Ciri-Ciri Pasangan Sejati

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi


Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

http://lutfimj2006.blogspot.com/

Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi

Lembaran kalendar untuk bulan 3 (Mac) bagi tahun ini (2009 M), terlihat sebuah tandaan pada tanggal 9 bahawa jatuhnya tarikh untuk maulid Nabi. Saban tahun maulid nabi disambut pada tarikh 12 Rabbi’ul Awwal oleh masyarakat kita dari kalangan umat Islam. Ini bermakna, lebih kurang 10 hari sahaja lagi sambutan ini akan dilangsungkan oleh kalangan masyarakat di sini umumnya. Tidak hairanlah, ketika menatap forum-forum di internet dan ketika terlihat beberapa iklan di akhbar-akhbar tertentu ada sebahagiannya yang memainkan slogan-slogan “cinta Rasul”.


Sambutan ini kelihatannya seakan-akan semakin meriah dari tahun ke tahun. Kebiasaannya ia disambut dengan pelbagai pengisian dan tatacara adat mengikut perkembangan zaman. Di antaranya adalah dengan mengadakan bacaan berzanji di setiap masjid sempena beberapa hari menuju tarikh 12 Rabbi’ul Awwal (countdown), mengatur dan mengadakan upacara perarakan dari sekian tempat ke tempat-tempat tertentu dengan melaung-laungkan selawat berserta bacaan marhaban atau berzanji, juga dengan perarakan tersebut disertai mengangkat pelbagai jenis sepanduk slogan cinta Nabi, mengadakan ceramah-ceramah khas berkenaan sekitar mencintai Nabi atau seumpamanya yang berkaitan dengannya.

Selaras dengan perkembangan zaman yang semakin maju dan bercambahnya pemikiran yang global lagi terbuka, pada tahun ini acara maulidur rasul bakal disambut dengan sebuah upacara konsert yang bakal menampilkan artis-artis dari kalangan ustaz dan ustazah terkenal tanah air. Tidak terkecuali, kumpulan-kumpulan nasyid tanah air turut mengambil tempat dalam persembahan dan upacara tersebut. Katanya, upacara konsert tersebut bakal dibuka dengan alunan lagu-lagu berzanji dan selawat. Wallahu a’lam… Ini adalah sebagaimana yang sempat saya lihat beberapa hari yang lepas melalui sebuah rancangan temubual berkenaan sambutan maulid kali ini yang mana akan dimeriahkan dengan konsert “Sinar Malam MaulidurRasul” melalui salah satu saluran televisyen live dari sebuah stadium.

Hakikatnya, pada tarikh maulid nabi (birthday nabi) itu sendiri terdapat sebuah isu yang menjadi perbincangan di kalangan ulama. Iaitu tiada pendapat atau kata sepakat bagi menetap tarikh kelahiran Nabi itu sendiri. Ada yang menguatkan dengan tarikh lahir yang sebenar adalah pada 8 Rabbi’ul Awwal, ada yang menguatkannya dengan tarikh 9, dan ada yang menyatakan dengan tarikh 12 Rabbi’ul Awwal. Malah, ada yang mengambil keputusan bahawa, tidak diketahui dengan tepat akan tarikh kelahirannya kerana pada zaman tersebut belum ada lagi sistem kalendar yang sistematik berlangsung. Malah, riwayat-riwayat berkenaan dengannya juga saling diperlisihkan di kalangan ulama.

Jadi, persoalannya… bagaimana sambutan perayaan maulidur rasul ini boleh muncul dengan suburnya di kalangan masyarakat kita? Ini adalah antara yang menjadi persoalan. Sehingga ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut di setiap tahun pada tanggal 12 Rabbi’ul Awwal. Sedangkan, tidak ada langsung riwayat dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menganjurkan diadakan perayaan ini. Malah, begitu juga ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud. Sungguh aneh sekali, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah pun wafat, tetapi hari lahirnya tetap menjadi sambutan saban tahun dan menjadi titik tarikh kemeriahan. Ini kelihatannya tidak ubah umpama kaum Nashrani/Kristian yang menyambut hari natal (Chrismas) di setiap tanggal 25 Disember bagi meraikan kelahiran Jesus (Isa) yang mana turut tidak pernah ada anjurannya dari Isa ‘alaihis Salam sendiri dan melaui kitab-kitab utama agama mereka (seperti Bible).

Telah tsabit dari hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rahimahullah bahawa perayaan dalam Islam hanya ada dua, dan tidak ada lagi selainnya, di mana Nabi telah menjelaskan "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut (perayaan jahiliyyah) dengan hari raya al-Adha (korban) dan Hari raya al-Fitr."

Tetapi, sambutan besar-besaran maulidur Rasul (Birthday Nabi) tetap juga disambut dengan semeriah-meriahnya sambutan perayaan saban tahun. Dengan di dalam sambutannya dilaungkan selawat-selawat memuji Nabi dengan selawat-selawat yang kebanyakannya adalah selawat “versi baru” yang tidak pernah ditemui di dalam hadis-hadis yang sahih/tsabit dari tunjuk ajar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Iaitu, mereka dari kalangan yang kebanyakannya merayakan sambutan “Birthday Nabi” ini mengambil rangkap/lafaz selawat yang telah diubah-suai selawatnya dengan sama ada menambahnya atau menguranginya. Rangkap-rangkap selawat yang pendek dijadikannya begitu panjang dan sukar untuk dilafazkan. Mereka turut meletakkan lafaz pujian kepada Nabi dengan perkataan yang ghuluw (melampau) sehingga ada yang seakan-akan menganggap nabi seperti Tuhan. Sedangkan Nabi sendiri telah melarang perbuatan seperti itu. Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan di dalam salah satu hadisnya sebagaimana berikut:

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nashrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Manakala berkenaan tambahan-tambahan lafaz di dalam sebahagian selawat ke atas nabi dengan tambahan Sayyidina, maulana, habibina, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menjelaskan di ketika mana ada seorang lekaki memanggilnya dengan panggilan “Ya Sayyidina ibni Sayyidina”:

“Wahai manusia, hendaklah kamu bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya engkau adalah Muhammad bin ‘Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya, dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, no. 12551)

Dalam perkara ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (imam besar Mazhab Syafi’i – pen.) pernah ditanya berkenaan kalimat selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, sama ada yang wajib atau pun yang sunnah/sunat:

“Adakah dalam ucapan selawat itu disyari’atkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidina khalqi” atau “‘ala sayyid waladi” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”. Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”

Jawab al-Hafiz Ibnu Hajar: “Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sehingga ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat seperti itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. Al-Syafi’i rahimahullah sebagai seorang yang sangat memuliakan Nabi shalallhu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad.” (Dinukil dari Syaikh Muhammad Nashidruddin al-Albani, Kitab Sifat Sholat Nabi, , Terbitan Media Hidayah, m/s. 215-216)

Begitulah sedikit penjelasan berkenaan dengan tambahan lafaz-lafaz selawat ke atas Nabi. Di dalam riwayat-riwayat hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengajarkan bentuk-bentuk selawat yang disyari’atkan, dan begitu jugalah para salaf (generasi terawal dari kalangan sahabat) melakukan selawat ke atas Nabi (sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi sendiri dengan tidak menokok tambahnya). Maka, tiada ruang bagi kita untuk mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru. Sekiranya di antara kita mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru dan tersendiri dengan meninggalkan lafaz-lafaz selawat yang sahih dan tsabit dari Nabi, maka, hilanglah fadhilat-fahilat selawat yang diberikan melalui hadis-hadis yang sahih. Malah, ia bukan sahaja telah lari dari tuntutan sebenar berselawat, tetapi sekaligus ia mencipta bentuk beragama (mencipta syari’at) yang baru, seakan-akan ia lebih pandai dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malahan juga, dia turut meninggalkan jejak langkah amalan para Salafus Soleh dari kalangan sahabat-sahabat yang diredhai yang begitu kuat berpegang dengan petunjuk Nabi dan begitu mencintai beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana Allah subhanahu wa Ta’ala sendiri telah menjelaskan supaya kita sentiasa mengikuti generasi terawal dalam mengambil agama sebagaimana berikut (maksudnya):

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Pada masa ini, apa yang turut menyedihkan adalah apabila rangkap-rangkap selawat (termasuk zikir-zikir) ini bukan sahaja diubah-suai, malahan turut juga dilagukan dan dinyanyikan, sekaligus dipersembahkan di pentas-pentas konsert. Terutamanya di dalam majlis-majlis yang didakwa sebagai majlis keagamaan dan termasuklah sambutan maulidur Rasul saban waktu dan tahun. Tidak cukup dengan dilagukan, ia turut diperindahkan menurut hawa nafsu mereka dengan alunan-alunan muzik kontemporari. Bentuk-bentuk selawat yang asalnya diberikan oleh Nabi kita sebagai Ibadah, kini telah ber-evolusi menjadi bahan untuk berhibur dan mengaut keuntungan, malah bercampur-baur dengan apa yang telah diharamkan. Di manakah adab kita sebagai pengikut Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Sungguh perbuatan ini telah jelas-jelas melanyak-lanyak dalil-dalil agama yang murni lagi sempurna.

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Manakala di dalam hadis, Nabi shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan:

“Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Dan di dalam tafsir Ibnu Katsir (tafsiran ayat 6 Surah Luqman) turut menjelaskan perkataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang menyatakan bahawa nyanyi-nyanyian adalah termasuk perkataan yang tidak berguna.

Tetapi, begitulah yang telah berleluasa pada hari ini. Mereka telah pun menjadikan nyanyi-nyanyian sebagai sebahagian dari agama-agama mereka. Wallahu a’lam.

Menyentuh berkenaan amalan membaca berzanji dan marhaban di dalam masyarakat kita, adalah lebih baik supaya amalan ini dikaji dan diteliti semula dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana, di dalam kitab berzanji itu sendiri mengandungi fakta-fakta yang jauh dari kebenaran, fakta-fakta yang menyimpang dari dasar aqidah yang benar, dan tidak keterlaluan jika saya katakan di sebahagian tempat dari kalangan masyarakat kita ini mereka menganggap bahawa membaca kitab berzanji ini sebagai sebahagian dari ritual beragama dan membacanya mendapat ganjaran pahala yang besar. Malah, sehingga ada di antara mereka yang menetapkan gaya lagu tertentu ketika membacanya. Tidak lain, sebenarnya perkara ini selain dari perbuatan yang membawa kepada kebatilan, ia turut mengajak kita berpaling dari menghayati al-Qur’an dan as-Sunnah.

Sekali lagi, saya menimbulkan sebuah persoalan di sini. Apakah dengan perayaan “Birthday Nabi” ini mampu merealisasikan slogan “Menyemarakkan cinta kepada Nabi”?

Setelah mana pelbagai pelanggaraan syari’at berlaku dengan tidak terkawal di dalam perayaan itu sendiri. Adakah Nabi kita mengajak kita merayakan hari perayaan sedemikian rupa? Apakah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ataukah para sahabat-sabahat beliau yang diredhai pernah mewasiatkan supaya diadakan perayaan-perayaan bentuk baru bagi membangkitkan semangat rasa cinta kepadanya?

Maka, bentuk-bentuk baru dan ritual-ritual baru dalam melahirkan rasa cinta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam sebagaimana yang berlaku melalui perayaan “Birthday Nabi” (Maulid Nabi) ini sewajarnya perlulah dikaji dan diteliti semula. Adakah ianya menepati dengan kehendak Nabi kita serta syari’at Islam itu sendiri.

Dengan serba sedikit penjelasan isu-isu di atas tadi, kita tinggalkan ia dan kembali bermuhasabah dengan melihat kembali hakikat sebenar mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Pertama-tamanya, marilah kita kembali dan kita fahami bahawa perbuatan mencintai Nabi itu adalah termasuk ke dalam hakikat iman. Ini adalah sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut,

“Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Mencintai dan mencontohi Nabi termasuk ke dalam tuntutan beragama (mencintai Allah) berdasarkan firman Allah berikut (maksudnya):

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (surah al-Ahzaab, 33: 21)

Dengan menghayati maksud ayat-ayat di atas, adakah kita telah mengikuti contoh sebagaimana yang dikehendaki bagi merealisasikan fokus mencintai Allah dan Nabinya? Adakah kita telah benar-benar mengikuti dan mencontohi Nabi dalam beragama? Adakah apa yang telah kita lakukan di dalam amalan-amalan beragama kita menepati sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Di dalam merealisasikan slogan “Cinta Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihiwa Sallam)” apa yang paling penting adalah dengan melihat kembali diri-diri kita adakah kita telah benar-benar mengikuti Sunnahnya. Sejauh manakah sunnah-sunnahnya yang diberikan kepada kita telah kita hayati dan amalkan dengan sebaik-baiknya.

Maka, dengan ini apa yang pertama-tamanya lagi priority supaya sewajarnyalah kita sentiasa menyemak bagaimana kita bertauhid, apakah telah benar sebagaimana Nabi kita mengajarkannya. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibnu Katsir rahimahullah di dalam tafsirnya menjelaskan:

“Allah sentiasa mengutus para Rasul kepada manusia dengan membawa seruan (ajakan) itu semenjak mula munculnya kemusyrikan (syirik) pada anak cucu Adam ‘alaihis Salam, iaitu di era Nabi Nuh ‘alaihis Salam yang Allah mengutusnya kepada mereka. Dan beliau adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi sehinggalah Dia menutup para Nabi dan Rasul dengan mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada jin dan manusia. Sama ada yang berada di bumi bahagian barat, atau pun yang berada di timur.

Dan setiap Rasul mempunyai tugas yang sama, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Ilah (Tuhan yang berhak disembah dengan benar – pen.) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (Surah al-Anbiya’, 21: 25)” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Maka, dengan itu hendaklah kita istiqomah di dalam bertauhid sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sekaligus menjauhi pelbagai jenis penyimpangannya dan menghindari kesyirikan yang banyak berleluasa. Dengan sebab itu juga, penekanan haruslah ditumpukan dalam persoalan ini yang merupakan tujuan utama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan kepada kita semua.

Setelah memenuhi dan memahami tuntutan-tuntutan tauhid, seterusnya ia akan membawa kita supaya sentiasa mengambil dan melaksanakan Sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam setiap aspek kehidupan. Di dalam mengamalkan sunnah, hendaklah kita berhati-hati dari berlebih-lebihan terhadapnya iaitu dengan tidak menokok tambah dan mengubahsuai sunnah tersebut. Hendaklah kita mengamalkan agama ini sebagaimana yang diperintahkan dan diajarkan olehnya. Termasuk di dalam rangkuman Sunnah, hendaklah kita meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalam kaedah ushul fiqh, terdapat suatu kaedah sebagaimana berikut,

“Perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam meninggalkan sesuatu perbuatan di dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan (melakukannya), ia di sini menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bid’ah”. (Min Usul al-Fiqh Inda ahlil Hadis, 1/82)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (di dalam urusan agama), setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." (Hadis riwayat Muslim)

Apabila kita telah memahami sesuatu itu adalah sunnah dan kebenaran, hendaklah kita berusaha untuk mengamalkannya sekaligus menyampaikannya kepada yang lain.

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan saling nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-‘Ashr, 103: 2-3)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

“Hendaklah orang yang yang hadir (pada hari ini) menyampaikan (sunnahku) kepada mereka yang tidak hadir.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walaupun satu ayat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Perbuatan menyebarkan dan menyampaikan sunnah ini adalah bertujuan meneruskan kelangsungan sesebuah sunnah itu sendiri sekaligus bagi menyebar-luaskan sebuah hakikat kebenaran. Sekiranya, dakwah tidak dilaksanakan bagi menyampaikan sunnah-sunnah Nabi ini, niscaya akan berleluasalah kejahilan dan sunnah akan mati, lalu akan digantikan dengan perlbagai jenis bid’ah dan kesesatan.

Selain dari menyampaikan sunnah-sunnah Nabi yang benar, hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firmannya (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, daripada Abu Umamah al-Bahily: “Barangsiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Telah pun disebutkan sebelumnya, bahawa berselawat ke atas Nabi adalah sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang sahih. Dan hendaklah kita tidak melaksanakan selawat dengan tatacara yang menyanggahi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan mengambil lafaz selawat sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang sahih, tidak menjadikannya sebagai bahan untuk nyanyian, dan dengan tidak menokok tambahnya. Ini adalah kerana selawat itu sendiri adalah perbuatan ibadah yang tidak dapat dilakukan melainkan dengan adanya dalil yang menunjukkan bagaimana ianya harus dilaksanakan.

Selanjutnya, hendaklah kita sentiasa membenarkan apa sahaja yang dibenarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Segala apa yang sahih disampaikan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendaklah kita mengimaninya, membenarkannya dan mentaatinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisa’, 4: 65)

Setelah kita memahami bahawa wajibnya menuruti segala apa yang datangnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, hendaklah kita meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh beliau, meninggalkan dan membenci apa sahaja yang dibenci oleh beliau, dengan itu juga hendaklah kita menyayangi apa sahaja yang beliau sayangi dan mencintai apa sahaja yang beliau cintai.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (Surah al-Ahzaab, 33: 36)

Diriwayatkan di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan supaya menyayangi dan mencintai orang-orang yang beriman (mukmin) dan orang-orang yang membela agama Allah. Iaitu bermula dari kalangan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala turut menjelaskan supaya kita sentiasa berkasih sayang terhdap orang-orang yang beriman dan tidak berkasih sayang terhadap orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

Secara umumnya, demikianlah beberapa langkah awal bagi melahirkan dan mendidik diri di dalam mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syi’ar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.

Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid’ah).

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Qur’an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.” (Surah Muhammad, 47: 7)


http://an-nawawi.blogspot.com/ "

Kempen UNDIAN untuk Jawatan Perdana Menteri

" Mengikut pelan asal, tanggal 30 Mac 2009 adalah tarikh penyerahan kuasa jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak......

Namun, ADAKAH RAKYAT MALAYSIA BERSETUJU??? ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERIMA??? ADAKAH RAKYAT MALAYSIA REDHA???



Namun, apa yang pasti ianya adalah HAK RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMILIH PERDANA MENTERI MALAYSIA .......


Jadi, aku dengan rasa rendah diri ingin menjemput semua blogger mengikuti kempen bagi membuka post undian untuk bertanya kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA sama ada mereka bersetuju atau tidak DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK menjawat jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA yang keenam.

Semoga, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO kali ini bergema dengan suara rakyat MALAYSIA ini..............

PERINGATAN!!! : Kita nak tanya rakyat Malaysia.... "ADAKAH NAJIB TUN RAZAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI?" semoga ianya dapat dibawa ke meja perundingan Majlis Tertinggi UMNO, sekiranya Datuk Seri Najib diterima rakyat, kita semua harus berbangga untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Namun, ianya sebaliknya sekiranya rakyat Malaysia enggan menerima Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 dan seharusnya lah UMNO mencari calon yang lain, DALAM UMNO takkan takder calon lain???


WASSALAM


UNTUK MENGUNDI, SILA KLIK [url=http://anak-reformasi.blogspot.com/][SINI][/url]


- http://anak-reformasi.blogspot.com/
"

Math and Science: The case for BM (2)

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3539&mode=thread&order=0&thold=0

Nyawa Umno Kini Hanya Bergantung Pada Istana, Polis, Mahkamah, Spr & Sprm

Islam adalah agama wahyu dari Allah yang diwahyukan melalui Nabi SAW. Merupakan agama yang memberikan keadilan kepada semua manusia. Tiada manusia yang terlepas dari hukuman dan undang-undang Allah sekiranya mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan maksiat kepada Allah dan sesama manusia. Istilah kebal dari tindakan undang-undang tiada dalam ajaran Islam tetapi ianya wujud dizaman Firaun yang menjadi Raja ketika itu dengan menindas dan menzalimi rakyatnya dengan sesuka hati tanpa siapa pun boleh bertindak atau mengambil tindakan terhadap beliau.

Kini isu kebal kembali muncul. Raja dan Sultan diperundangkan oleh manusia agar terkecuali dari sebarang tindakan mahkamah atau didakwa dimahkamah sekiranya melakukan kesalahan atau kezaliman. Ini secara tidak langsung mereka ini cuba mengambil tugas sebagai Tuhan dan mengembalikan zaman kerajaan Raja Firaun dulu.

Ingatlah, sesiapa sahaja tidak kira Raja, pemimpin dan pemerintah yang menggunakan kuasa agar mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang atas alasan punya kuasa, boleh arah jabatan tertentu supaya menutup kes mereka dan tiada siapa yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka adalah merupakan jelmaan Firaun masa kini. Golongan seperti boleh bergembira di dunia ini dengan melakukan apa saja yang mereka suka tapi ingatlah dihari kebangkitan nanti, mereka akan dikumpulkan bersama Firaun kerana menjunjung dasar kerajaan dan pemerintahan ala Firaun semasa di dunia ini.

Jika difikirkan kebal, Nabi SAW lebih berhak mendapat kekebalan ini dari Allah kerana baginda adalah kekasih Allah, tetapi ini tidak berlaku malahan baginda sendiri akan memotong tangan puterinya jika puterinya mencuri. Khalifah Saidina Ali pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya sedangkan ketika itu sudah turun ayat yang menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani adalah musuh orang Islam dan dilaknat oleh Allah. Mengapa hakim atau Khalifah sendiri ketika itu tidak menghukum atau bertindak terhadap Yahudi itu atas dasar dia adalah musuh umat Islam? Malahan hakim memberikan kemenangan pula kepada Yahudi itu kerana Saidina Ali tidak punya bukti kukuh mengatakan bahawa baju besi adalah miliknya. Khalifah pun masuk mahkamah, kena bicara tapi Raja atau Sultan tak boleh di dakwa di mahkamah? Hebat, mulia dari Nabi dan Khalifah lagi ni.

Tetapi itulah dia keadilan Islam. Islam memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja dalam menegakan kebenaran selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah. Begitulah halnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat perak memberikan hakmilik kekal tanah kepada kaum Cina di negeri itu. Itulah dia keadilan Islam. Malahan sekiranya terdapat orang Yahudi yang menjadi rakyat Perak sekalipun, akan tetap diberikan hakmilik tanah dan lain-lainya. Islam berbeza dengan ajaran agama lain termasuk ajaran Islam Hadhari. Ini adalah kerana dalam ajaran Islam itu pemerintah atau kerajaan wajib berlaku adil terhadap rakyat dibawah pemerintahanya selagi mereka tidak menderhaka atau menentang Islam secara terang-terangan. Kalau setakat menghina Islam, UMNO lebih teruk dan dahsyat dalam kerja mereka menghina Islam.

Tidak peliklah sekiranya dalam isu “ hujah” di TV9 baru-baru ini seorang panel bekas Pengarah Besar Pusat Kerbau Pendek di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan menyamakan persidangan DUN bawah pokok di Perak baru-baru ini sama seperti dalam cerita Laksamana Do Re Mi dimana kerajaan Pasola yang dirampas secara kekerasan dan secara rampsan kuasa. Ini sama berlaku di Perak, akhir ceritanya kerajaan Pasola kembali kepada pemerintahan asal dengan bantuan tiga pendekar itu dan Perak juga akan kembali kepada Pakatan Rakyat dengan bantuan rakyat dalam pilihanraya kelak.

Ketua Gangster UMNO (jaga Potfolio Agama Islam hadhari) di Perak pula yang salah seorang panel dalam “hujah” tersebut mengatakan bahawa orang lain tak faham perlembagaan Perak hanya orang UMNO saja yang faham agaknya. Peguam-peguam, bekas hakim, pensyarah-pensyarah undang-undang tak faham dan jahil undang-undang, katanya. Yang faham hanya dia, Najib, si mamak Zamberi dan orang UMNO saja agaknya. Lagak dan cara angkuh mereka ini sama saja seperti puak Yahudi dan Zionis. Dia ingat rakyat sekarang ini buta huruf dan duduk dibawah tempurong agaknya. Tunggulah masanya, kamu akan jatuh dengan cara hina kelak. Insyallah. Kini Istana, Badan Rasuah, SPR, Polis dan Mahkamah sudah menjadi barua dan mengikut telunjuk UMNO, kemana lagi Rakyat ingin mengadu nasib? Jangan pelik jika rakyat bersuara atau mencadangkan agar system beraja dihapuskan kerana tiada apa manafaat dan faedahnya lagi kepada orang Melayu terutamanya kepada agama Islam. Hanya membazirkan wang rakyat, sedangkan peruntukan itu diperlukan oleh rakyat yang masih miskin dan dhaif.

Kini tidak pelik jika di kedai-kedai kopi, di masjid atau surau, di pejabat-pejabat hatta di sekolah atau dimana saja sekiranya kedengaran suara-suara mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengembalikan keamanan dalam Negara dengan cara hantar cara C4 ke PWTC ketika UMNO sedang berhimpun pada penghujung Mac ini supaya biar mampus semua puak-puak UMNO itu, barulah Negara dan rakyat tenang dan aman. Bicara-bicara begitu tiada siapa yang mampu halang kerana kemarahan, kebencian dan kesabaran rakyat sudah sampai kemuncak dan penghujungnya angkara kezaliman UMNO. Walaupun luahan itu hanya sebagai melepas geram terhadap UMNO saja. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Buat perhimpunan setiap bulan!

Buat perhimpunan setiap bulan!

“Ya Tuhan… Turunkan bala pada pengkhianat bangsa!”



Sedih. Hari yang benar-benar menyedihkan jiwa bagi setiap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Lebih sedih kerana aku tak dapat turut serta lantaran halangan urusan kerja.


Nyata tarikh ini - 7 Mac 2009 bukti yang akan menjadi sejarah betapa dahsyatnya pendirian kerajaan yang dikuasai oleh UMNO berhubung dengan soal dasar paling penting bagi sebuah negara Malaysia berdaulat iaitu BAHASA!



Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said dan mantan orang kuat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad dalam kategori veteran itu sanggup mara ke depan bersua muka dengan FRU dan polis hingga dibaling dengan gas pemedih mata.



Mana perginya golongan muda UMNO atau Pekida yang sewaktu dengannya?



Tatkala bahasa Melayu dicabul bermula tahun 2003, mereka yang sebelum ini menyalak mempertahankan kononnya ketuanan Melayu, hak Melayu dan kedaulatan raja tetapi bacul untuk mara ke depan berjuang menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Perhimpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI di Kuala Lumpur pada petang tadi.



Laporan Berita TV3 pada sebelah malamnya pula amat berat sebelah. Temubual dengan beberapa orang awam hanya dari sebelah pihak sahaja. Mengapa tidak turut disiar pendapat sebelah pihak lain jika benar TV3 telus dan faham akan tanggungjawab sosial?



Hujah dangkal mereka yang tidak bersetuju dengan gerakan massa 7 Mac itu ialah mengapa tidak diselesaikan secara rundingan?; mengapa mesti dibawa ke jalanan?; menganggu lalulintas dan dieksploitasi oleh kepentingan politik pembangkang.



Walhal, sudah terang lagi bersuluh. Enam tahun sudah berlalu. Ribuan anak-anak Melayu kita sedang ‘diracuni’ mindanya agar menjadi bangsa Inggeris dengan melucutkan ‘baju’ dan jati diri Melayunya!



Segala kertas kerja seminar dan hasil kajian tentang bahayanya PPSMI yang telah dikemukakan oleh para sarjana, cendekiawan dan ilmuwan dibiar berdebu di meja atau mungkin rak bercermin pejabat Kementerian Pelajaran.



Entah-entah sudah lama dibakulsampah sebaik sahaja pegawai terbabit yang menerima segala petisyen dan memorandum berkenaan.



Akhirnya, apabila rundingan tidak menemui penyelesaian maka apa lagi pilihan rakyat?! Turun ke jalanan itulah satu-satunya pilihan!



Tidakkah kita fikir apa sebenarnya kepentingan A.Samad Said di usia senjanya itu untuk sanggup menempah risiko berdepan dengan gas pemedih mata?



Beliau sudah ada gelaran, sudah puas melata ke segenap pelusuk dunia dan selesa kedudukan kewangannya tetapi tetap turun menyuarakan gundah-gulana rakyat terutamanya bangsa Melayu akan nasib bahasanya yang pinta diselamatkan. Samad Said, Hassan Ahmad dan ramai lagi yang turun pada petang Sabtu itu bukanlah mangsa eksploitasi politik PAS dan PKR jauh sekali menyimpan cita-cita politik!



Lainlah dengan penyokong UMNO. Mereka yang turun menyalak menyalahgunakan ketuanan Melayu sebenarnya hanya memikirkan wang penuh di saku dengan tawaran dan jaminan kontrak atas nama kuota untuk orang Melayu!



Pengalaman aku sendiri dalam kerja sekarang ini menyaksikan gelagat mereka yang kian hari menyakitkan hati. Berkali-kali meminta aku membelakangkan prosedur kerja demi kepentingan politik mereka! Nyata mereka tak dapat membezakan tugas dan amanah seorang penjawat awam. Kami bukan pekerja parti politik!



Sebenarnya banyak aku nak perkatakan tetapi masa dan faktor kerahsiaan tidak mengizinkan. Entahlah fikiranku kusut mengenangkan apa yang berlaku selepas ini kepada nasib bangsa, bahasa dan budaya Melayu kita.



Tetapi seperti biasa. Mereka di sekelilingku seperti tidak berasa apa-apa. Bangga dengan pangkat, kerja dan kuasa. Bulan lalu diuar-uarkan mesyuarat dalaman jabatan mesti dibuat dalam bahasa Inggeris sepenuhnya! Walhal, ada antara mereka cakap bahasa Melayu mengikut piawai pun masih pekat diikat loghat negeri! Apa nak jadi sebab segala 'bos' besar di Putrajaya pun sudah banyak abaikan bahasa sendiri meskipun di kertas dikatakan bahasa rasmi!



Mereka tetap bersuka-ria gelak ketawa asalkan wang bulanan sentiasa ada. Cukup makan minum sudah dikira lengkap hidupnya. Tentang nasib bahasa Melayu sama sekali tidak penting bagi mereka….



Apapun, bagi aku pengkhianat bangsa, bahasa dan budaya kita patut dihukum!



Mungkin pilihan raya umum ke-13 jawapannya? Tapi aku dan kita semua tak sanggup menunggu kezaliman terhadap bahasa dan bangsa sendiri dibiar berlaku di depan mata begitu lama.



Atau pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Batang Ai menjadi petunjuknya?



Minggu depan keputusan SPM akan diumumkan? Untung benar caloncalon SPM 2008, mesti graf bagi gred lulus direndahkan untuk mewajarkan PPSMI membantu peningkatan gila-gila “babeng” keputusan periksa mereka!



Teruskan perjuangan! Selepas ini banyakkan lagi demonstrasi begini! Buat setiap bulan.Bagi tekanan pada kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang suka menjulang keris tetapi pengecut dan bacul kepada bangsa dan bahasanya sendiri!





Terima kasih... ikhlas dari saya

Kerana Bahasa Aku Loya!

Mulut masih lagi terasa loya-loya. Mata masih lagi terasa pedih-pedih. Urat-saraf masih lagi lenguh-lenguh. Sengal sana, sengal sini. Tapi tiada apa nak dirungutkan. Pasalnya, sudah pasti rasa yang sama dikongsi bukan penulis seorang, bukan 500 orang, bukan 8000 orang(Malaysiakini) malah berpuluh-puluh ribu orang yang turut sama menyertai GMP mengadakan perhimpunan ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Mizan.

Coretan awal Perjalanan
Aku mengatur perjalanan seawal 12.30 tengah hari. Rasanya elok sahaja aku menaiki Star ke Masjid Jamek kerana ia lebih selesa. Menurut pengamatan aku, rasanya kali ini tak ramai yang akan keluar berhimpun. Berbeza perhimpunan Bersih yang lalu, ia disertai oleh ramai rakan-rakan dari seluruh negeri seluruh Malaysia. Tapi kali ini tiada orang Terengganu turun beramai-ramai, orang Kedah atau orang Perak. Yang pastinya kali ini ia bergantung kepada warga lembah Klang semata-mata atau negeri-negeri sekitarnya.

Sampai di Masjid Jamek suasana tenang menyelubungi. Macam betul sahaja agakan aku kali ini. Tak apalah, berehat sekejap sambil solat sunat sementara menunggu solat Zohor. Aku yakin selepas Zohor, kami akan mula menyertai perarakan ke Istana Negara. Tengok kiri kanan kalau ada unit Amal. Tapi nampaknya tak ada. Hanya kelihatan berpuluh warga kota berehat di Masjid Jamek sementara menunggu Zohor. Sama macam aku. Ada dua tiga orang pakai baju anti-PPMSI warna putih. Ramai juga yang memakai baju putih, aku tidak terkecuali.

Selepas Zohor hujan mula renyai-renyai. Aku pun mula mencongak jalan mana nak di ambil. Sebut je duduk Selangor, KL ni dah berapa kurun aku tak masuk. Dulu masa muda-muda dulu selalulah juga merayap sana-sini tapi le ni bila masuk KL je rasa serabut. Rakan aku yang seorang ini tak sampai-sampai lagi. Jadi aku ikut satu kumpulan lebih kurang 7 orang geng-geng PAS.(tengok baju je dah tahu orang PAS). Aku ikut je seorang Ustaz tu pasal aku rasa muka dia familiar. Lagipun aku tak ada geng kali ini.

Melintas dataran merdeka suasana tenang. Fuyoo. Sudah bagus. Kalau tidak kawasan sini mesti ada road-block punya. Tengok depan sedikit dah ada satu kumpulan tengah berarak. Kami pun melajukan perjalanan kami. Di belakang rupanya ramai lagi kumpulan-kumpulan kecil yang sedang mengejar kami. Yang kagumnya, ramai betul orang perempuan. Bersemangat pulak tu. Depa ni tak takut kena kejar polis ke?

Kumpulan kami semakin membesar apabila orang ramai mula dapat berkumpul. Semasa menuju ke kampung attap, dari atas flyover, kami melihat lebih kurang 5 biji trak fru terkial-kial bergerak ke arah kami. Malangnya tersekat pasal tengah jem masa tu. Kami pakat gelak ramai-ramai sambil tepuk-tepuk besi tepi jalan. Tu dia, ramai yang tak sabar-sabar nak kena bom asap.

Perjalanan Di sekat!
Pada aku perjalanan kali ini nampak lancar. Aku pun yakin demonstrasi kali ini akan berjalan dengan baik tanpa kekecohan pasal dalam harakah dah dinyatakan bahawa permit sudah diberi untuk berkumpul di Masjid Negara dan menghantar memorandum ke Istana Negara. Jadi sepatutnya tiada masalah. Tutt! Salah tu. Yang aku tak tahu rupa-rupanya ramai yang disekat di Masjid Negara tak boleh keluar.

Baca kat harakahdaily cakap hampir 150,000 orang. Ramai sangat tu kot. Baca Malaysiakini versi awal 2,000 orang sahaja. Aku ke yang tak pandai agak berapa ramai orang ni. Kalau ikut pemerhatian aku, jalan raya di depan aku penuh dengan baju putih. Dekat belakang lagi lah penuh! Hampir 3 km jalan dipenuhi dengan orang sahaja! Rasanya dalam 50,000 mungkin tak?

Yang best pemandu-pemandu lain semua bagi sokongan moral kat kami. Semua pakai kasi hon tanda sokong. Ada seorang pakcik bawak lori, tak berhenti-henti hon tanda sokongan. Semua pakat tepuk tangan. Pembesar suara kat depan sikit je dari kumpulan kami. Kali ini kami yakin dapat pergi istana negara. Jumpa Sultan. Masa bila lagi nak jenguk istana, nak juga jumpa tuanku.

Opss. Langit tidak terus cerah! Walaupun hujan berhenti rupa-rupanya Fru dah kepong jalan kat kampung Attap. Aiseh macam mana ni! Tak apa kita orang kumpul sambil slow-slow gerak ke arah FRU. Tak lama lepas tu aku tengok geng-geng fru semua pakat lepas cota, pakai topeng gas. Alamak, ni yang tak best ni.

Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Pang! Pang! Berpuluh biji peluru asap berterabur kat kami. Aku rasa berbelas kot. Pasal banyak sangat. Aku boleh imagine pakcik-pakcik FRU dengan senyuman Mr. Bean terus angkat senapang dia dan tembak. Aku tengok dari jauh jer. Tapi rupa-rupanya! Alamak! Mata pedih, tekak loya. Asap bom tu kena tiup angin kot. Tak nampak asapnya, rasanya sahaja yang tiba. Nasib baiklah bawak air. Ada brother siap mintak air jugak. Aduh! Lupa bawak botol besar, terbawak botol kecik jer. Sekali pakai terus habis.

Kami berlari-lari anak! Depa tembak lagi! Kumpulan kami terpecah jadi kecil dan kecil. Duduk bawah jambatan jer! Ampeh betul lah polis ni. Kata dapat permit. Belakang tembak juga. Bercabang betul lidah depa nih. Kami undur sikit nak berhimpun balik! Tak sempat beb! Depa tembak lagi! Aku nampak je gas tu lari jauh sikit pasal bekalan air sudah habis. Parah karang! Tapi ada juga masa nya rasa pedih mata lagi. Last-last masa lari tu aku mintak air dengan unit amal. Terima kasih la brother.

Perintah Berundur!
Akhirnya, kami dapat arahan berundur. Tak tahan kena tembak gas kot. Aku tengok satu kumpulan mahasiswi kot tengah kumpul tepi padang. Kena gas lah tu. Kasihan depa! Tapi depa memang berani, tak takut sikit pun tengok muka dia orang. Maka pembesar suara menyuruh kami berundur dan balik ke Masjid Negara. Okey lah tu, dah dapat arahan nak buat macam mana! Kami pun berundur lah.

Rupa-rupanya geng-geng polis fru ni tak puas hati dengan kami kot. Tengah-tengah bergerak dan pusing balik ke masjid negara depa tembak lagi dengan bom asap. Takpe! takpe! Anak korang semua pandai-pandai. Tak kisah belajar Sains dengan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Nanti mesti dia orang dah besar tak jadi polis macam bapak dia kan kan kan!

Ramai yang makin panas dengan polis. Kami dah berundur tapi depa masih lagi tembak gas. Aku pun pedih mata ngan tekak balik. Aduh! Nasib baik baju hujan basah pasal kena hujan tadi. Ada adik sorang baik hati bagi garam! Aku pun apa lagi, ambik sikit garam dia simpan dalam beg. Masa lari-lari balik, ramai jugalah yang mintak garam. Aku suruh depa tonyoh jari depa dalam beg aku tu. Masa undur tu, aku kena tolak.

Tengok-tengok unit Amal tolak! Apa ke hal nya yop! Rupa-rupanya depa tengah escort orang kuat! Aku tengok YB Salahuddin Ayub dah lenjun - mandi air gatal la tu kot, Dr Hatta kering, Datuk Kamaruddin pun ada. Bila check balik harakah, rupa-rupanya depa ni dalam kumpulan terdepan. Sebab tu lah bahana dia lebih sikit. Tak apa! Tu lah baru pemimpin berjiwa rakyat kan! Sanggup jalan kaki sampai nak tercabut sendi! Agak-agak Hishamuddin dengan Najib on tak kalu ajak depa demo macam le ni? Jangan lupa ajak Rosmah sekali!

Tapi geram punya pasal, ada juga yang sempat melepas geram! Ada je trak polis lalu, semua pakat baling dengan batu ngan kayu. Nasib depa lah, tapi tu lah! Depa memang tunggu je kita makan provokasi depa. Dah boleh provoke apa lagi, boleh tangkap ramai orang. Lepas tu keluar tv keluar suratkhabat. Baik punya propaganda. Tu yang nak muntah tengok tv3 ngan berita meloya tu. Sempat juga aku tegur abang Rahmat. Dia ni memang mat reformasi betul!


Masjid Negara Di Kepong
Part ni aku paling panas hati! Rupa-rupanya FRU dah kepong laluan nak masuk ke Masjid Negara. Depa ni memang tak mengaji agama betul lah! Rumah Allah siapa nak masuk keluar sepatutnya aman. Tak boleh siapa-siapa ganggu. Tapi depa ni peduli apa. Boss dah bagi arahan, ikut je lah kan.

Jadi aku simpulkan negara Malaysia ni dah bertukar jadi negara komunis. Komunis jer yang sekat orang nak pergi masjid ni. Tak pun ada satu lagi spesies iaitu kaum Yahudi. Lambat juga aku sampai kat Masjid, rupa-rupanya dia orang tembak lagi gas dan lepaskan water cannon. Dengar cerita dalam masjid pun depa sembur. Kena screen besar dekat Masjid Negara tu. Tak ada kerja ke depa ni. Dahlah kita yang bayar gaji depa. Peluru asap tu pun pakai duit kita, minyak kereta kita yang bayar. Alih-alih tembak kita. @#@$$ betullah depa nih.

Kat bawah jambatan aku tengok ada 4-5 orang polis tak bagi orang masuk. Apa lagi, berpuluh bakul la depa ni kena maki-hamun. Tapi aku tengok dia orang ni selamba jer. Agaknya telinga depa dah kebal kot, tak kisah sangat kena maki hamun ni. Aku tengok ada sebiji waja Polis pecah! Dengar cerita kena peluru gas! Elok sangat lah tu.

Dah 2-3 kali round depa tembak gas dan water cannon, akhirnya depa berundur sikit. Kita orang pun dapat lah masuk dalam masjid. Makin lama makin ramailah yang sampai. So, FRU yang kat luar tu siap kena boo dengan @#@$# sumpah seranah orang ramai. Yang best tu ada sorang ustaz angkat tangan depan-depan polis ni baca doa! Kita orang sama-sama aminkan. Tak taulah geng-geng depa ada rasa apa-apa atau hati depa dah keras sangat sampai tak rasa apa-apa.

Lepas tu kecoh sekejap. Ada gerombolan polis masuk dalam masjid. So, apa lagi. Kena boo, maki, takbir semua siap. Depa sekadar sengih-sengih je lah. Lepas tu blah! Aku nampak Nora Reformasi pun ada sekali kat depan Masjid Negara. Akhirnya depa pakat usung keranda 152 dan buat ucapan kat dataran masjid. Yang aku dengar depa cakap tok guru ada dalam masjid. Hj. Mahfudz bagi ucapan lepas tu semua bersurai.

Jadi itu sahajalah yang ada untuk dikongsi kali ini. Gambar dan video nanti kalau ada aku akan uploadkan. Tapi rasanya Hishamuddin tak rasa apa-apa kot. Hari tu cabar suruh kumpul ramai-ramai. Dah kumpul depa bedal dengan gas pulak! Rasanya kena letak logo Umno besar-besar kat depan perhimpunan tu. Baru depa alergik dan takut sikit. Pasal aku tengok kalau Umno buat demo, geng-geng polis dengan SB semua jadi baik sahaja. Dan automatik akan pastikan perhimpunan itu berjalan lancar. Harapan pemimpin Pakatan Rakyat boleh pertimbangkan helah ni.

UMNO disebalik 3 tembok

Hari ini 8 march genaplah setahun tumbangnya sebahagian daripada tembok yang di bina oleh penjajah Inggeris di bumi Malaysia setelah mewariskan kuncinya kepada UMNO. Tembok yang utuh itu tidak lain daripada agama, perkauman dan istana. Tiga isu ini adalah benteng yang selama ini melindungi UMNO/BN untuk terus berkuasa. Pembangkang hanya mampu menyerang parti UMNO/BN sehingga sempadan tembok ini kerana sememangnya pembangkang juga turut sama membina tembok ini sejak 50 tahun Negara merdeka. Walau kedengaran dari parti2 pembangkang menyatakan mereka sebenarnya tidak perkauman dan multi racial, itu hanyalah sekadar manis mulut untuk mendapat undi daripada bangsa2 selain daripada mereka. Kalau ada pun keiklasan hanyalah segelintir daripada mereka seperti MB Kelantan.


PAS sendiri walau pada hakikatnya bukanlah parti perkauman tetapi pada asasnya ianya di tubuhkan atas sifat perkauman melayu sehinggalah parti ini di bangkitkan oleh tokoh perjuangan kiri Dr Burhanudin yang sama sekali menolak perkauman di dalam perjuangan politiknya. Wawasan Dr Burhanudin merentas sempadan perkauman itu hanyalah seketika dan selepas di ambil alih kepimpinanya oleh Dato’ Asri Muda semangat Malaya untuk melayu bermula kembali. Ianya reda kembali di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor setelah isu Anwar Ibrahim dan Dato’ Fadzil menerajui GERAK dan kemudianya Barisan Artenatif. Orang PAS menuduh UMNO assobiyah tanpa menyedari mereka juga lebih kurang UMNO dengan sifat perkauman sempitnya. Inilah kenyatannya sebelum march 2008.



DAP juga pada asalnya ialah parti perkauman cina. DAP pada suatu ketika sememangnya parti yang anti melayu sebagaimana melayu UMNO yang anti cina. Itu adalah hakikatnya sebelum ahli DAP suatu ketika dahulu. Sehinnga kini orang-orang lama di dalam DAP masih bersikap kuatnya sifat perijudis mereka terhadap orang melayu..



PKR yang di tubuhkan hasil daripada gabungan PRM dan keADILan jika di lihat daripada luarnya adalah sebuah parti yang sempurna dari soal perkauman kerana keahliannya pada awal2 lagi terbuka kepada semua kaum. Tetapi jika kita menyusupi mereka secara dekat sebenarnya di dalam PKR sendiri begitu kritis soal perkauman. Orang melayu di dalam PKR sentiasa prejudis terhadap kaum lain si dalam PKR itu sendiri. Begitu juga dengan kaum cina dan India di dalam PKR masing2 sangsi sesama mereka. Penasihat parti ini juga pada suatu ketika dahulu cukup kuat dengan fahaman perkaumannya yang anti cina. Aku sendiri pernah mendengar ucapannya ketika di zaman sekolah mencerca kaum cina. Tapi itu dulu sewaktu di dalam kandang melayu UMNO. Harap harap Anwar tidak lagi begitu ketika ini.



Inilah tembok pertama yang membuat parti2 pembangkang gagal untuk mengalahkan UMNO/BN sehingga kini. Ini adalah kerana penjaga tembok pertama ini adalah bukan sahaja dari ahli2 UMNO tetapi turut di angotai secara sukarela oleh ahli PAS, DAP, PKR dan semua parti di malaysia ini sama ada dari BN ataupun pembangkang.Kunci tembok ini di jaga rapi oleh UMNO / BN. Sehinggalah pada PRU yang lalu akibat daripada kemarahan terlampau rakyat kepada UMNO/BN tembok ini berjaya di runtuhkan sedikit dan semakin hari tembok ini semankin hancur.



Semakin tembok ini di runtuhkan semakin giat UMNO membinanya kembali. Pulau Pinang negeri yang paling hebat isu melayu di mainkan setelah BN tersungkur dengan begitu memalukan di negeri ini. Maka beraraklah beramai-ramai pemuda UMNO ke Komtar memberi amaran kepada KM supaya jangan sekali kali berani mempersoalkan hak ketuanan melayu. Antara yang lantang bersuara ialah ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam yang sebenarnya berketurunan India asli yang bapanya adalah seorang penjual roti banggali di pekan Tawar Baling Kedah.



Selepas gagal membina kembali rumtuhan tembok perkauman di Pulau Pinang kontaraktor perkauman UMNO berpindah pula ke negeri Perak dengan membuat lakaran di runtuhan runtuhan tembok mengatakan YAB MB Perak hanyalah boneka kepada orang cina. Semakin mereka membina kembali tembok ini semakin galak pula rakyat meruntuhnya kembali sehingga tidak termampu lagi untuk para kontraktor perkauman ini membinanya dan akhirnya cara paling berkesan untuk terus mempertahankan tembok ini ialah dengan merampas negeri kerajaan perpaduan kaum ini secara kotor dan hina.



Tembok perkauman ini sebenarnya tidak sekukuh mana kerana bahan binaanya sudah melepasi usia 51 tahun. Runtuhan batu bata tembok ini hendaklah di ratakan dengan mengunakan ‘stim roll’ yang pemandunya benar2 iklas. Orang yang terbaik untuk menjadi pemandunya ialah TG MB kelantan dan orang kedua ialah Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim.



Tembok Istana



Setelah gagal membina kembali runtuhan tembok perkauman UMNO BN cuba berundur ke kubu kedua mereka iaitu tembok Istana. Rakyat yang semakin celik dan mula merasakan isu perkauman hanyalah layak di mainkan oleh UMNO dan pemuda PAS Pulau Pinang sahaja. Kejadian di Perak membuktikan bahawa isu melayu bukan penghalang kepada kenrahan rakyat terhadap tindakan UMNO / BN merampas secara tidak demokratik kerajaan negeri. Kepimpinan Ir Nizar di beri sokongan padu oleh rakyat negeri Perak dari berbagai bangsa.



Untuk terus mempertahankan tembok perkauman yang semakin runtuh itu UMNO/BN mula menyerang di sebalik tembok Istana. Orang melayu yang terkenal dengan kepercayaan mengarutnya mula sedikit berundur bila melihat tembok yang mereka akan hadapi selepas tembok pertama tapi ialah tembok istana. Mereka takut mederhaka kepada raja. Orang PAS takut menderhaka, melayu PKR pun takut menderhaka. Orang cina dan India tak takut menderharka tapi mereka takut melayu mengamuk kalau tembok istana cuba di sentuh.

Kepercayaan karut mengatakan Sultan dan raja mempunyai daulat dan kesaktian masih menjadi pegangan orang2 melayu sehingga kini. Hasil dari kepercayaan inilah mebuat rakyat sanggup menjadi hamba kepada Sultan dan raja walaupun secara terang raja2lah yang telah bersekongkol dengan penjajah untuk menindas rakyat dengan berbagai peraturan yang cukup zalim. Namun oleh kerana mitos raja2 ini masih sebati di dalam diri orang melayu maka sehinnga kini raja di sembah oleh orang UMNO, PAS dan Melayu PKR. Sedangkan mereka pun tahu raja2 melayu kini hanyalah tunggul kayu yang di gunakan UMNo untuk terus mempertahankan kuasanya.

Raja2 melayu sendiri sedar sebenarnya mereka tidak punyai kuasa walaupun sedikit melainkan hanyalah boneka UMNo untuk berlindung du sebalik kepercayaan karut orang melayu. Raja hanyalah tembok kepada UMNO mempertahankan kuasa mutlak mereka di Negara ini. Raja di bayar gaji oleh kerajaan UMNO yang sebelum merdeka raja2 melayu hanyalah makan gaji dengan penjajah dan sentiasa mengharapkan ihsan penjajah untuk terus berada di tahta. Makan mereka di tanggung rakyat. Istana mereka di tanggung rakyat, serba serbi kehidupan mereka di kuasai UMNo. Teks ucapan di tulis UMNO. Memberi pingat kebesaran di tentukan UMNo. Raja2 dan sultan hanyalah tukang baca teks dan tukang lekat pingat di dada penerima pingat yang telah di tentukan oleh UMNO.

Sebenarnya system beraja tidak pernah releven sejak dari zaman Mu'awiyah lagi. Sistem beraja jika raja mempunyai kuasa akan menjadikan dunia ini di timpa kezaliman dan ketidakadilan. Apatah lagi jika raja yang tidak mempunyai kuasa seperti raja2 melayu. Oleh itu tembok ini mestilah di runtuhkan dengan tanpa rasa gentar dan takut. Selagi tembok ini tidak di runtuhkan selagi itulah UMNO akan terus berada di sebalik tembok ini. Persoalannya siapakah yang berani untuk meruntuhkannya. PAS, DAP, PKR dan parti2 politik sama sekali tak akan berani kerana mereka takut kehilangan undi orang melayu. Namun tembok ini mahu tak mahu pasti akan runtuh suatu ketika nanti. Pada ketika itu UMNO akan berundur lagi ke belakang untuk bersembunyai di tembok ketika. Tembok itu ialah tembok agama.

Tembok Agama.

Inilah tembok terakhir untuk UMNO terus berkuasa di Malaysia tetapi setelah tinggal satu2nya tembok tempat UMNO berselindung ini, parti2 kompenan di dalam BN seperti MCA,MIC dan Gerakan mungkin sudah tidak akan bersama UMNO ketika itu. Pada ketika itu mungkin parti India Muslim KIMMA yang menjadi pecacai BN ketika ini akan di terima masuk menjadi angota BN. UMNO ketika itu akan terus memujuk PAS untuk bersama2nya demi mempertahankan Islam kononnya. Parti mana lagi yang di harapkan akan bersama UMNO untuk mempertahankan tembok ini jika bukan PAS.

Walau setebal mana tembok ini satu ketika ianya juga tetap akan runtuh dan ketika itu UMNO sudah tidak punya tempat lagi untuk berlindung melainkan terpaksa terjun kedalam lubuk yang mereka gali sendiri bersama2 runtuhan tembok yang telah di runtuhkan rakyat. Ketika itu nyatalah kemenangan rakyat yang sebenar. Semoga yang memimpin kemenangan rakyat ketika itu adalah warisan daripada Dr Burhanuddin Al Helmi.

Sosialis Hijau



Lawati blog sosialis hijau di http;//greensocislis.blogspot.com


Komen ke : sosialishijau@gmail.com

Yang Dipertua MAIPP pembohong

TASEK GELUGOR - Ketua Parti Keadilan (PKR) Bahagian Tasek Gelugor, Mahamad Hashim menyifatkan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berhubung seramai 40 ahli dari PKR menyertai UMNO dalam sebuah akhbar tempatan adalah satu pembohongan.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang yang bergelar ustaz dan menerajui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) itu dikatakan sanggup bercakap bohong terhadap kenyataan baru-baru ini.

“Saya tidak boleh menerima dengan kenyataan Shabudin dan meminta agar menarik balik kenyataan itu.

“Sekiranya tidak maka PKR Bahagian di sini akan membuat tindakan mahkamah terhadap pembohongan beliau ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mahamad berkata, dia meminta agar Sazali Abdullah turut sama menarik balik kenyataan di mana tindakan sama juga akan dikenakan terhadapnya.

“Saya berharap kedua-duanya menarik balik kenyataan tersebut kerana tiada ahli PKR keluar parti seperti yang digembar-gemburkan.

“Ini adalah pembohongan kerana ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu adalah sebenarnya dalam kalangan ahli UMNO sendiri. Tidak sepatutnya membuat kenyataan ahli PKR menyertai UMNO, ini menyebabkan PKR di bahagian tidak puas hati,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Tasek Gelugor, Salehin Mahamad berkata, sepatutnya Shabudin yang memegang tampuk institusi agama Islam bermuhasabah diri.

“AMK sekali lagi menggesa agar Shabudin meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Maipp dan digantikan orang yang lebih berpenga-laman serta boleh bekerjasama dengan PR di negeri ini,” katanya.

Salehin berkata, kenya-taan Shabudin tersebut menggambarkan satu pembohongan kepada rakyat kerana mengetahui Shabudin merupakan ahli Barisan Nasional (BN) tidak boleh bekerjasama dengan PR.
sumber dari sinar


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Sultan Tak Bubar Dewan Sebab Jaminan Mahkamah Akan Ikut Skrip Najib

Perak kini dilanda krisis perlembagaan yang amat meruncing. Berbagai pihak memberi idea dan cadangan bahawa hanya satu cara saja untuk menyelamatkan krisis dan pergolakan politik ini iaitu dengan cara membubarkan Dewan Undangan negeri dan biar rakyat Perak sendiri menentukan siapakha yang mereka mahu untuk menjadi pemerintah dan kerajaan mereka.

Namun semua yang mempunyai kuasa melakukan pembubaran ini hanya pekak badak dan suka melihat rakyat bergaduh sesame sendiri, benci membenci, maki memaki sedangkan mereka ini seronok duduk dalam singgahsana dengan serba kemewahan dan kekayaan yang dihisap dari hasil milik Negara dan rakyat.

Mengapa sehingga kini Sultan Perak yang dianggap punya peranaan untuk meredakan ataupun untuk menghentikan segala polemik yang sedang berlaku di Perak ini tidak menggunakan kuasa baginda untuk membubarkan DUN? Malahan hasrat Dato Nizar bersama pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadap baginda pun tidak dilayan, hanya pemimpin UMNO saja terutamanya Najib saja yang boleh mengadap baginda. Apa benda yang dijanjikan oleh Najib kepada baginda sekiranya baginda akur dengan kehendak Najib supaya tidak membubarkan DUN? Wang berjuta atau projek berbilion?

Kini jawapan semakin etrserlah bahawa Najib kini menggunakan hakim-hakim atau mahkamah agar mengikut skrip telunjuk beliau demi menjaga nama beliau dan istana. Perintah injuksi mahkamah terhadap Speaker bahawa sidang DUN tidak boleh diadakan adalah merupakan jawapan yang pertama. Mana ada mahkamah boleh mengahalang Speaker untuk mengadakan sidang DUN atau Parlimen? UMNO bukan saja melanggar undang-undang bahkan polis juga turut diseretnya untuk memijak undang-undang jadi mana lojiknya mereka memaksa rakyat supaya mematuhi undang-undang?

Kini rakyat sudah dapat membaca apakah keputusan hakim dalam perbicaraan saman oleh Dato Nizar terhadap kerajaan haram jadah BN Perak dan saman Speaker terhadap tiga ekor lembu melompat yang sudah menghantar surat letak jawatan tapi dibela oleh UMNO itu.

Najib tahu, jika Sultan membubarkan DUN, nama baginda akan tercemar, nama Najib dan UMNO akan menjadi kutukan dan cacian rakyat, jalan yang terbaik ialah menggunakan kuasa dengan memastikan hakim yang terpilih akan membuat keputusan yang memihak kepada Najib dan kerajaan Haram Jadah BN Perak. Dengan cara ini walaupun menipu, maka rakyat dan Pakatan Rakyat tidak akan dapat bercakap atau membantah apa-apa lagi.

Perkara sebegini bukan pelik lagi di Malaysia. Najib punya kuasa yang amat besar sehinggakan dua orang polis yang dituduh membunuh Altantuya pun boleh menutup muka dan hakim tak boleh buat apa-apa. Perkara sebegini telah berlaku dalam perbicaraan DSAI dulu. Pesoalanya, benarkah kedua-dua itu Sirul dan Azilah? Atau kambing hitam yang dibawa pesalah dadah atau pembunuh lain yang diambil menggantikan kedua-dua polis tadi sebagai mengaburi mata rakyat sedangkan kedua-duanya yang sebenar entah ada dimana sedang berseronok atau bersembunyi diluar Negara dengan upahan wang berjuta. Tapi itulah Najib dengan kuasanya yang tiada siapa berani mencabar atau membantah.

Jika istana, polis, mahkamah dan SPRM serta SPR sudah ducucuk hidung dan mengikut telunjuk Najib dan UMNO, kemanakah lagi untuk rakyat mengadu, akhirnya rakyat akan bangkit sendiri memberontak kerana ada undang-undang pun hanya untuk kepentingan UMNO dan sekutunya sahaja.

Melayu Itu Akan Pupus - Raja Dr. Nazrin Shah

Artikel Oleh Dr Fikrah

Saya tertarik dengan ucapan Baginda Raja Dr. Nazrin Shah di Bangi semalam, dan ucapannya yang penuh makna yang tersirat itu telah disiarkan di dalam akhbar Utusan hari ini. Ucapan yang panjang itu disudahi dengan..

“Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung di dalam hikayat-hikayat lama..”

Di antara punca yang berkemungkinan menyebabkan kepupusan Melayu, daripada ucapan Baginda ialah hilangan identiti mereka dari sudut agama Islam, bahasa dan budaya, dan terdapat tindakan yang cuba menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu ini.

Sepertimana yang kita ketahui, Bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang bertamadun adalah dengan Agama Islam. Bahkan ia ditambah lagi dengan pengayaan Bahasa Melayu yang sangat intim dengan Bahasa Arab yang menjadi bahasa sumber Islam iaitu al Quran dan Sunnah. Pembelajaran al Quran dan Sunnah diterjemahkan dan dipraktikkan oleh Bangsa Melayu yang beragama Islam.

Begitu juga budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam sendiri, seperti dari sudut pemakaian, ketaatan dan sebagainya. Tetapi, hari ini, Bangsa Melayu dilihat semakin pupus kerana penolakan mereka terhadap Islam yang membentuk mereka menjadi sebuah bangsa yang betamadun.

Bangsa-bangsa di seluruh dunia itu menjadi mulia kerana Islam. Bukan kerana nama bangsa tersebut. Apakah yang terjadi sekiranya bangsa tersebut menolak Islam? Lihatlah, sejarah Negara Arab, bangsa Arab mulia kerana Islam. Sekiranya hari ini mereka menolak Islam, merekalah orang paling hina.

Begitu juga negara barat yang dilihat sebagai bangsa yang mulia, sedangkan mereka dimuliakan oleh manusia yang buta. Mana mungkin kepercayaan tiadanya Allah SWT adalah satu perkara yang mulia. Zina yang berleluasa juga, adalah satu penghinaan yang sangat besar kepada mereka. Tetapi, di manakah Melayu hari ini?

Melayu akan menjadi satu bangsa yang hina sekiranya mereka menolak Islam. Bangsa Melayu akan pupus sekiranya mereka terus memuliakan barat. Hakikat hari ini, pemBARATan Melayu semakin berleluasa dan seorang Bapa Melayu dan Ibu Melayu berkemungkinan bercita-cita untuk melahirkan Anak Orang Putih!

Ingatlah, di antara tanda kesudahan alam (Kiamat) ialah orang kafir akan menjadi ikutan dan tauladan, walaupun mereka masuk ke lubang cacing sekalipun. Trend hari ini sudah pun diBARATkan oleh media massa, dan anak-anak Melayu berlumba-lumba mem”pelat”kan lidah masing-masing kononnya mereka berbahasa Inggeris.

Raja Nazrin telah bertitah juga bahawa Bangsa Melayu akan menghadapi dua kemungkinan, samada :

“Melayu akan terus berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global atau

bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.”

Salam Perjuangan,
Dr Fikrah

Perlembagaan Disondol!

Pada pukul 3.50 ptg, saya terbaca artikel dari Blog Cina Islam, dan mendapati bahawa terdapat satu bentuk penganiyaan yang dilakukan oleh mahkamah terhadap Speaker Perak. Langsung tidak mengikut perlembagaan, bahkan ibarat kerbau menyondol kain merah. Perlembagaan disondol bulat-bulat di hadapan mata dunia. Sangat memalukan.

Penasihat Undang-undang Negeri juga turut sama menyondol perlembagaan dengan begitu mudah. Saksikan artikel yang dipetik dari Blog Cina Islam ini. Sedarlah wahai karat UMNO! Di manakah keadilan dan saksama? Mahkamah sudah tidak berjalan dengan lancar lagi.

Kartun di Mahkamah Ipoh : Speaker dipaksa terima nasihat Penasihat Undang-undang Negeri

IPOH : Setelah berlaku perang mulut antara Speaker Kerajaan Negeri Perak, V.Sivakumar dengan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, En.Zul akhirnya Hakim telah memutuskan Speaker mestilah diwakili oleh Panasihat Undang-undang Negeri dalam kes samannya terhadap bekas ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering.

Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman di Malaysia apabila Sivakumar yang pada mulanya berhujah dalam kamar Hakim bahawa dia tidak mengenali dan tidak pernah bercakap dengan wakil tersebut, bagaimanakah dia boleh mewakili saya, kata Speaker semasa dihubungi sebentar tadi.

Hujah yang dikemukakan oleh Sivakumar untuk membela diri sendiri dalam kes ini ditolak oleh Hakim. Satu perkara yang sangat bertentangan dengan undang-undang dan amalan yang biasa berlaku dalam proses kehakiman di negara kita. Sehingga kita tahu siapapun boleh menggunakan peguam atau tidak dalam sesuatu kes di Mahkamah.

Hak Speaker ditolak dengan mudah oleh Hakim pada pagi ini. Suatu lagi keganjilan yang berlaku.

"Perkara ini ajaib dan luar biasa" kata Sivakumar . Selain itu tiga orang peguam peribadi ,Chang, Leong dan Nga yang datang bersama beliau juga dinafikan hak untuk bercakap kerana dengan alasan mereka ditolak untuk menjadi peguam kepada Sivakumar dalam prosiding sebelumnya.

Perbicaran bersambung isnin hadapan…………………

Saya berkata : Mengapakah sehingga sebegini rupa mahkamah mengambil tindakan terhadap seorang Speaker Negeri? Seorang individu berhak sepenuhnya untuk mendatangkan peguam, tetapi, di dalam kes ini, Speaker Negeri tersebut dilarang daripada menggunakan peguam di dalam perbicaraan. Satu keganjilan yang semakin mengKARTUNkan Perak!

Sememangnya Negeri Perak semakin ditambah watak kartunnya, dan adengannya sekali. Sudahlah mereka telah memalukan di hadapan mata dunia dengan mengunci bangunan daripada Sidang Dun. Di dalam kes ini pula, mereka memalukan sekali lagi dengan melakarkan adengan hakim sebagai seorang kartun yang begitu mudah menafikan hak tersebut!

Negeri Perak ibarat dijadikan suasana permainan, diperbodohkan, dan seperti lakonan televisyen…

Di dalam lakonan televisyen, seseorang aktor lakonan tersebut, apabila hendak beraksi, banyak kebetulan yang ada. Contohnya di saat kecemasan, tetiba je datang heroin tembak kut belakang!... Mungkin kita tertanya-tanya, dari mana datangnya heroin tu.. tadi takda pun.. Jadi kita menjawab “itulah namanya lakonan!” kemudian tertawa … Hahahaha..

Dunia sedang ketawa melihat lakonan di Perak ini.. entah-entah, di satu artikel di Jepun, terdapat sebuah fakta yang berbunyi “Negeri Pertama Di Dunia Yang Mempunyai Dua Menteri Besar”.. Tidakkah ia menjadi bahan ketawa? Atau “Menjadi Menteri Besar Dengan Cara Yang Tidak Sah Di Sisi Undang-undang”…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Bagaimana Kita Mampu Menjayakan Pakej Stimulus Ke-2.


Akhirnya kerajaan bersedia menerima hakikat bahawa negara akan ditimpa seluruh impak buruk krisis kewangan global. Baguslah, walaupun agak lambat. Sejak November lalu, Pakatan Rakyat mahu kerajaan bertindak segera bagi mengelakkan penguncupan dan menangani kelembapan ekonomi.

Betul kita tidak terkesan dengan krisis sub-prima kerana pendedahan kita terlalu minimumterhadap segala produk-produk canggih derivatif gadai-janji sekuriti ciptaan genius kewangan Barat. Tetapi lain pula halnya dengan negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Singapura dan Timur Tengah.

Semua negara-negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi dengan membawa satu senario ngeri yang bakal ditanggung rakyat masing-masing. Ia persis kelembapan ekonomi tahun 1929 dalam “The Great Depression”. Kini kemelesetan pertumbuhan di United Kingdom sebanyak -2.8% peratus, Jepun -2.6% dan Singapura -4.9%. Kini kita mengakui pertumbuhan negara hanya sebanyak 0.1% pada suku akhir 2008, berbanding 4.7% pada suku ketiga 2008.

Bahawa negara akan mengalami kemelesetan atau ‘recession’ bukan lagi suatu ramalan bahkan hakikat yang pasti. Ia bukan sukar untuk difahami seperti ilmu sains roket. Jumlah ekspot menjunam sebanyak 27.8% pada bulan Januari 2009 sementara Indeks Pengeluaran Industri (IPI) merosot sebanyak 15.6% pada bulan Disember 2008. Sumbangan IPI adalah hampir40% dari jumlah seluruh ekonomi negara. Rizab Antarabangsa hanya tinggal RM316 bilion pada bulan Disember 2008, berbanding RM410 bilion pada bulan April 2008.

Pengurangan permintaan barangan kita, pengurangan rizab negara, pelebaran defisit fiskal, antara lain, akan sekali gus mengurangkan nilai ringgit Malaysia (RM) yang kini kehilangan sebanyak 7% berbanding Dolar Amerika. Penarafan Negara atau ‘Sovereign Rating’ telah turun ke paras single ‘A’ serentak menyukarkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan penambahan kos pinjaman dalam bondan hutang (gearing) serentak menjadikan negara kita tidak menarik dan kompetitif bagi pelabur asing mahupun tempatan.

Unjuran pemberhentian pekerja adalah sebanyak 200,000 menjelang hujung 2009.Suntikan kedua RM60 bilion? (bold)Sejumlah RM60 bilion dikatakan akan disuntik dalam tempoh dua tahun; 2009 dan 2010. Jumlah ini agak besar, hampir 10% dari seluruh ekonomi negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kalau benarlah disuntik sejumlah ini akan melebarkan defisit fiskal hampir kedua angka atau ‘double digit’.

Tetapi penulis yakin suntikan fiskal hanya seperti yang dinyatakan yakni RM15 bilion, selainnya bolehlah dianggap sebagai dalam alam khayalan dan angan-angan lagi. Sumber Dana Jaminan, Pelaburan Ekuiti, kaedah PFI dan juga cara insentif cukai tidak merupakan satu yang pasti. Tidak salah berangan-angan, cuma jangan terlalu nak mendodoi rakyat. Lebih baikmencelikkan rakyat dengan hakikat yang sebenarnya.

Kalau tidak keterlaluan, penulis ingin bertanya Menteri Kewangan, apa sudah jadi dengan RM7 bilion pakej rangsangan pertama. Apakah ia sudah habis disuntik? Dalam sektor mana? Bila dan apa kesannya? Apakah ia menepati sasaran dan matlamat rangsangan? Apakah ia brjaya atau gagal? Terlalu banyak yang masih belum diketahui dan didedahkan.

Ketelusan dan pertanggungjawaban

Ini kunci permasalahan urus-tadbir dinegara ini! Ketelusan dan pertanggungjawaban. Urus-tadbir Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama dalam pengurusan krisis kewangan ini boleh disemak dalam satu website economyincrisis.com. Setiap perbelanjaan dana suntikan adalah terbuka dan telus kepada rakyat.

Sudah sampai waktunya kerajaan BN memahami bahawa mereka tidak lagi boleh meneruskan urus-tadbir yang buruk dan membuat keputusan yang buruk. Urus-tadbir yang buruk dan keputusan yang buruk hanya boleh dihasilkan oleh kepimpinan yang buruk. Sehingga kini,persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan negara masih tidak dapat diubah selagi gelagat dan tabiat lama dikekalkan.

Benar krisis ini adalah dicetuskan faktor luaran dan mendatang. Benar, tidak ada negara yang dapat mengelak dari terkena bahananya disebabkan sifat ekonomi dunia yang terbuka kecuali kalau kita mengamalkan ekonomi tertutup dan menjana ekonomi hanya dari permintaan domestik (closed-loop economy).

Namun perlu ditegaskan bahawa negara ini tidak lagi bersedia untuk ditadbir kepimpinan yang tidak punya integriti, bahkan mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan nepotisme. Semua ini akan meningkatkan kos perkhidmatan serta pembuatan produk-produk di negara ini sekaligus menjejaskan daya-saing negara. Tender terbuka dan memberi pihak yang mampu melakukan dengan kos perunit terendah adalah ukuran utama dalam pemberian sesuatu kerja atau kontrak.

Berjuta bahkan berbilion ringgit mampu diselamatkan dengan mempastikan amalan urus-tadbir baik.Penerusan amalan buruk ini tegasnya akan menjadi punca utama kegagalan program pakej rangsangan kerajaan, walau sebanyak mana sekalipun disuntik. Setelah komitmen yang bulat oleh semua pihak untuk menutup lubang-lubang kebocoran, maka aspek kedua yang penting diperhatikan ialah ke manakah suntikan rangsangan itu dibuat?

Perlu ditegaskan bahawa yang hendak dicapai dalam mengelakkan ekonomi negara daripada terus terjerumus dalam kelembapan dan kemelesetan ialah bagi meningkatkan permintaan.Dalam waktu terdekat krisis ini, amat munasabah untuk tidak mengharapkan rakan dagang kita membuat permintaan ekspot barangan dan perkhidmatan kita. Blok dagangan baru seperti BRIC (Brazil, Russia, India dan Cina) juga turut terjejas walaupun tidak seteruk Amerika dan Eropah atau Jepun.

Meningkatkan permintaan domestik dengan berbelanja

Maka kerajaan hanya boleh mengharapkan peningkatan permintaan domestik, yakni rakyat di negara kita sendiri. Bagi menjayakan agenda dan cita-cita ini, rakyat perlu diberi keupayaan membeli dengan meningkatkan pendapatan bolehguna mereka (disposable income). Ini termasuk selain dari makanan seperti pembelian rumah hartanah, kereta, bahan eletrikal dan elektronik, termasuk bercuti dan lain-lain.Kaedah paling berkesan untuk mempastikan rakyat mempunyai wang dan dana untuk berbelanja adalah memberi wang tunai terus kepada rakyat.

Negara seperti Singapaura dan Australia mengamalkan polisi ini. Potongan sumbangan pekerja mahupun pihak syarikat kepada KWSP belum pasti diterima rakyat atau syarikat kerana mereka tahu bahawa ini mengorbankan simpanan usia tua mereka.Mustahak untuk kerajaan memahami psikologi rakyat dalam krisis kerana mereka kurang senang untuk berbelanja kerana takut dan cemas akan ketidaktentuan krisis. Mereka lebih selesa menabung, dan bukan berbelanja.

Kalau berlaku sedemikian maka penguncupan permintaan akan menjadikan situasi lebih parah dan pihak pengilang akan memberhentikan lebih ramai pekerja.Disamping suntikan terus kepada rakyat yakni semua segmen rakyat dari pelbagai latar belakang status sosial dan pendapatan, perkara seterusnya adalah untuk memahami dalam sektor apakah suntikan harus dibuat?Spontan jawapan ini selalu dijuruskan kepada infrastruktur; lebih besar adalah lebih baik.

Perbelanjaan RM5 bilion untuk lebuhraya, jambatan atau landasan keretapi merupakan 1% daripada KDNK. Namun kali ini, kerajaan perlu faham bahawa mereka tidak seharusnya terlibat dalam usaha ‘pump-priming’ secara tradisional, yakni dalam infrastruktur sahaja.

Perusahaan kecil dan sederhana

Kerajaan wajar menumpukan sector perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana peranannya yang penting dalam ekonomi negara. Sumbangan PKS kepada KDNK ialah sebanyak 32% sementara ia menyumbang lebih 56% tenaga pekerja dalam negara. Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM5 bilion adalah cukup memberangsangkan. Penjanaan pekerjaan adalah besar sekali gus dengan kesan bergandanya juga adalah penting.

Elakkan dari membuat suntikan ke atas sektor spekulatif dan akhirnya tidak menjadikan rakyat mendapat menafaat kecuali bagi pihak pemaju atau pembekal bahan-bahan pembinaan. Sudah terlalu banyak projek rumah yang terbengkalai. Kita perlu berfikir di luar kotak dalam menggarap cabaran perumahan ini. Benar, bidang pembinaan melibatkan 120 sektor berkaitan, tetapi cuba pastikan kesan bergandanya dan matlamatnya kesampaian.

Sudah terlalu lama isu perumahan tidak ditangani dengan baik dan tuntas.Banyak lagi aspek-aspek terperinci yang perlu diperhatikan termasuk pelaburan dalam industri hijau, dan lain-lain lagi. Namun selama wujud komitmen dan iltizam politik untuk melakukan yang terbaik dengan urus-tadbir yang kompeten dan bertanggungjawab, krisis ini akan terus mematangkan seluruh rakyat, sama ada di pihak pembuat polisi, pelaksana polisi dan penerima kesan polisi yakni rakyat.

Akhirnya, ia kembali kepada semua kita. Mengungkap sepatah kata hikmat Mahatma Ghandi: Jadilah engkau perubahan yang engkau cita-cita untuk saksikan di dunia ini! Andainya kita gagal lakukan ini, maka kitalah musuh utama bagi diri kita sendiri.

Dengan itu sayugia diingat akan maksud firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kau katakan apa yang kau tidak lakukan?”

(Dr Dzulkefly ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Parlimen Kuala Selangor)_

RM60 Bilion Rangsang Percaturan Politik UMNO - Husam Musa

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, "kalau tidak berkait dengan politik mengapa pakej rangsangan itu diumumkan menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi. Jadi jelas apa yang dilakukan bukannya semata-mata mahu memulihkan ekonomi negara sebagaimana didakwa

Pakej rangsangan melalui pemberian kontrak pembangunan tanpa telus dikhuatiri menyubur lagi amalan kronisme. Projek hanya diberikan kepada kroni-kroni tertentu sahaja yang mengakibatkan kos lebih tinggi berbanding harga sebenar.

Kemungkinan akan berlaku ketirisan peruntukan disediakan kerajaan sehingga akan melemahkan ekonomi negara dan bukannya memajukan ekonomi. Masaalah juga timbul kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mengambil bagi dalam menjayakan projek tertentu ditetapkan kerajaan pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Kerajaan hanya mengekalkan kaedah projek pembangunan secara konvensional.

Walaupun pakej itu nampak besar, namun ia belum mampu menjayakan tahap pembangunan seperti diharapkan, apa lagi mahu memulihkan ekonomi negara. Persoalan juga timbul iaitu dari mana wang berkenaan akan dikeluarkan kerajaan bagi menjayakan pakej tersebut?

Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan menyusun semula struktur ekonomi negara ekoran kegawatan ekonomi yang melanda sekarang dan bukan hanya mengumumkan jumlah angka tertentu semata-mata".

Pokok Dan Sebuah Tugu Negara, Mana Lebih Mulia?

MB Perak dokongan rakyat YAB Ir Nizar telah menyempurnakan penanaman `pokok demokrasi' di kawasan tempat bersejarah persidangan DUN Perak baru-baru ini. Seperti biasa, Umno akan sentiasa mencari kesalahan apa jua yang dilakukan oleh PR di Perak terutamanya oleh MB Perak YAB Ir Nizar beserta DUN-DUN PR yang lain.

Maka, menanam `pokok demokrasi' yang tanpa mengeluarkan satu sen pun wang Kerajaan Negeri Perak dianggap menderhaka kepada Sultan Perak sepertimana yang direpekkan oleh YB Zambry. Begitulah betapa takut dan gementarnya mereka kepada kebenaran sehinggakan apa jua yang dilihat oleh mereka seolah-olah ingin merampas kekuasaan yang mereka miliki secara jijik itu.

`Pokok Demokrasi' yang ditanam oleh pejuang-pejuang keadilan di Perak itu ternyata lebih mulia dari tertegaknya sebuah tugu negara yang jelas bertentangan dengan Islam. Tugu Negara yang telah berpuluh tahun tertegak megah di ibu negara itu saban tahun seolah-olah menjadi tempat `pujaan' dan `sembahan' tatkala menyambut Hari Pahlawan.. Majlis fatwa pernah mengeluarkan fatwa tentang pembinaan tugu tersebut, namun ianya tidak diendahkan oleh pemerintah. Mereka lebih sensitif dengan suburnya `Pokok Demokrasi' yang menjadi lambang betapa rakyat Perak akan tetap mempertahankan demokrasi yang tulen di Perak. Apa yang tidak kena dengan pokok tersebut? Apakah dengan adanya beberapa batang pokok di situ akan menimpa Umno di Perak? Tidak mustahil ianya akan berlaku, oleh yang demikian memang wajar Umno di Perak khususnya berada dalam penuh ketakutan dan trauma dan menganggap pokok tersebut `berpuaka'. Siapakah yang `berpuaka' antara pokok-pokok yang ada di situ atau mereka yang takut kepada pokok-pokok berkenaan? Saya bimbang apabila ketakutan dan ketaksuban kepada kuasa yang kononnya ada pada pokok-pokok berkenaan, akan wujud pula beberapa puak dari Umno atau lain-lainnya `bertapa' atau `menurun' nombor ekor di bawah pokok berkenaan. Perbuatan tersebut adalah syirik, dan janganlah kaitkan pokok-pokok yang tidak berdosa itu dengan pihak Istana. Memadailah dengan apa yang telah kamu lakukan sehingga menimbulkan perasaan kurang mesra di antara Sultan dan rakyat di Perak. Pokok-pokok berkenaan jauh lebih mulia daripada Tugu Negara yang ada malahan jauh lebih disayangi oleh rakyat daripada kamu. Kepada rakyat Perak, memandang kehijauan pokok-pokok berkenaan lebih mententeramkan hati dan jiwa daripada melihat kamu yang bersenang lenang dari hasil titisan air mata rakyat.

Mungkin ajal pokok-pokok berkenaan tidak panjang selepas ini namun bagi rakyat yang tidak pernah menganggap pokok-pokok berkenaan berkuasa untuk mengubah nasib rakyat Perak, perjuangan menuntut keadilan akan terus dilaksanakan. Tumbangnya nanti pokok-pokok berkenaan tidak bererti tumbangnya perjuangan rakyat malahan semangat rakyat akan bertambah untuk menghancurkan sisa-sisa Umno di Perak. Umno di Perak kini tiada lagi kekuatan dan mereka akan berpaut kepada sesiapa sahaja untuk bernafas hatta kepada 4 ekor katak sekalipun. Percayalah, katak-katak yang dimiliki oleh Umno sebagai tempat bergantung sekarang kelihatan semakin lemah dan sudah pasti tidak lagi mampu melompat dan akhirnya katak-katak ini akan lenyap dan akan menjadi bangkai yang teramat busuk baunya.

Rakyat di Perak tidak lagi menghitung waktu untuk kembali mendaulatkan negeri mereka. Rakyat di Perak hanya tahu berjuang meskipun mereka tidak sempat melihat hasil perjuangan mereka sekiranya Allah menghendakinya kembali ke sisi Tuhannya. Namun hati mereka pasti puas dan roh mereka pasti tenteram jika hasil perjuangan mereka akan dinikmati oleh anak dan cucu-cicit mereka. Biarkanlah Umno untuk seketika bersorak dan bergembira dengan kerja-kerja mereka, tetapi akhirnya Umno akan menangis untuk selama-lamanya.

WFAUZDIN NS

Wakil rakyat cicak kobeng

Lama tak menulis, sibuk prk Bukit Gantang. Dah mula ramai petugas jamaah yang datang memberi khidmat.

Penulis bangga semanggat juang ahli jamaah tak pernah luntur. Mereka tinggalkan anak isteri, korbankan masa, korbankan tenaga dan harta benda demi perjuangan Islam.



Tapi penulis rasa kecewa dan sedih, masih ada pimpinan tidak ingat jasa ahli jamaah yang berjuang untuk naikkan mereka sebagai wakil rakyat.

Penulis amat setuju dengan kenyataan Tuan Guru Presiden supaya diketepikan pemimpin PR termasuk pemimpin jamaah yang terlibat dengan rasuah dan tidak membela rakyat semasa menjadi wakil rakyat.

Kenyataan Tuan Guru seperti di sini adalah menyokong kenyataan DSAI berikutan aduan rasuah pemimpin PKR di Pulau Pinang.

Tuan Guru Presiden berkata :

“Dalam PAS sendiri kita memang memantau pemimpin PAS untuk memastikan mereka menjalankan tugas diamanahkan dengan baik dan berwibawa. Pemantauan terhadap wakil rakyat PAS lama dilakukan, bukannya sekarang dan mana-mana pemimpin yang lemah akan kita dibantu supaya mereka terus berjuang membela nasib rakyat,”

Penulis berharap apa yang Tuan Guru Presiden tegaskan ini menjadi kenyataan kerana sudah ada wakil rakyat jamaah termasuk dalam kategori tidak membela rakyat.

Wakil rakyat yang pentingkan diri sendiri lebih dari kepentingan rakyat. Wakil rakyat yang baru beberapa bulan jadi wakil rakyat sudah tukar kereta baru jenama mewah.

Wakil rakyat yang lebih pentingkan program boleh menonjolkan dirinya sebagai pemimpin hebat, sedangkan rakyat dalam kawasannya tidak dihiraukan.

Wakil rakyat yang berlagak dengan cermin mata orang kaya, kemudian marahkan rakyat yang tak kenal dia, sambil berkata " Tak kenal saya, sayalah YB......"

Wakil rakyat yang bergerak tanpa panduan jamaah, malah ketepikan jamaah kerana boleh menganggu pergerakannya.

Wakil rakyat yang berjanji sana berjanji sini, tapi kemudian tinggalkan rakyat menunggu janji.

Wakil rakyat yang menerima aduan dan permohonan rakyat tetapi diperapkan bukan diangkat ke atas untuk diatasi.

Wakil rakyat yang suka membodek pemimpin tertinggi dan memburukkan orang yang dia benci.

Wakil rakyat yang ditatang orang luar yang tak kenal perangai sebenarnya, tetapi dibenci rakyat di kawasannya.

Lebih teruk. Wakil rakyat yang berpakat dengan tokey balak dan tokey projek untuk dapat komisyen dari tokey-tokey ini.

Mungkin ada yang akan bertanya kepada penulis, ada ka wakil rakyat jamaah sebegini?.

Siasatla sendiri. Cari la wakil rakyat cicak kobeng ini.

http://tulahan.blogspot.com/

Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan ‘Double Standard’

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.



AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap ‘double standard’ di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?



AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.



AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.



AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.





Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Si Zalim Yang Dilaknat


Allah SWT berfirman

Dan siapakah yang lebih zaim daripada orang yang mengada-ngadakan suatu pembohongan terhadap Allah? Mereka ini akan dihadapkan kepada Tuhan mereka (yang mereka bohongi), dan para saksi akan berkata, “orang-orang inilah yang telah berbohong terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, laknat Allah terhadap orang yang zalim. (iaitu) mereka yang menghalang dari jalan Allah, dan mengingini agar jalan tersebut bengkok, dan mereka itulah orang yang tidak percaya kewujudan Hari Akhirat (Surah Hud : 18-19)


Di dalam dua ayat al Quran ini, mengandungi banyak perkara yang perlu diperhatikan, dan ia jelas menunjukkan bahawa segala situasi tersebut berada di hadapan mata kita. Namun, masih ramai yang tidak menyedari, bahkan menuduh al Quran sebagai sesuatu yang kolot.

Pertama

Mahkamah Allah SWT yang diadili dengan penuh keadilan dan Allah tidak menzalimi sesiapapun, melainkan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri. Orang yang ketika di dunia melakukan pembohongan terhadap Allah SWT, samada dengan menafikan kewujudan Allah SWT, menolak syariat Allah dan sebagainya. Mereka yang menafikan kewujudan Allah SWT seperti mereka yang langsung tidak mempercayai bahawa Allah SWT mampu untuk membalas segala kejahatan yang dilakukan. Mereka menyangka penghinaan mereka terhadap al Quran adalah satu perkara biasa, dan tidak mengganggu gugat kedudukan mereka.

Ketika golongan ini diadili di mahkamah Allah SWT, jutaan saksi yang didatangkan, tiada seorang pun yang dirasuah, dipolitikkan dan sebagainya sepertimana yang mereka mampu lakukan di dunia ini. Mereka dihadapkan terus di hadapan Tuhan yang ketika di dunia dahulu menjadi bahan ejekan dan penghinaan mereka.

Sekiranya di dunia, manusia yang menderhakai raja atau sultan sudah dianggap satu perbuatan yang terkutuk, tetapi, mereka dengan mudah menderhakai Allah setiap saat dan ketika. Mereka tidak merasakan bahawa kezaliman yang mereka lakukan itu, akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Di mahkamah inilah mereka diadili dengan kesalahan mereka disaksikan oleh semua makhluk Allah, termasuk mulut mereka yang memberi arahan, tangan mereka yang mengatur rancangan jahat dan sebagainya.

Di dunia juga, sesiapa sahaja boleh mempolitikkan kes, dengan mengada-ngadakan sebuah kes untuk menzalimi seseorang. Bahkan saksi-saksi palsu yang didatangkan oleh orang yang zalim ini dirasuah, semata-mata untuk menjatuhkan seseorang. Tetapi di mahkamah Allah nanti, semua rakyat akan menjadi saksi terhadap semua kezaliman dan penganiyaan tersebut. Bahkan tiada seorang pun yang dirasuah, atau dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan.

Kedua

Perkara kedua yang disebut oleh Allah SWT, adalah susulan dari perkara sebelumnya. Allah SWT menerangkan pula ciri-ciri orang yang zalim yang dimaksudkan. Di dalam ayat ini, digariskan sebanyak tiga ciri-ciri orang zalim yang mendapat laknat Allah SWT.

Pertama : Menghalang Jalan Allah

Jalan Allah SWT ialah jalan lurus yang menuju kebenaran. Kebenaran yang hakiki ialah pelaksanaan al Quran dan as Sunnah, menegakkan keadilan di muka bumi berlandaskan kedua-duanya dan sebagainya. Namun hari ini, terdapat golongan yang berusaha untuk menghalang daripada terlaksananya hukum Allah SWT. Mereka menghantar tentera mereka untuk menyekat daripada keadilan Allah SWT terlaksana.

Kedua : Berusaha Untuk Membengkokkan Jalan Tersebut

Selain dari itu, mereka juga berusaha untuk menjadikan Jalan Allah SWT tersebut bengkok, dengan berusaha agar orang lain mengingkari agama yang sebenar. Bermacam-macam usaha yang dilakukan agar orang lain menyangka Islam itu hanya pada nama, Islam itu kolot dan ketinggalan, Islam itu menyekat dan mengongkong, dan sebagainya. Inilah hasil usaha mereka untuk membengkokkan jalan Allah SWT.

Ketiga : Tidak Beriman Dengan Akhirat

Tidak beriman dengan akhirat boleh dilihat pada ciri-ciri mereka yang langsung tidak merasai bahawa kezaliman yang mereka lakukan di dunia ini dibalas di akhirat kelak. Mereka mengatakan “kenapa perlu takut untuk menolak hukum Allah? Kita ada polis!”. Mereka juga gila mengumpulkan harta berbukit-bukit tidak kira halal atau haram, seolah-olah mereka tidak sedar segala duit haram itu akan membakar mereka di akhirat. Mereka tidak percaya semua ini, dengan mengatakan “karut”.

Kesimpulan

Ketiga-tiga sifat inilah yang menunjukkan bahawa seseorang itu bergelar SI ZALIM YANG MENDAPAT LAKNAT ALLAH. Mereka dihakimi di mahkamah Allah SWT kerana kezaliman yang mereka lakukan. Bahkan mereka memiliki 3 sifat ini, dan mereka diazab oleh Allah SWT kerana mereka sendiri yang melakukannya. Mereka sendiri yang menghalang daripada terlaksananya hukum Allah, dan berusaha menyeleweng undang-undangNya. Mereka sendiri jugalah yang tidak memikirkan bahawa mereka akan dibalas di akhirat kelak.

Sedarlah wahai orang zalim yang mendapat laknat Allah. Bukan sahaja bergelar penderhaka Allah SWT, bahkan mendapat laknatNya pula. Selama hidup di dunia ini, mereka boleh melakukan apa sahaja kekejaman, ini kerana mereka sendiri yang membenci Agama Islam. Sekiranya orang-orang barat menghina Nabi Muhammad SAW dengan lukisan, tetapi di Malaysia orang-orang ini menghina undang-undang Allah SWT dengan mulut mereka! Bukankah orang-orang ini lebih jahat daripada orang-orang barat?

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.