hamdan

hamdan

Program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Miri

Berikut adalah jadual lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Miri, Sarawak pada 14hb Disember 2008.

05.30pm Ketibaan di Lapangan Terbang Miri

06.30 – 07.30pm Perasmian dan Pelancaran Bahagian Sibuti

08.45 – 09.00pm Jamuan Makan Malam.

(anwaribrahim.com)

Kunjungan YB Drs. Zainuddin B. Awg Hamat ke Kuching, Sarawak

Khamis (10 Nov) - PAS Sarawak kawasan Kuching bertuah kerana dapat membuat liqa' fiqri bersama exco Kerajaan Negeri Kelantan ADUN kawasan Limbongan iaitu YB Drs. Zainuddin B. Awg Hamat.

Liqa' fiqri tersebut dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada pimpinan PAS Sarawak iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Ustaz Osman Mustafa, Pemuda PAS kawasan Kuching serta ahli usrah kawasan Petra Jaya. Kedatangan YB Drs. Zainuddin adalah bersempena dengan seminar PEMADAM yang diadakan di kuching. Beliau merupakan pengerusi PEMADAM bagi Negeri Kelantan.

Di dalam liqa' tersebut, beliau berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang PAS dan wakil rakyat. Beliau juga memberi tazkirah ringkas tetapi padat dan bermanfaat.

Videosarawak

Nashar won't tell on Sarawak surprise



Gobalakrishan dilarang memasuki Sarawak



Key locations in the Sarawak Corridor



Sarawak terMISKIN:Anwar Ibrahim



Bekas Timb Ketua Menteri Sarawak berkempen Untuk PR



PENAN DIPINGGIR DI SARAWAK



Progaram PAS Miri bersama Dewan Pemuda PAS Sarawak





LAWATAN KERJA AMAL PUSAT KE SARAWAK 15










WEB TV PAS


Makluman Siaran Langsung Terdekat

  • Sidang Dewan Rakyat (waktu siaran jam 10.00 pagi) menerusi WebTV MPPAS.






WebTV (Auto Channel)





Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV
di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil adha. Dengan harapan segala amal dan korban yang dilakukan sebelum atau yang akan datang diterima oleh Allah dan di balas dengan keredhaanNya.

Obama dan Asia


Melihat daripada liputan media maka jelas terlihat semacam ada kecenderungan sebahagian besar dunia merasakan mempunyai pertalian dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Perasaan sedemikian mungkin 'mutual' atau bersalingan di antara satu dengan lain.

Berulang kali Obama menyatakan yang latar belakang (menjalani zaman kanak-kanaknya di Indonesia dan bapa dari Kenya) akan membolehkan beliau untuk memahami mengenai budaya dan negara lain dengan lebih baik.

Sememangnya Obama memerlukan pemahaman sedemikian, terutamanya mengenai rantau Asia, di mana AS sedang menghadapi peperangan di Afghanistan, memerangi apa yang mereka anggap sebagai keganasan di Pakistan, dan keperluan mempelajari dan menyesuaikan diri dengan realiti peningkatan kuasa China dan India.

Dalam kenyataan terbarunya mengenai insiden di Mumbai, India, Obama berkata: "AS akan berkerjasama dengan India dan negara-negara di seluruh dunia bagi mengesan dan menghancurkan rangkaian pengganas."

Sebelum itu, dalam kempen pilihan rayanya, Obama telah mendesak kerajaan AS di bawah pentadbiran Bush agar memberikan fokus baru terhadap Afghanistan dan Pakistan, termasuk menghantar dua buah lagi briged penggempur ke Afghanistan dan menyelaraskan lebih dekat lagi penentangan membenteras keganasan bersama Islamabad.

Begitupun, ketika menjadi Presiden kelak, tidak mustahil Obama juga akan meniru rentak unilateral yang sama sebagaimana dilakukan oleh Bush - melancarkan serangan ke atas sasaran kerana beliau tidak menaruh kepercayaan kepada tentara Pakistan.

Mungkin juga beliau akan mengalihkan tumpuan ke arah Indonesia kerana negara itu membentuk pendapat umum rakyatnya dalam menentang keganasan di samping kemampuan pasukan polis mereka terhadap usaha tersebut.

Daripada mencurahkan bantuan tanpa had AS kepada Pakistan dan Afghanistan, mungkin Obama mahu menyalurkannya menerusi kerajaan dengan menjalinkan kerjasama rapat di antara pemimpin peringkat wilayah dan tempatan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Bush di Indonesia.

Obama yang dianggap lebih selesa berdialog telah berikrar akan mengadakan rundingan dengan musuh AS, atau setidak-tidaknya negara yang mengamalkan ideologi bertentangan. Dalam sebutan Asia, ini bermakna Korea Utara.

Ketika mengambil alih jawatan kelak, bakal Presiden Amerika itu mungkin mahu mempertingkatkan rundingan langsung dengan Pyongyang dan mengadakan perbincangan dua-mata dengan Presiden Kim Jong II dan menjadikan janji tidak akan membenarkan Korea Utara menjadi sebuah satelit China sebagai pertaruhan. - mks. _

Kuala Terengganu: PAS pertimbangkan dua nama

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - PAS akan mempertimbangkan dua nama calon untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelak.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, pihak parti biasanya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding.

"PAS peringkat pusat kebiasaannya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, kebolehan calon untuk menang dalam pilihan raya kecil itu adalah kriteria utama PAS.

Ketika ditanya sama ada PAS akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat berhubung calon pilihan raya tersebut,Kamarussin berkata, perkara itu tidak timbul kerana Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa Kuala Terengganu adalah milik PAS.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, PAS telah bersetuju melantik Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa sebagai ketua jentera pilihan raya kecil kuala Terengganu sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong dilantik menjadi pengarah pilihan raya di peringkat negeri.

"Pelantikan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut yang mana tarikh-tarikh yang berkaitan dengan pilihan raya itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands minggu lalu.

Sementara itu, pihak SPR dijangkakan akan bermesyuarat esok untuk menentukan tarikh pilihan raya bagi kawasan itu. - mks._

Anwar Ibrahim Gegar Sarawak!


Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan satu kenyataan.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata Anwar dalam ceramah khas malam tadi bersempena Kongres Nasional kelima parti itu selama dua hari di Shah Alam.

Ini merupakan kempen terbaru Penasihat KeADILan itu yang dilancarkan selepas pelan asalnya berhubung isu pertukaran kerajaan, berlalu 16 September lepas.

Difahamkan pengumuman itu berikutan sambutan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.

"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa ribuan para penyokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli KeADILan dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang. Saya yakin, insya-Allah sebagaimana mana saya yakin sebelum 8 Mac," katanya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Anwar membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang. (Berita Dipetik Dari Harakahdaily.net 1/12/08)

qwrqwrqwrqwr

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.