Jamil Khir Senang-senang Tuduh Orang Berdosa





Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa burukkan negara



Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.



“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.



Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.



Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.



Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.



Katanya sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri. Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik. — Bernama



Ulasan GB



Mereka yang berpengetahuan agama kemudian mempertahankan kerajaan yang zalim lebih besar dosanya.



Sewaktu kerajaan pada awalnya meluluskan judi, Jamil Khir membisu seribu bahasa - dek kerana jawatan dan pangkat beliau lansung tidak bersuara untuk menentang apa yang telah dilakukan oleh Najib.



Bagi kita, apa yang dilakukan oleh YB Nurul Izzah iaitu mendedahkan kepincangan negara sendiri di luarnegara adalah wajar apabila ruang untuk melakukannya di dalam negara disekat sedemikian rupa sehingga ISA dijadikan senjata pihak berkuasa untuk menahan sesiapa saja tanpa bicara terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.



Apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah adalah besar pahalanya apabila ia disertai dengan niat untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN yang zalim dari persada pemerintahan negara dan juga untuk menghumbankan keluar menteri-menteri yang menjadikan diri mereka kuda dan lembu tunggangan PM selama ini seperti Jamil Khir ini.

Rampas Kekayaan Luarbiasa Abdul Taib Untuk Rakyat Sarawak



Taib sedia undur jika tak diperlukan, trend pengundi Cina bingungkan



Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah hampir lima dekad aktif dalam politik dan menerajui negeri itu sejak 29 tahun lalu menegaskan "akan berundur" jika tidak lagi lagi diperlukan.



Kemungkinan itu masih menjadi teka-teki ketika Sarawak bersedia ke arah pilihan raya umum negeri.



Bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10, yang disebut-sebut dalam waktu terdekat ini.



Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu sejak 26 Mac 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.



"Saya tidak tahu... terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya di Kuching semalam.



Pada 1981, beliau turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub.



Taib juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996) dan DUN Balingian (2001 dan 2006).



Kata Taib, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.



"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," kata beliau dipetik Bernama.



Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.



Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.



Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, Taib mengakui trend itu masih membingungkannya sehingga kini.



"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya.



Kata beliau, kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.



Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.



Mengulas isu lain, Taib dipetik Berita Harian berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah kalah teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006.



"Selama ini saya sudah banyak membantu SUPP, sama ada mereka mahu menerimanya atau tidak, ia perkara lain.



"Saya sudah memberikan analisis dan nasihat mengenai masalah mereka sebelum ini," kata beliau.



"Kini terpulang kepada mereka. Jika saya melakukan lebih dari itu, ada di kalangan pemimpin SUPP akan mengkritik saya kerana mencampuri hal ehwal dalaman parti itu," katanya.



Taib menambah SUPP sebenarnya lebih perlu membantu diri mereka sendiri, bukannya mengharapkan bantuan dari luar dalam memulihkan kekuatan parti berkenaan.



Beliau pertama kali mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen ketika era perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1967 ketika berusia 31 tahun.



Taib dilantik Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 1968.



Sementara itu ketika kepimpinan Tun Abdul Razak, beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada September 1970 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan selepas itu memegang pelbagai portfolio di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sehingga 1981.



Beliau juga pernah dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pertama pada 1980.



Abdul Taib mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 1969 hingga 2004 termasuk beberapa kali menang tanpa bertanding sebelum memutuskan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen pada 2008, dengan anaknya Datuk Seri Sulaiman Taib menggantikannya. -TMI







Kekayaan Luarbiasa Tan Sri Abdul Taib Mahmud



Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.



Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.



Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.



Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.



Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.



Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.



“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.



“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”



Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.



“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.



“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”



Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.



Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.



Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.



Kedua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.



Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.



“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu.-mk

Api Perkauman Lebih Menjulang Di Era 1Malaysia




Menolak ekstremis perkauman, Mempertahan hak kebudayaan semua kaum



Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berasa khuatir terhadap kenyataan dan tindakan perkauman secara berleluasa baru-baru ini, lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya "Satu Malaysia" dan "Rakyat Didahulukan" yang diketengahkan Perdana Menteri selepas mengambil alih pemerintahan kerajaan.



Dua orang guru besar sekolah kebangsaan memaki murid-murid "balik China" dan mengejek gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing. Pada awalnya, alasan yang diberikan oleh pejabat pendidikan ialah "salah faham", tetapi selepas dikecam oleh parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan, Timbalan Perdana Menteri baru berkata isu ini akan disiasat.



Di samping itu, Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan PERKASA mahu kerajaan menahan Presiden MCA Chua Soi Lek (gambar kiri atas) di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan; MPP menyaran kerajaan memansuhkan sekolah ibunda; Utusan Malaysia cuba mengapi-apikan isu pemansuhan kuota bumiputera dan perlembagaan baru, sebuah surau Seremban disimbah cat merah; amat kesalnya pimpinan tertinggi kerajaan tidak mengkritik perkembangan kurang sihat ini.



Kami berharap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri "cakap serupa bikin", menjaga konsep inklusif dan kepelbagaian yang diketengahkan, mempertahan hak-hak kebudayaan semua kaum dan sekolah ibunda, jangan biar kenyataan dan tindakan ekstremis perkauman merosakkan hubungan kaum.



Satu lagi kekhuatiran ialah, sejarah telah menunjuk-ajar kita, bahawa dalam satu negara berbilang kaum yang politiknya belum berlandaskan demokrasi, spekulator politik sering menggunakan alasan "hubungan kaum tegang" untuk menindas musuh politik dan pihak berlainan pendapat, ia menghalang perkembangan sihat demokrasi.



Pihak tertentu telah memberi amaran bahawa fenomena-fenomena ini telah timbul di Malaysia. Kami ingin memperingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, jika kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara maju, tidak wajarnya patah balik dalam arah perkembangan politik sekarang, mereka harus mencegah perlakuan tersebut.



Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berpendapat, bagi fenomena perkauman berleluasa ketika ini, puncanya ialah ideologi perkauman yang telah diinstitusikan selama ini. Politik perkauman yang melaksanakan pecah dan perintah, Pemuda UMNO menjulang keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman terang-terang Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang diindoktrinasikan oleh Biro Tata Negara - tanpa "teladan negatif" semua ini, sekolah dan media tidak akan dijangkit virus perkauman.



Perdana Menteri Najib Razak mesti berani menghapuskan ideologi perkauman yang diinstitusikan, memimpin Barisan Nasional keluar daripada kongkongan politik perkauman, jika tidak "Satu Malaysia" akan menjadi satu kenyataan hampa.



*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG. -MR

Saksi Utama Kes Videk Lingam Diancam




Kes Video VK Lingam: Bekas Setiausaha Diancam, Pejabat Ahli Parlimen Diceroboh



Dua orang saksi utama yang terbabit dalam kes video VK Lingam, Loh Gwo Burne dan G Jayanthi mendakwa menerima ancaman terhadap keselamatan diri mereka daripada pihak yang tidak diikenali.



Jayanthi yang merupakan bekas setiausaha peguam VK Lingam, mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci termasuk ugutan serta ancaman yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit miliknya.



Dalam satu laporan bertarikh 7 Julai lalu yang dibuat di Balai Polis Daerah USJ 8, Subang Jaya antara lain menyatakan, Jayanthi mempercayai SMS tersebut dihantar dari luar negara melalui nombor yang di daftarkan di United Kingdom.



Kata beliau sebanyak tujuh SMS ancaman diterima dari individu yang tidak dikenali.



Antara teks pesanan berbentuk ancaman yang dihantar oleh individu tidak dikenali itu berbunyi, "Ini hanyalah permulaan, bulan ini kau akan menangis, sehingga tiada air mata lagi untuk dikeluarkan. Kau akan dimalukan di khalayak ramai".



Selain itu, teks lain yang dihantar berbunyi, "Aku akan hantar pita audio tentang kau, yang mana amat disukai oleh semua orang untuk dengar. Aku ada cap jari dan suara kau. Harap kau akan seronok menikmatinya".



"Ancaman yang diterima ini menakutkan saya. Perkara ini serius. Saya telah menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya DiRaja Penyiasatan. Bukti dalam bentuk kertas dokumen termasuk juga telefon bimbit saya. Apa lagi yang mereka mahu?



"Tambahan pula, bekas pemandu VK Lingam, Ramachandran dan adiknya, Rajendran telah meninggal dunia. Saya tak tahu sekiranya kematian ini ada kaitan (dengan kes ini). Ada yang kata kerana kemalangan, dan ada yang kata kerana sakit akibat serangan jantung. Kita tidak tahu. Ia memang misteri," kata Jayanthi pada sidang media semalam.



Sementara itu, Gwo Burne yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya yang merakam perbualan VK Lingam dalam video kontroversi tersebut menjelaskan, Pusat Khidmat Masyarakat yang dikendalikan oleh pembantu khas yang juga adiknya, Loh Gwo Fynne di Bandar Sunway telah berkali-kali disabotaj sejak beliau menjadi wakil rakyat.



Terbaru, penceroboh didakwa memotong empat kabel utama yang menghubungkan bekalan elektrik ke pejabatnya.



Selain itu terdapat barangan yang hilang, termasuk peralatan komputer dan juga makanan dan minuman yang disimpan.



Siling di bilik utama juga dipercayai telah dipecahkan oleh penceroboh.



Berikutan itu, satu laporan polis telah di buat di Balai Polis Sungai Way Isnin lalu.



"Untuk mengatakan perbuatan ini bukan tindakan politik juga sukar. Untuk mengatakan bahawa ia tidak berkaitan juga tidak boleh. Masalahnya kejadian pecah masuk ke Pusat Khidmat ini terlalu kerap dan khusus disasarkan ke pejabat saya.



"Saya memang berasa bimbang dengan keselamatan saya, terutamanya apabila bergerak di tempat terbuka. Tetapi sebagai Ahli Parlimen, saya perlu menjalankan tugas saya. Saya tiada pilihan," kata Gwo Burne.



Sehubungan itu Gwo Fynne menjelaskan, tiada dokumen penting atau sulit yang hilang di pusat khidmat tersebut namun kata beliau beberapa barangan yang hilang antaranya borang keahlian KEADILAN dan juga wang tabung derma di kaunter pusat khidmat tersebut.



"Perkara ini hanya diketahui apabila saya datang ke pusat khidmat ini semalam. Sebelum ini pun memang ada perbuatan khianat dan sabotaj dilakukan. Mereka datang berulang kali untuk melakukan (perkara) ini," kata Gwo Fynne. -SK



Ulasan GB



Yang nyatakan hal ini berlaku hampir seretak dengan permohonan VK Lingam membuat permohonan semakan terhadapan peenemuan Suruhanjaya Diraja di Mahkamah Rayuan.



Sementara modus operandinya hampir serupa dengan kes-kes pencurian laptop mereka yang terlibat di dalam perbicaraan di mahkamah.

Mercun - Bagaimana Begitu Banyak Boleh Terlepas?

Mercun berleluasa, akibat pemantauan lemah(Dppns-atau ada berlaku gejala rasuah hingga menyebabkan perkara ini terjadi)



Kementerian Dalam Negeri digesa mengeluarkan garis panduan yang jelas mengenai penggunaan mercun terutama ketika musim perayaan.



"Oleh sebab tidak ada dasar penggunaan mercun yang jelas maka kita menyaksikan berlakunya penjualan yang tidak terkawal, perdagangan dan penyeludupan mercun secara haram berleluasa," kata Yusmadi Yusof ketika dihubungi FMT hari ini.



Ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, jika kerajaan memilih untuk tidak mengharamkan mercun maka kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan mercun.



"Tapi jika kerajaan gagal membendung penjualan mercun dan memantau penggunaan mercun dengan lebih ketat, maka haramkan sahaja penggunaan mercun.



"Telah banyak kejadian yang mengerikan dan menyayatkan hati berlaku di mana rakyat terutama kanak-kanak mengalami kecederaan seperti putus jari, berdarah di muka dan tangan hingga ada yang membawa kepada maut," ujar beliau.



Pemantauan yang lemah



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin juga berpendapat pemantauan yang lemah oleh pihak berkuasa terhadap penjualan mercun menjadi punca penjualan mercun begitu berleluasa di negara ini.



Katanya, sekarang ini peniaga mercun menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan terbuka tanpa berasa takut terhadap tindakan pihak berkuasa seperti dirampas mahupun ditangkap.



"Pihak berkuasa bukannya tidak nampak peniaga menjual mercun ataupun bunga api di kawasan terbuka tetapi mereka hanya tutup sebelah mata," terangnya.



Beliau menyeru pihak berkuasa, terutama polis dan kastam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih serius dalam menangani isu permasalahan mercun ini.



Beliau berkata, setiap keluarga yang bakal menyambut hari perayaan perlu memantau pergerakan anak-anak mereka dari terus bermain mercun bagi mengelak dari kecederaan dan kecacatan serta kematian akibat bermain mercun.



"Kalau ibu bapa pun membiarkan anak mereka bermain dan membeli mercun tanpa kawalan, bagaimana masalah ini dapat dihapuskan atau diselesaikan.



"Kaum keluarga sepatutnya tidak menggalakkan anak-anak bermain mercun tetapi sebaliknya memberi peringatan mengenai kes-kes yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar mahupun yang ditunjukkan di kaca TV," jelasnya.



Hari ini dalam akhbar tempatan melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah stor penyimpan mercun meletup di Kuala Terengganu.



Di Kedah pula, seorang murid tahun dua hampir putus jari kanan apabila mercun ditangannya meletup. -FMT







Kanak-kanak maut, 2 parah rumah stor mercun meletup



Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di Kuala Terengganu tengahari tadi.



Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.



Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.



"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.



Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.



Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.



"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga.



Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.



"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.



Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.



Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.



"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.



Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.



Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.



Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.



"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.



Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk di pakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.



"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.



Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.



"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.



Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.



Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.



- Bernama

Mayat 72 sindiket dadah dicampakkan ke laut

MEXICO CITY - Polis marin Mexico menemui 72 mayat ahli sindiket dadah yang dipercayai dibunuh dan dicampakkan ke dalam laut di bahagian utara negara itu, kelmarin.



Mayat 58 lelaki dan 14 wanita itu ditemui berhampiran Matamoros, tidak jauh dari sempadan dengan Amerika Syarikat dan dipercayai dibunuh dalam perbalahan antara beberapa sindiket dadah di Mexico.



Penemuan jumlah mayat yang begitu banyak ini adalah yang pertama sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan kempen besar-besaran membanteras penyeludupan, pengedaran dan aktiviti sindiket dadah pada akhir 2006.



Menurut kenyataan polis marin, petugas di Tamaulipas didatangi seorang lelaki yang cedera dan melaporkan bahawa dia telah ditembak sindiket dadah di sebuah ladang berhampiran.

Kafe tawar khidmat seks diserbu

PETALING JAYA - Dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan restoran, tetapi satu sindiket pelacuran ligat menjalankan kegiatan urut seks dan servis pelacur di sebuah bangunan berdekatan Taman Bukit Mayang, di sini, sejak tiga bulan lalu.



Difahamkan pemilik restoran itu memperoleh lesen berniaga makanan dan minuman di tingkat dua bangunan, tetapi menyalahguna lesen dengan menawar khidmat pelacuran kepada pelanggan di tingkat tiga bangunan yang lengkap dengan asrama untuk pelacur terbabit.



Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam tadi yang diketuai Pegawai Operasi, Asisten Komisioner Lim Chee Wah dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, seramai 10 orang pelacur warga asing ditahan.



Mereka yang berumur antara 20 hingga 38 tahun membabitkan lima orang warga Indonesia, empat warga Vietnam dan seorang warga China.



"Dua lelaki berumur 20 dan 40 tahun turut ditahan," kata Lim.



Katanya, ketika diserbu, terdapat lima orang pelanggan di dalam premis berkenaan, bagaimanapun mereka dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.



“Sebelum ini serbuan sama dilakukan Mac lalu di restoran itu namun kegiatan pelacuran masih berlaku dan kami sedang memburu pemilik restoran bagi membantu siasatan,” katanya



Beliau berkata, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran. - Bernama

MBM minta kerajaan haramkan pornografi internet

August 26, 2010KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diminta mengharamkan pornografi dan laman-laman web berunsur seks dan lucah di internet bagi menyelamatkan akidah, pemikiran dan perilaku belia-belia di negara ini.



Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor Badrul Hisham Badrudin berkata kerajaan perlu mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang penapisan isi kandungan internet khususnya yang berunsur lucah dan pornografi.



Katanya pendedahan meluas seumpamanya turut menyumbang kepada gejala social lain seperti perlakuan seks bebas di kalangan remaja yang akhirnya menyebabkan berlakunya jenayah pembuangan bayi semakin berleluasa di negara ini.



“Saya rasa akta ini patut dipinda supaya ia dapat memberhentikan dan mengharamkan laman-laman web yang lucah atau berunsur pornografi.



“Beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati remaja mempunyai satu perasaan ingin mencuba dan apabila menonton laman-laman lucah mereka mungkin akan melangkah ke tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Badrul Hisham ditemui selepas menyerahkan memorandum pengharaman pornografi dan bahan-bahan lucah di internet di pejabat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di Bangunan Sultan Abdul Samad.



Beliau bersama 15 anggota Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Petaling Jaya Selatan menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri, Abdul Rauf Puteh yang mengandungi tujuh resolusi berhubung pengharaman pornografi dan lucah di internet.



Kandungan memorandum itu antara lain menggesa agar kerajaan mengharamkan pornografi dan laman web seks dan lucah di internet secara keseluruhan kerana ia tidak berfaedah melainkan merosakkan minda generasi muda, mengkaji laman-laman sosial seperti MySpace, Friendster, Facebook dan lain-lain kerana ia juga disalahgunakan bagi tujuan tidak bermoral.



Selain itu, kementerian itu diminta mengambil tindakan segera memberhentikan akses kepada laman web berunsur pornografi, seks dan lucah; menolak apa jua sebab mengapa pornografi dan laman web yang berunsur pornografi, seks dan lucah tidak boleh diharamkan.



Majlis itu juga mengutuk pelaku yang membuang bayi apatah lagi membunuh bayi yang tidak bersalah ini kerana ia bertentangan dengan ajaran dan hukum mana-mana agama serta tidak berperikemanusiaan. — Bernama

5 suspek bunuh guru tadika masih berada di Lembah Klang

August 26, 2010KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Polis percaya suspek lelaki yang dipercayai menikam rusuk kiri seorang guru tadika sehingga maut dalam satu cubaan samun di jejantas Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini semalam, masih berada di Lembah Klang.




Ketua Polis Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata usaha memburu suspek tempatan berusia lingkungan 20-an itu sedang giat dilakukan di seluruh kawasan tumpuan bagi memberkas suspek yang dikategorikan sebagai merbahaya itu.



“Kita percaya suspek tidak boleh melarikan diri dengan lebih jauh memandangkan maklumat yang kita perolehi suspek masih berada di sekitar bandar raya ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.



Media melaporkan seorang guru tadika Leong Lai Yeong, 57, maut akibat ditikam di bahagian rusuk kiri dalam satu cubaan samun di jejantas Sungai Way, Petaling Jaya, pada 7 pagi semalam, sebelum melarikan diri ke arah sebuah stesen minyak berhampiran.



Pemeriksaan forensik menemui sebilah pisau, dipercayai digunakan suspek yang kemudian dibuang di tepi longkang berhampiran kawasan kejadian ini.



Beliau berkata petunjuk polis ketika ini adalah mendapatkan lakaran wajah suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian selain mengesan identiti suspek melalui cap jari yang diperolehi dari pisau itu.



“Rakaman CCTV juga digunakan bagi mendapatkan lakaran dan wajah sebenar suspek,” katanya.



Jika kedua-dua laporan ini diperolehi, lakaran foto fit suspek akan diedarkan bagi mengesannya selain bantuan orang ramai yang mungkin mengetahui lokasi dia berada, katanya lagi. — Bernama

7 Tip elak leteran isteri

7 Tip elak leteran isteri


Ogos 13, 2010



Bagaimana mengelak dileteri isteri. Ada caranya:





1. Pendekatan diplomatik

Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.



2. Beri penjelasan

Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.



3. Jangan main api

Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.



4. Renung diri

Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.



5. Bantu isteri

Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?



6. Duduk berbincang

Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.



7. Hangatkan kembali hubungan

Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.

PENCERAHAN : Terlanjur hingga mengandung - TUTUP

apa yang saudara shafie sebutkan itu adalah pendapat popular dalam mazhab Syafi`e


boleh rujuk dalam kitab fathul mubiin syarah Ibnu Hajar al haitamiyy dalam mensyarahkan hadis 40 imam nawawi pada hadis yang ke4



الحديث الرابع



[ عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : حدثنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وهو الصادق المصدوق : إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما نطفة ثم يكون علقة مثل ذلك ثم يكون مضغة مثل ذلك ثم يرسل إليه الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات : بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد فو الله الذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها ] رواه البخاري ومسلم



Terjemahan boleh cari kat website



Alasannya ialah janin yang belum ditiupkan ruh(selepas 120 hari) belum punyai ruh, jadi tidak dikatakan membunuh sesuatu yang tiada ruh



Kita kena ingat Ibnu Hajar al haitamiyy adalah mufti mazhab Syafi`e di Makkah dizamannya



Namun masalah ini ada perbezaan pendapat ulamak

lebih-lebih lagi jika pengguguran itu akan menggugat nyawa siibu juga

itu bukan bidang saya teserah kepada para doktor untuk memutuskannya



menjaga nyawa adalah kewajiban yang utama



saya hanya menulis diatas sekadar membuktikan dakwaan shafi`e adalah benar (mungkin kita pernah mengenali antara satu sama lain)



Saya tidak sama sekali menyokong perbuatan menggugurkan kandungan



Terima kasih



http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/

25 sekolah rendah dan menengah ditutup akibat banjir

August 24, 2010, Tuesday






SIBU: Sehingga semalam sebanyak 23 sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang terjejas akibat banjir ditutup.



MASIH TERJEJAS: Banjir yang masih melanda bandar Sibu semasa dirakamkan lensa Utusan Borneo pagi semalam.



Pegawai Pelajaran Daerah Wong Chong Kung berkata, kedua-dua sekolah menengah yang dimaksudkan ialah SMK Chung Hua di Jalan Lanang dan SMK Kwong Hua di Sungai Sadith, Pradom.



Katanya, terdapat sekolah rendah yang ditutup terletak di kawasan pinggir bandar.



Paras air difahamkan mencecah tahap yang mewajibkan sekolah-sekolah berkenaan ditutup untuk sementara waktu.



Wong yang dihubungi semalam, bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut bila sekolah berkenaan akan dibuka. “Ia bergantung kepada situasi banjir,” ujar beliau.



Dalam pada itu, beberapa kawasan rendah di Sibu masih ditenggelami air pada sebelah pagi.



Namun, situasi banjir beransur pulih pada sebelah petang di mana beberapa batang jalan yang ditenggelami air mula dilalui kenderaan.



Antara jalan paling terjejas ialah Jalan Lanang, Khoo Peng Loong, Jalan Kampung Nyabor dan Jalan Sentral.



Di sesetengah tempat, terdapat lampu isyarat tidak dapat berfungsi sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Harga cili melonjak RM9

by Henrietta Liza

August 24, 2010, Tuesday





KUCHING: Harga cili naik sebanyak RM2.00 kepada RM9.00 disebabkan ladang sayur-sayuran (termasuk cili) terbesar yang terletak di Sungai Bidut, Sibu ditenggelami banjir kelmarin.


WAN AHMAD UZIR

Kenaikan drastik berlaku akibat banjir yang menenggelamkan ladang sayur terbesar di Sungai Bidut Sibu, kata Wan Ahmad



Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengumumkan kenaikan tersebut ketika diminta mengulas kenaikan harga sayur-sayuran di Sibu baru-baru ini.



“Harga sayur-sayuran tidak akan naik kecuali di Sibu disebabkan keadaan banjir yang melanda ladang terbesar tanaman sayur-sayuran dan menyebabkan harga sayur naik terutama (cili merah).



“Namun begitu, harga dijangka kembali seperti biasa selepas banjir berakhir,” katanya ketika ditemui di pusat penjaja Ramadan di Pasar Dayak Kem 3 Briged semalam.



Beliau turut mengingatkan para penjaja agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kerana pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa sehingga penghujung Ramadan serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar arahan.



“Para peniaga dinasihati agar tidak membebankan para pengguna dengan menaikkan harga barang sesuka hati mereka,” katanya.



Bagaimanapun, katanya harga ayam masih di bawah harga siling iaitu RM9.00 di seluruh negeri.



Pada masa yang sama, beliau memberitahu 95 peratus daripada peniaga di negeri ini mematuhi arahan yang telah ditetapkan iaitu meletakkan tanda harga bagi barang jualan mereka.



“Namun demikian, masih terdapat lima peratus peniaga di negeri ini yang ingkar untuk berbuat demikian dan pihak kami telah memberi amaran kepada mereka ini,” katanya kepada pemberita.



Tambah Wan Ahmad, pihaknya akan mengenakan hukuman denda sebanyak RM150,000 kepada peniaga individu dan RM250,000 kepada syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) terhadap mereka yang masih berdegil dan terus berbuat demikian.



Beliau turut berpesan kepada para peniaga yang ingin mengadakan jualan murah agar menyenaraikan sebanyak 70 peratus harga barang jualan berbanding harga asal kepada KPDNKK sebelum diluluskan permohonan.



“Buat masa ini setiap pesalah akan dikenakan denda di bawah Akta Perihal Dagangan sebelum akta baru diwartakan,” katanya.



Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya pasti harga barangan masih terkawal di seluruh negeri.



Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu pihaknya akan mengadakan seminar kesedaran persaingan perniagaan kepada persatuan peniaga di Kuching pada 1 September dan di Sibu pada 2 September depan.

Inside the 'Glass Pavilion'


Known for his modern designs, Los Angeles- based architect Steve Hermann finished his latest project in Montecito, Calif., about four months ago.







Mr. Hermann considers the home, called the Glass Pavilion, his “opus.”



When he builds in the Hollywood Hills or Beverly Hills, Mr. Herman says he is usually restricted to a small lot.



This lot measures about three-and-a-half acres and gave him the space he needed to create a home featuring walls of glass.





"Here I have complete privacy," Mr. Herman says.



"It allows you to be one with nature inside the house."



The 13,875-square-foot home features five bedrooms, five-and-a-half bathrooms, a kitchen with a wine room and an art gallery that displays the architect’s vintage car collection.











Mr. Hermann, who has a passion for mid-century modern furnishings, also designed some of the home's furniture, including the benches in the hallway.



He originally built the home for himself, but while the six-year project was underway, he says, his plans changed.



Among those changes, he notes, was the birth of his daughter, now 10 months old.







Mr. Hermann says he will likely rent another home for awhile before embarking on another project for himself.



The home is now listed for $35 million, and the furnishings are negotiable. Suzanne Perkins of Sotheby's International Realty has the listing.


APA DI SEBALIKNYA???


Datu Ramli Yusuf baru dibebaskan dari semua tuduhan yang disabitkan kepadanya 3 tahun dulu. baca Sekarang beliau berusia 57 tahu. Beerti beliau disabitkan ketika berusia 54 tahun.... penghujung usia perkhidmatan anggota kerajaan sebelum tempoh sambung.



Kisah Datuk Ramli banyak rahsia. Dikatakan ada konspirasi untuk menghalangnya menjadi ketua polis...jawatan yang sepatutnya disandang sebelum Musa kerana kekanan beliau melebihi Musa yang dilompatkan setelah berperanan besar dalam isu tilam DSAI 1998.



Sebelum isu Datuk Ramli timbul, ia bermula dengan perbalahan dua puak dalam KDN . Saling tuduh menuduh. Malah di situlah bermulanya isu dakwaan rm5 juta dan Musa sebagai pelindung samseng di Johor. Musa akhirnya dibersihkan dari semua tuduhan dan Ramli mula melalui detik getir dalam perkhidmatannya.



Datuk Johari Baharum yang ketika itu adalah Timbalan Menteri KDN turut tersingkir. Siapa dalang di sebaliknya sukar ditelah melainkan jika Datuk Ramly memilih untuk menuntut bela dan haknya yang didakwa dirampas melalui konspirasi peringkat tinggi.



Saya tidak fikir DatukRamly akan mendiamkan diri tanpa mendedahkan apa yang terselindung... Mungkin ada yang tak senang tidor...melainkan beliau masih di sambung sebagai KPN...maka Datuk Ramly terpaksa bersabar...

oleh ANAKSENGAT'

Najib calms down 'war of words' among BN leaders


Friday, 20 August 2010 16:26

PUTRAJAYA - Prime Minister Najib Abdul Razak broke his silence over the recent row among leaders of the Barisan Nasional component parties and called for a spirit of consensus to solve problems.



The Prime Minister said the BN, as a highly experienced coalition, had the capability to manage all problems in the common interest.



"They can discuss (these problems) at any time and I, as the BN chairman, will give all parties time to offer their views and suggestions," he told reporters after chairing a meeting of the National Finance Council, at the Finance Ministry, here, according to Bernama.



Najib, who is also Finance Minister, was asked to comment on the recent statements by several BN leaders which touched on racial sensitivities.



He said he understood that some BN component party leaders were forced to issue statements which touched on racial sensitivities.



The Umno-MCA war of words escalated after the Chinese-based party attempted to push hard for the abolishment of the 30 percent bumiputera equity target.



During the MCA’s Chinese Economic Congress over the weekend, the party had also called for economic liberalisation and a merits-based and needs-based system to enhance Malaysia’s competitive edge in the global arena.



This did not go down well with several Malay leaders, including Malay rights group Perkasa chief Ibrahim Ali, who warned that Umno would lose Malay votes if it bent to the MCA’s will.



Both Muhyiddin and Hishammuddin joined the fray later, with stern warnings to remind Chua not to forget the BN struggles when fighting for the rights of the Chinese community.



Muhyiddin reminded Chua that the unfair distribution of wealth had resulted in the May 19, 1963 riots, the worst in the multi-racial country’s history.



Chua shot back, citing his disappointment with the DPM for using the 1969 riots to warn him.



Chua also said that Hishammuddin’s response was an indication that “some BN leaders” had failed to learn from the coalition’s failures in the 2008 general election, which saw it lose its two-thirds parliamentary majority.



Dr Chua also said he was not afraid to share views with political foe DAP, provided it was for the good of the community.



Meanwhile, International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed said Friday that uncertain political conditions and "prolonged polemics" could affect the government's effort to attract more foreign investors.



He said it was the responsibility of all to ensure the country remained peaceful and prosperous.



"The government works hard to attract as many foreign investors to the country for the benefit of the people," he told reporters after breaking fast with teachers, parents and students of Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol in Bachok yesterday, according to Bernama.



He was asked to comment on the call by MCA president Dr Chua Soi Lek for the gradual removal of the 30 per cent Bumiputera equity in all sectors of the economy.



Mustapa, who is Kelantan Umno chief, said foreign investors had been eyeing Malaysia and that he hoped that the polemics would not scare them away.



He also said that any demand should be based on what was provided for in the constitution and in the spirit of Barisan Nasional consensus.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Arjunan beri polis keterangan aduan terhadap Saravanan

August 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Ahli politik PKR MS Arjunan menemui polis di Seremban petang ini, tetapi menegaskan tidak akan memberi apa-apa keterangan berhubung aduan terhadap Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, selepas ini.

Ketika dihubungi, Arjunan berkata termasuk hari ini dia telah tiga kali memberi keterangan kepada polis walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kelmarin mendakwanya tidak memberi kerjasama dalam proses siasatan.

“Hari ini saya memberikan keterangan lebih sejam di IPK Negeri Sembilan di Seremban, saya rasa sudah cukup untuk mereka menjalankan siasatan... selepas ini saya tidak akan memberi apa-apa keterangan walaupun dipanggil (oleh polis).

“Saya memberitahu polis bahawa jika ada apa-apa yang perlu dijelaskan, saya akan hadir di mahkamah nanti, akan dijelaskan di mahkamah... saya ada banyak kerja, saya tidak boleh asyik pergi jumpa polis setiap kali dipanggil,” katanya lagi.

“Saya diminta datang ke IPK di Seremban semalam tetapi saya sibuk tapi pergi hari ini, berada di IPK antara 1.30 tengah hari dan 3 petang tadi,” katanya.

Arjunan juga telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan Selasa lalu.

Arjunan berkata dia juga hairan dengan tindakan polis mahu mengambil keterangan daripada mereka yang mengiringinya ke IPK.

“Saya merasakan ini tindakan mahu menakutkan saya dan penyokong saya, seolah-olah ada yang tidak kena,” katanya.

Dia juga mendakwa pihak polis di IPK enggan mengesahkan dokumen mengenai kehadirannya di IPK Negeri Seremban.

“Saya minta polis membuat pengesahan kehadiran saya memandangkan Ketua Polis Negara mendakwa saya tidak beri kerjasama kepada polis, tetapi mereka kata tidak boleh atas alasan cukup setakat ada diambil nota (oleh polis),” katanya.

Arjunan membuat laporan polis semalam selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi satu panggilan telefon petang kelmarin.

Arjunan yang masih mendakwa dirinya Setiausaha PKR Ipoh Barat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini semalam kerana khuatir terjadi sebarang perkara yang tidak diingini terhadap diri dan anggota keluarganya.

Sabtu lepas, Arjunan membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahterana Bandar mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan gangsterisme di Brickfields.

Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaannya itu namun ia diberikan kepada peguamnya untuk didedahkan setelah kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Kelmarin, Musa melahirkan rasa kesal dengan sikap Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaannya terhadap timbalan menteri itu.

Beliau berkata sikap Arjunan hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.

Ditanya mengenai dakwaan wujudnya 39 aduan polis ke atasnya, Arjunan berkata, dia tidak tahu perkara itu.

“Jika ada sudah tentu polis telah menyiasat saya,” katanya.



Berkaitan :





MS Arjunan, Dakwa Cukup Bukti Untuk Kaitkan Timbalan Menteri Dengan Kegitan Pelacuran, Dadah....







Oleh Dzulkarnain Taib



PETALING JAYA 18 Ogos - M S Arjunan, bekas calun KEADILAN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime.



Ketika bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di sini petang semalam, Arjunan berkata beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Saravanan apabila menerima sepucuk surat daripada ayah kepada seorang pelajar perempuan yang dikatakan menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang didakwa didalangi Timbalan Menteri daripada MIC itu.



Arjunan, 50, membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu terhadap Ahli Parlimen Tapah itu yang didakwanya terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.



"Laporan polis yang saya buat hanya sebagai respons kepada aduan yang dibuat oleh ayah kepada seorang mangsa melalui sepucuk surat kepada saya," tegas Arjunan.



Menurut Arjunan lagi pelajar tersebut merukan penuntut Kolej Tafe di Negeri Sembilan antara tahun 1998 hingga 2001.



Beliau berkata hasil daripada laporan di dalam media mengenai pendedahnya seramai tiga orang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada Saravana telah menaliponnya dan menceritakan pengalaman pahit yang dilalui mereka.



"Semua dakwaan ini kami ada bukti yang telah kami serahkan kepada peguam. Saya akan dedahkan bukti yang ada apabila kes ini di bawa ke mahkamah nanti," kata beliau yang ditemani Ketua Pemuda Persatuan Kamajuan Pelajar-pelajar Tamil Malaysia, A Kalaimughilan.



Arjunan juga membidas kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang menganggap dakwaan terhadap Timbalan Menteri itu sebagai satu tohmahan.



Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada Mohd Bakri kerana berjaya menyelesaikan dakwaan jenayah yang dilakukan selama lebih 10 tahun hanya dalam tempoh masa 3 jam sahaja.



"Saya nak ucapkan tanhniah kepada Mohd Bakri kerana saya rasa di antara anggota polis terbaik di dunia kerana dapat menyelesaikan masalah berkaitan jenayah yang dilakukan sejak 10 tahun dahulu hanya dalam 3-4 jam sahaja.



"Saya minta beliau supaya betul-betul adil dan jangan sokong sebelah pihak sahaja. Dia mesti jaga kepentingan rakyat. Saya sedia beri kerjasama sepenuhnya kepada beliau dan kalau saya memfitnah Saravanan heret saya ke mahkamah," kata Arjunan kepada Suara Keadilan.



Dalam responsnya kepada dakwaan Arjunan, Saravanan yang juga Naib Presiden MIC menganggap ia sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya.

Posted by RAKYAT MARHAEN

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.