang itu dulu namun, mereka akan berbincang lebih lanjut mengenai saksi-saksi lain yang berpotensi untuk dipanggil.
Kelmarin, Ketua Unit Jenayah Berat (D9), Deputi Supritendan Yahya Abdul Rahman memberitahu, Anwar diberikan barang-barang tersebut semasa ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai 2008.
Sementara itu, bekas Supritendan Amidon Anan dari Unit CSI Bukit Aman pula mendakwa, beliau dan pasukannya telah merampas kesemua barang-barang tersebut di atas lantai lokap selepas Anwar dibebaskan.
Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Siti Aidora Saedon pula mengesahkan kesemua barang itu mempunyai DNA Male Y iaitu DNA sama yang ditemui pada dubur bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.