Nah!! Ini Dia Kekayaan Abu Bekir, Anak Taib Mahmud..

Oleh: addin_77

"Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir telah memilih gadis sebagai isteri yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menggotai lembaga pengarah syarikat CMS. Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta.

Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30% dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan.! Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja mewar-warkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi DUN yang mereka anggap amat selamat.

Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu. Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu!
 
Sikap yang buruk?

Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai, berkata Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya. Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu.

Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain. Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka. Baca seterusnya di sini.
 
http://addin77.blogspot.com/
"

TVSelangor09 12032011 Anwar Pilih Pemimpin Berkebolehan Untuk Manfaat ...

Union picket at Citibank KL

Inside Story - Gaddafi: Losing the battle for Arab opinion

Japan's quake preparations

Breaking News - 7.2 Earthquake Japan - March 9 , 2011

Oil refinery ablaze after devastating earthquake, tsunami

Strong 8.9 earthquake rocks Japan, tsunami hits North East

Halt MRT project, say Pakatan MPs

Mood of revolt in Tunisian town

Powerful quake hits Japan

Saifuddin: Dr M never gave Anwar a chance

Ex-British PM throws weight behind anti-Taib campaign

March 11, 2011
Brown called for international support to save Sarawak’s forests. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, March 11 — Former British Prime Minister Gordon Brown has voiced his support for his sister-in-law’s crusade against what she deems exploitation of Sarawak’s people and forests by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Writing in The Independent newspaper in Britain yesterday, Brown described the deforestation of Sarawak as “probably the biggest environmental crime of our times.”
Clare Rewcastle-Brown, who took responsibility for Radio Free Sarawak and the Sarawak Report blog two weeks ago, has been highly critical of Taib’s 30-year-old administration, accusing it of widespread corruption and illegal political practices.
She began operations of the two media outlets anonymously last year, before choosing to reveal herself before state elections expected to be called next month.
The state opposition holds eight out of 71 seats in the state assembly and hopes to make gains with help from Rewcastle-Brown, a reporter since 1983.
Rewcastle-Brown (left) and Peter John Jaban pose in their makeshift London studio.
Brown, who led the UK Labour party to an election defeat in 2010, wrote that Rewcastle-Brown did not get involved in Sarawak hunting for misdeeds, but “simply a desire as a reporter to apply normal UK-style investigative journalism to events in Malaysia.” “She was busy raising a family — and was not hunting for the next big exposé. But, as she researched into the community where she had been brought up, she stumbled upon what is probably the biggest environmental crime of our times.
“But since her first forays into what has happened to the forests she has become persona non grata in Malaysia. She is now harassed whenever she visits the country. She has been told she is on a blacklist and will be watched. She has received death threats,” he wrote in the-British daily.
The home ministry is also investigating Radio Free Sarawak after the Youth wing of Taib’s Parti Pesaka Bumiputera Bersatu lodged a police report claiming that the station has been operating illegally and spreading lies.
But Brown wrote yesterday that Rewcastle-Brown “is exposing through her local informants that over this period, particularly during the 1980s, Malaysia’s once vast pristine jungle has been stripped bare and enormous areas have been planted with oil palm in an environmental nightmare that shows no sign of slowing.”
“Deprived of their livelihoods, some of the world’s poorest people have been further impoverished by the deforestation,” he wrote, claiming that the state is being over-logged and losing a square mile of forest per day, one of the fastest rates of depletion in the world.
He added that only five per cent of the primary forest is left today, adding that they had been virginal in the 1960s.
Environmental watchdog Wetlands International also reported last month that Sarawak’s rapid expansion of oil palm plantations may result in its unique peat forests being wiped out by the end of the decade.
“The recent Sarawak Report exposes how pressures continue to force families to leave the forests and give up on their traditional livelihoods. These families are being pressed to accept ‘compensation’, often of only £80 (RM390), for land whose wood is worth millions,” Brown added.
He also called for international support to save Sarawak’s forests, saying that “if the world fails now we are not guilty simply of a sin of omission; we will be actively condoning the destruction of a nation’s future by people too greedy to see the trees for the wood.”

Jet Libya bedil bandar minyak


SEORANG anggota penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjalan dekat sebuah terminal minyak di bandar Ras Lanuf, Libya yang terbakar akibat dibedil kelmarin.


TUNIS - Sumber pemberontak Libya semalam menyatakan tentera yang setia kepada diktator Muammar Gaddafi membedil sejumlah roket dari beberapa kapal tangki ke arah kedudukan mereka di bandar pelabuhan Ras Lanuf.
"Saya melihat sendiri ia berlaku. Kapal-kapal tangki membedil peluru roket ke arah bandar ini (Ras Lanuf)," kata seorang anggota pemberontak, Salem Magrebi.
"Beberapa pesawat turut menggugurkan bom manakala roket turut dibedil dari darat," tambahnya.
Salem berkata, dia bercakap menerusi telefon dari sebuah kawasan perumahan di bandar berkenaan.
"Saya melihat beberapa mayat terbaring di jalan raya," ujarnya.
Perkembangan tersebut berlaku selepas tentera Gaddafi melancarkan penggeboman terbaru ke atas Ras Lanuf semalam.
Bom dan peluru berpandu meledak beberapa kilometer dari loji penapisan minyak Ras Lanuf dan hampir mengenai bangunan syarikat penapisan minyak Emiriyah Arab Bersatu.
Serangan balas oleh tentera yang setia kepada Gaddafi itu telah mengekang kemaraan tentera pemberontak di pesisir pantai timur Libya yang mana mereka terpaksa berundur dari bandar Bin Jawad selepas menerima tentangan sengit.
Dalam pertempuran yang berlaku sejak 15 Februari lalu bagi menuntut peletakan jawatan Gaddafi sebagai pemimpin, seramai 400 orang dilaporkan telah terbunuh.
Kebangkitan rakyat Libya itu didorong oleh kejayaan para penunjuk perasaan di Mesir dan Tunisia yang mengakibatkan para pemimpin di kedua-dua negara terpaksa meletakkan jawatan.
Gaddafi yang berkuasa hampir 42 tahun dilaporkan gagal untuk memerintah dengan baik negara tersebut sebaliknya membazirkan wang negara dengan sesuka hatinya. - Agensi

Teori 'Konspirasi Kes Liwat' Kini Makin Terserlah, Nama Rosmah Mansor Dan Mumtaz Jaafar Pula Di Dedahkan Oleh Saksi Terakhir Supt Jude Pereira !

KUALA LUMPUR [11 Mac] - Saksi terakhir perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor (foto) berhubung kejadian liwat itu. Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.


Dua wanita ini dipercayai telah ditemui oleh Saiful dan Jude Pereira
maka itu, peguam Anwar perlu memanggil mereka ke mahkamah

Insuran kenderaan TINGGI, Sokong lagi Umno

Oleh: amkns

"Dahlah isu saman ekor tak selesai-selesai. Harga minyak manjang naik je. Nak ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu. Sekarang ni insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi. Tak payah pakai insuran/takaful dan cukai jalanlah nampaknya. Lepas ni banyaklah TIP untuk elak saman ekor, guna nombor plet kenderaan lain, rosakkan nombor plet dsbnya. SOKONG LAGI UMNO! Rakyat Didahulukan !

PREMIUM TAMBAHAN SEHINGGA 150 PERATUS 'SAKITKAN' PENGGUNA

Utusan Malaysia 11 Mac 2011 - Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans. "Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.

Sumber: utusan.com.my

"

Serangan peribadi :Mengapa Anwar terlalu bersabar?

Oleh: anak_muar

"Dato Seri Anwar Ibrahim secara terus menerus dilanda serangan dan dakwaan peribadi yang mengitkan beliau dengan salah laku seks khususnya perbuatan liwat,Sejak 13 tahun yang lalu cerita Liwat ini terus disegarkan di minda rakyat Malaysia dan dijadikan senjata ampuh bagi pihak UMNO-BN menyerang Anwar.Anwar juga dilabelkan sebangai pengkhianat bangsa, agama dan negara serta dikaitkan dengan agen yahudi.

Namun Anwar masih mengambil sikap tidak mahu melayan akan tuduhan2 yang dilemparkan terhadap diri beliau.Walaupun Anwar ada menjawab segala tuduhan2 berat tersebut namun ruang liputannya amat terhad sekali dengan kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan.

Terbaru Tun Dr Mahathir dan Umi Halfida kembali dan terus menyerang Anwar dengan dakwaan Liwat pada cara yang lebih dasyat bagi meyakinkan masyarakat bahawa dakwaan mereka adalah memang benar.Kelihatan mereka berdua ini begitu yakin mempertahankan dakwaan tersebut terhadap Anwar.

Umi kali ini telah menjadi penceramah utama dalam siri2 kempen UMNO-BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang lepas sebagai kempen meraih sokongan rakyat dalam menceritakan kembali isu liwat ini.Tidak dinafikan tindakan Umi ini mendatangkan impak kepada sebilangan rakyat yang mendengar ceramahnya ada yang makin percaya dan ada juga yang dulunya tidak percaya sudah mula percaya.Dengan penceritaan Umi yang begitu transparent membuatkan ia seolahnya memang benar.Ditambah pula dengan lafaz sumpahnya setiap kali berceramah.

Tun Dr Mahathir pula secara confiden memuatkan kisah cerita liwat Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam buku terbarunya Doctor In the House yang memuatkan 20 halaman berkenaan bagaimana cerita liwat ini timbul.Ini secara langsung telah menggambarkan bahawa cerita liwat ini memang benar berlaku dan sememangnya Anwar seorang peliwat seperti yang didakwa oleh mereka berdua ini.Dan sudah tentunya rakyat Malaysia yang sejumlahnya akan terus keliru dan mula percaya ia adalah dakwaan benar.

Namun cara Anwar berhadapan atau menjawab tomahan dan dakwaan terhadap beliau amat mengecewakan.Beliau hanya menyatakan ia tidak benar dan rakyat Malaysia sudah mampu menilai akan kebenaran tuduhan salah laku seks terhadap beliau.Adakah sudah cukup Anwar menjawab dengan cara yang demikian sedangkan propaganda yang dimainkan oleh pihak media kerajaan begitu dasyat sekali dalam mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam isu yang dimainkan.

Anwar sepatutnya perlu sedikit agresif dan bertindak selari dengan cara musuh beliau dalam berhadapan dakwaan jahat terhadapnya kali ini. 13 tahun sudah cukup bagi mereka yang terus menerus menabur fitnah yang mengaibkan DS Anwar Ibrahim.Anwar perlu bertindak menghentikan serangan yang bertali arus ini.Anwar tidak boleh lagi bertindak menunggu atau bersabar dengan keadaan yang semestinya tidak menyebelahi beliau.Lihatlah hari ini ada juga tokoh agama yang mempertahankan bahawa liwat ini memang bear berlaku walaupun terlalu banyak keraguan untuk mempercayainya.Untuk Anwar, lakuakn sesuatu yang lebih berkesan dalam menepis dakwaan terhadap beliau kerana adalah amat penting bagi Anwar bertindak meyakinkan kepada rakyat bahawa tuduhan salah laku seks terhadapnya adalah fitnah belaka dan patut ditentang dengan cara yang dituntut oleh agama."

Kes Liwat II: Saksi Jude Pereira Beri Keterangan, Sesuatu Yang 'Misteri' Berlaku Kenapalah Seluar Dalam Saiful Berada Di Rumah Teman Wanitanya

KUALA LUMPUR, [10 Mac] - Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira (foto). Menurut Pereira, pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau. Katanya, Saiful ada bersamanya apabila dia menunjukkan barang-barang tersebut. Barang-barang dikenal pasti oleh saksi di mahkamah. Hadirin kedengaran ketawa ketika seluar dalam Saiful ditunjukkan pada mahkamah. Pereira berkata, sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci. Katanya, ketika itu seluar dalam itu lembab Sebelum itu, Pereira memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital. Beliau mengesahkan gel tersebut di mahkamah ketika ditunjukkan kepadanya Sementara itu, Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, justeru menyebabkan Anwar ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Katanya, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya. "Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod waktu malam," kata beliau.
[Menurut Periera, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkannya merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan. Periera adalah saksi terakhir pendakwaraya. Sesungguhnya rakyat semakin keliru dan tertanya-tanya apakah kesudahannya cerita liwat Saiful ini. Ini kerana mereka berpendapat keterangan yang bercanggah-canggah pasti akan menyebabkan kes ini semakin longgar. Soalnya kenapa daripada kes liwat bertukar menjadi oral seks, daripada kena paksa menjadi sukarela dan banyak lagi keterangan memeranjatkan berlaku sebenarnya. Paling mengejutkan ialah bagaimana seluar dalam Saiful boleh berada di rumah teman wanitanya?. Malah dicuci pula oleh teman wanitanya itu. Bukankah sekadar teman wanita sahaja, masakan boleh mencuci "seluar dalam". Jika isteri mungkin kita boleh terima. Jika inilah keadaannya, pasti sesuatu yang misteri berlaku. Atau mungkin juga Saiful turut bermalam di rumah teman wanitanya itu. Inilah yang menimbulkan kemusykilan sekarang. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah benar keputusan kes ini akan menggambarkan betapa hampirnya pilihanraya umum ke-13 nanti].

Saifuddin Abdullah Terus Di Serang Oleh Blogger Pembela Negara Hanya Kerana Hadir Dalam Satu Forum Wacana Politik Dengan Nurul Izzah Di UM

Nampaknya "Team Blogger Pembela Negara" kini semakin terdesak sebenarnya. Selepas menggasakkan dan menggesa supaya Unit Media Baru UMNO dibubarkan, kini sasaran utama mereka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto). Berbagai tuduhan terus dilemparkan kepada Ahli Parlimen Temerloh itu, termasuk mengatakan Saifuddin pro-mahasiswa. Ini berikutan tindakan beliau membela kumpulan terbabit termasuk insiden di Pilihan Raya Kecil DUN Galas tahun lalu. Dalan kes itu beritakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti Mufti Perak dan Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara Paling panas apabila blog Panglima Perang Siber mendedahkan gambar menteri berkenaan dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Padahal gambar Saifuddin itu diambil ketika beliau hadir ke "Persidangan Kebangsaan Demokrasi dan Pilihan Raya" yang diadakan pada 8 Mac 2011 lalu di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Forum yang bertajuk "Demokrasi Dan Pilihanraya : Prospek & Cabaran Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13". Selain Nurul Izzah dan Saifuddin, turut terlibat ialah Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap.


Apa yang kontroversi sangat pada kehadiran Saifuddin dalam forum ini
Lainlah kalau dia dan Nurul Izzah dilihat berdua di lokasi yang berbeza
Maka, apa yang perlu digembar-gemburkan sangat oleh Panglima Perang Siber hingga mahukan supaya Saifuddin meletakkan jawatannya atau dipecat. Malah lebih hebat lagi blogger terbabit memberi amaran kepada Ahli Parlimen Temerloh itu agar mengambil langkah yang pro aktif samada untuk membersihkan diri beliau atau mendegilkan diri walaupun membaca kritikan mereka Keputusan akhir di tangan Perdana Menteri. Tugas blogger kononnya untuk pertahan negara dan juga perbaiki kepincangan yang dirasakan perlu diperbetulkan agar tugas PM akan lebih mudah dengan adanya pasukan bloggers seperti mereka.

[Punyalah hebat team "Blogger Pembela Negara", seolah-olah merasakan apa yang didedahkan itu berpaksikan kepada kebenaran belaka. Sedangkan, mereka hanya membakar kelambu sendiri sebenarnya. Matlamat dan hala tuju mereka kini sudah pincang apabila menyerang sesama sendiri. Bagi kami, tiada salahnya menteri terbabit hadir dalam satu forum walau pun melibatkan pemimpin pembangkang. Inilah demokrasi namanya. Bukan bermakna, bermusuh di landasan politik tetapi tidak boleh berbincang secara ilmiah terhadap beberapa isu yang membabitkan mahasiswa. Pemikiran jumud team "Blogger Pembela Negara" membuktikan betapa ceteknya mentaliti dan fikiran mereka sebenarnya. Patutlah, mereka menyerang Unit Media UMNO gara-gara tidak dilayan dengan baik ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. Khabarnya mereka kecewa kebajikan ahli tidak dijaga, malah tidak mendapat imbuhan sepatutnya. Sedangkan semua itu dinikmati oleh team UBN yang kerjanya tidak sehebat kerja mereka. Inilah akibatnya bila perjuangan tidak berpaksikan kebenaran. Akhirnya mereka berbalah sesama sendiri untuk mencari kepastian. Klik di sini Saifuddin Sudah Jadi Barua Anwar Ibrahim].

Panas: Gobalakrishnan 'Menggemparkan' Dewan Rakyat Bila Dedahkan Beliau Yang Bayar Ansuran Dua Kereta Pengawal Peribadi Anwar Selama Ini !

KUALA LUMPUR [10 Mac] - Dewan Rakyat gamat dengan pendedahan N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) apabila diberitahu yang beliau membayar ansuran bulanan untuk dua buah kereta bagi kegunaan pengawal peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin. Sehingga kini, katanya, ansuran dua kereta itu masih dibayar olehnya tetapi beliau telah mengambil salah satu kereta tersebut selepas pejabat Ketua Pembangkang gagal mengambil tindakan sewajarnya. ''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat. ''Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti apa yang saya lakukan)," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. Gobalakrishnan berkata, hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing. Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya. Sementara itu, ketika menjawab celahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), beliau berkata, penglibatannya di dalam arena politik bukan disebabkan jawatan. ''Sejak saya berada di dalam MIC dan kemudian keluar MIC sertai pula PKR bukan disebabkan jawatan. ''Saya ikhlas berjuang untuk rakyat dan saya tidak ada apa-apa niat. Saya juga pernah menjadi pekebun sayur di Cameron Highlands pada tahun 2004 sehingga Machang mengakui kehebatan saya usahakan kebun sayur," ujarnya.
[Sementara itu Gobalakrishnan juga sempat mendedahkan tindakan Saifuddin meninggalkan PKR pada satu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar pada akhir ucapannya sebelum diminta duduk oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Dalam pada itu, beliau diberikan ucapan tahniah terutama daripada penyokong-penyokong kerajaan atas keputusannnya keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula persidangan kali ini. Apa yang diperkatakan oleh beliau ini sedikit mencalarkan imej Anwar sebenarnya. Inilah kesilapan besar apabila Anwar rela mengambil Peguamnya R.Surendran menjadi Naib Presiden PKR. Sedangkan pemimpin hebat seperti Gobala tidak diberi ruang untuk berasa sebaris dengan kempimpinan PKR yang lain. Kami yakin, beliau keluar PKR atas prinsip yang ada dalam dirinya selepas melihat berbagai kepincangan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Cuma, masa yang akan menentukan apakah dia boleh bertahan atau akan bersama Kerajaan UMNO BN dalam masa terdekat ini].

Kekecohan Di 'PRK Kerdau', Timbalan Pengerusi SPR Tidak Wajar Tuduh Provokasi Daripada PAS Sedangkan Hakikat Sebenar Adalah Sebaliknya !!

Biar pun Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau telah berakhir hujung minggu lalu. Namun ada sesuatu yang perlu diperbetulkan sebenarnya. Ia berkaitan dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi. Baru-baru ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar. “Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi. “Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi,” katanya. Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi. Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan. Persoalannya, maklumat mana yang dirujuk oleh Wan Ahmad Omar tentang insiden ini?. Beliau sepatutnya memanggil kedua-dua belah sebelum mengeluarkan apa jua kenyataan. Bukan hanya mendengar pandangan sebelah pihak sahaja. Krew kami yang berada dilokasi mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya pada pagi kejadian. Kekecohan berpunca daripada sikap seorang pemimpin UMNO Pahang yang juga Exco Kerajaan Negeri iaitu Dato' Sharkar Shamsuddin yang sengaja lalu di kawasan penyokong PAS pada pagi itu.


Inilah dia pemimpin UMNO yang dipercayai terlibat dalam insiden itu

Jika dia tidak lalu di kawasan penyokong PAS nescaya tiada kekecohan
Beliau dipercayai telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengguriskan hati penyokong PAS yang berada disitu. Kononnya jangan berlaku kurang ajar kerana beliau adalah orang situ. Difahamkan pemimpin terbabit yang juga merupakan ADUN Lanchang dipercayai cuba membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang rata-rata anak muda dari luar. Sudah semestinya mereka tidak kenal siapa Dato' Sharkar itu sebenarnya. Maka timbulkan adengan yang tidak diingini berlaku pada hari kejadian. Maka dalam kes ini, siapakah yang cuba menjolok sarang tebuan sebenarnya dan siapa yang menimbulkan provokasi?. SPR jangan pandai menuding jari semata-mata dengan mangatakan penyokong PAS memasuki kawasan penyokong BN, sedangkan pemimpin BN itu sendiri yang sengaja memasuki kawasan PAS. Mungkin perkara ini dapat dielakkan jika beliau memberhentikan kenderaannya dan turun di kawasan yang menempatkan penyokong BN sendiri. Bukankah ini satu trick politik sebenarnya yang bertujuan untuk menjatuhkan imej parti PAS di mata rakyat sebenarnya!.

[Dalam keadaan masing-masing bersemangat ketika itu, maka sudah semestinya keadaan tidak dapat dielakkan berlaku. Malah, Dato' Sharkar sebagai seorang Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, tidak wajar bertindak membuat provokasi sebegitu rupa terhadap anak-anak muda. Beliau harus sedar kedudukannya sebelum mahu menunjukkan lagaknya kepada mereka. Masih kita ingat, adengan lucah yang dilakukan oleh MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) di Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang satu ketika dulu. Kini, tingkah laku yang sama dilakukan pula oleh timbalannya. Ini membuktikan sememangnya ada sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri memang ingin menonjolkan kehebatannya tidak bertempat. SPR juga perlu pastikan mana-mana pemimpin agar tidak melalui kawasan penyokong parti lawan bagi tidak menimbulkan situasi yang tidak baik selepas ini. Bukan hanya menyalahkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas tanpa merujuk perkara sebenar yang berlaku. Buatlah siasatan terperinci dengan memanggil saksi-saksi tertentu sebelum keluarkan kenyataan itu!].

Ketua 'Pembangkang', Datuk Seri Anwar Ibrahim Nafi Tuduhan Dan Sifatkan PM Mahathir Sebagai Pendusta Dan Pembohong Besar Dalam Bukunya

KUALA LUMPUR [9 Mac] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan buku Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh dirinya dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pendusta. Dalam emel yang dihantar kepada portal berita, Malaysia Insider, semalam, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 mendakwa Dr Mahathir mengalami hilang ingatan (amnesia) yang selektif. "Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar bagi menjawab perkara yang ditulis Mahathir dalam buku berkenaan. Anwar berkata, dakwaan Dr Mahathir beliau dibekalkan dengan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks pada 1998 bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten sudah menjawab isu itu sebelum dipecat. “Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” katanya. Anwar berkata, beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi konteks yang sebenar beliau sudah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks membabitkan empat wanita. “Dalam konteks berkenaan, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” katanya. Anwar berkata, keputusan Dr Mahathir untuk memecatnya bukan disebabkan isu moral, tetapi berhubung keputusannya supaya Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan Perwaja membabitkan Tan Sri Eric Chia.

[Sementara itu, isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mendakwa Dr Mahathir sengaja melemparkan tuduhan liar terhadap Anwar untuk melariskan bukunya. “Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Dr Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. ‘Berita’ dan ‘bukti’ keterlanjuran Anwar, jika benar, sudah tentu sampai lebih awal kepada Dr Mahathir untuk diambil tindakan,” kata beliau dalam laman blog peribadinya. Nampaknya Anwar juga perlu terbitkan pula bukunya selepas ini bagi menjawab apa yang telah didedahkan oleh Mahathir. Jika tidak sudah pasti rakyat akan terus keliru dengan apa yang telah digambarkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Nampaknya, Mahathir masih berdendam dengan Anwar sampai bila-bila agaknya. Inilah senario yang berlaku sebenarnya].

Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa ambil tindakan tegas

March 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Mac — Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang “tidak masuk akal” dan manipulasi pembelian insuran pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans.
Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.
Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat.
Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas.
“Pakcik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu sudah lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini,” tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang diPertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan banyak rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta-kereta lama merasa tidak adil.
“Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga yang berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang,” katanya, menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia.
Menyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka.
“Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat, berpuluh tahun baru diselesaikan,” katanya.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pula mendakwa pengguna kini terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini.      
Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insuran tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj loading sebelum boleh membeli pelindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka, dakwanya.
“Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini.
“BNM ini butakah...takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Kenapa kerajaan boleh tidak ada solution untuk menyelesaikan perkara ini sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka,” katanya.
Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat truk penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk tambahan caj loading.
“Ini puncanya dan mereka ini wajar dikawal...ambil tindakan tegas untuk mengawal ‘‘rip-off’’ yang berlaku sudah berpuluh tahun ini dan pihak-pihak yang bergandingan untuk mendapatkan ‘‘rip-off’’ tersebut,” katanya.
Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa BNM untuk mengawal syarikat-syarikat berkenaan memandangkan walaupun sudah ada arahan supaya syarikat itu tidak memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan, namun perkara itu masih berleluasa. — Bernama

"Tambahan RM4b subsidi minyak"? Ha Ha! Ron95 nak naik lagi. Padan Muka

Oleh: mazwandi

"Antum semua sudah baca utusan online berkenaan cerita "Tambahan RM4b subsidi minyak". Jika belum, dipersilakan baca di sini. Ada nampak pencerahan apa yang akan berlaku tidak lama lagi? Ya, semestinya harga petrol ron 95 akan naik lagi. Terima kasih melayu yang mengundi bn. Padan muka kita.

Mari kita mencari udang di sebalik mee dalam ungkapan-ungkapan Najib dalam berita berkenaan. Kita selidik satu persatu....


“Kita terpaksa menambah RM4 bilion lagi daripada RM10 bilion yang diperuntukkan sebelum ini. Kita juga perlu mengkaji semula kadar inflasi dalam negara dan akan cuba meringankan beban rakyat selagi mampu.

Maksudnya;

Pendapatan negara akan bertambah lagi sebab harga minyak naik dan kita pula jual minyak tapi kita masih tidak cukup duit kerana perbelanjaan untuk merasuah semasa PRK dahulu dan untuk PRU 13 nanti. Kita top-up lagi 4 bilion untuk kantung pilihanraya dengan curi duit rakyat.

“Kerajaan komited dalam merasionalkan subsidi secara berperingkat dalam jangka panjang bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Beberapa langkah akan diambil dalam masa terdekat ini,” katanya.

Maksudnya;

Kerajaan bn akan pastikan beban rakyat akan sentiasa terbeban dalam keadaan terkawal terutama kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah agar bn boleh mengawal undi mereka dengan gula-gula politik wang semasa pilihanraya nanti.

Sementara itu, kata beliau, kerajaan amat komited untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras enam peratus pada tahun ini walaupun bakal berhadapan beberapa cabaran.

Maksudnya;

Kerajaan tidak boleh mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras 6% kerana korupsi yang melampau di Malaysia.

“Peningkatan harga minyak mentah dan komoditi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia bergerak perlahan. Kerajaan akan pantau perkembangan ini dengan sangat teliti dan akan mengambil apa jua langkah yang perlu.

Maksudnya;

Kerajaan sepatutnya mendapat pendapatan yang lumayan dari kenaikan harga petrol dan komuditi kerana kita adalah negara mengeksport dua perkara itu. Namun kerana amalan korupsi dan rasuah yang parah, duit itu ketirisan hanya pada kelompok kroni sahaja. Maka pantauan dan langkah yang diambil adalah tidak perlu kerana amalan korupsi perlu dikekal untuk mengkayakan puak-puak kroni.

“Antara langkah yang akan kerajaan ambil seperti menggerakkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta memastikan permintaan domestik terus berada pada tahap yang kukuh,” jelas beliau.

Maksudnya;

Langkah yang diambil adalah dengan mengembangkan kekayaan kroni melalui ETP sehingga ke tahap mikro.

Oleh itu wahai rakyat-rakyat Malaysia terutama orang Melayu, bersedialah mengundi bn lagi pada PRU 13 nanti agar kita dapat melihat negara Malaysia akan menjadi papa kedana dan bankrap. Padan muka kita.

Hendak baca kutukan kepada umno apco lagi? layari blog; http://ibnmustaffa.blogspot.com/"

RM60,000 samun di Rantau, RM8,000 ragut di Paroi, selamatkah rakyat?

Oleh: amkns

"Harian Metro 10 Mac 2011 - RM60,000 KENA SAMUN - SEREMBAN: Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal yang memecahkan cermin keretanya lalu melarikan wang tunai RM60,000 di pekan Rantau di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila wanita berusia 39 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan yang mahu digunakannya untuk memulakan perniagaan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama seorang ahli keluarganya selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar ini.

"Mangsa hanya menunggu di dalam kereta yang berkunci itu sambil memegang beg berisi RM60,000. "Tidak lama kemudian mangsa terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an memecahkan cermin kereta dengan tangannya tanpa menggunakan peralatan lain.

"Penjenayah nekad itu kemudian merampas beg berkenaan dan melarikan diri," katanya di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

RAGUT RANTAI RM8,000

SEREMBAN: "Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri." Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam.

Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ. "Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an. "Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan.

"Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro"

Saman Ekor, para pemandu bas sokong Pakatan Rakyat

Oleh: amkns

"Apakah polis trafik tidak cukup kereta peronda di lebuhraya dan jalanraya untuk mengejar pemandu bas yang bawa melebihi had laju lalu mereka sekadar saman ekor saja? Adakah ini mendidik pemandu bas namanya? Hentikanlah saman ekor ni, Najib berilah lebih banyak kereta peronda dan anggota polis trafik untuk kejar pemandu bas ni. Barulah mereka akan sedar, bukan selepas bertahun-tahun diberi mereka saman ini. Kalau tak nak , tak apa. Pemandu bas semua pakat sokong Pakatan Rakyat, dia ugut kita saman ekor, kita ugut dia sokong Pakatan Rakyat !


Batalkan semua saman ekor tertunggak ! Buka buku saman baru yang bukan saman ekor ! 
POTONG GAJI LANGSAI SAMAN TAK PRAKTIKAL
Berita Harian 10 Mac 2011  
KUALA LUMPUR: Cadangan memotong gaji pemandu bas untuk melangsaikan saman kesalahan trafik bagi mengurangkan beban syarikat akan menyebabkan kerjaya itu tidak lagi menjadi pilihan sekali gus menyebabkan industri berdepan kekurangan pemandu yang lebih serius.  
Sekiranya Kementerian Sumber Manusia meluluskan cadangan itu, kemungkinan kerajaan terpaksa mengambil warga asing sebagai pemandu bas bagi mengatasi kekurangan pemandu di negara ini.  Ia berikutan cadangan berkenaan hanya membebankan pemandu kerana gaji mereka terlalu rendah terutama pemandu bas ekspres yang bergantung kepada komisen setiap perjalanan.  
Kelmarin, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) berkata, sekurang-kurangnya 8,000 pemandu bas ekspres dan henti-henti berkemungkinan dipotong gaji berjumlah RM4.8 juta kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik. 

"

TVSelangor09 10032011 Fitnah 2 : Prosedur Belum Selesai, Anwar Tidur Lok...

Temui barang kemas dalam saluran pembentung


GAMBAR fail menunjukkan pintu masuk ke kedai emas Harry Winston dekat Champs-Elysees di Paris pada 5 Disember 2008.


PARIS - Polis Perancis menemui barang kemas bernilai AS$25 juta (RM75.8 juta) yang disembunyikan di dalam saluran pembentung di sini.
Barang kemas tersebut yang disimpan di dalam sebuah bekas plastik, merupakan sebahagian hasil rompakan ke atas butik barang kemas Harry Winston di sini.
Penemuan itu melibatkan 19 cincin dan tiga pasang anting-anting dengan sepasang anting-anting itu dipercayai bernilai AS$19.5 juta (RM59.1 juta).
Polis mengesahkan penemuan itu selepas berita itu disiarkan di sebuah stesen radio.
Pada 5 Disember 2008 sekumpulan perompak sebahagiannya berpakaian wanita dan rambut palsu melarikan batu permata dan jam tangan mewah dengan nilai mencecah AS$118.1 (RM358.3 juta).
Sebahagian cincin yang dicuri, rantai leher dan jam tangan ditemui semula apabila polis menangkap 25 orang dalam serbuan pada Jun 2009 dengan sembilan daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.
Antara yang didakwa termasuk perancang rompakan itu yang pernah dihukum penjara 15 tahun dalam satu kes penyeludupan dadah.
Polis menemui sejumlah barang kemas yang dirompak bersama wang tunai AS$1.1 juta (RM3.3 juta) di rumahnya.- Agensi

Membesar bersama Harakah, Siasah: Mengumpulkan kisah iktibar ...

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Sepanjang kembara dalam dunia penulisan sejak 30 tahun lalu, akhbar Siasah mempunyai posisi istimewa di hati saya. Berbeza dengan Harakah (lidah rasmi PAS) dan akhbar-akhbar tidak berkala yang saya terpaksa terbitkan selepas majalah Detik dan Al-Wasilah diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Siasah bukan sahaja lebih bebas untuk beredar di pasaran tetapi sidang editorialnya juga kurang "diganggu"


Harakah terbatas hanya untuk ahli-ahli PAS sahaja. Sekurang-kurangnya itulah kehendak peraturan yang ditentukan KDN dan boleh diperketatkan dari masa ke semasa.
Bagaimanapun, sukar untuk dipastikan apakah  KDN kurang berupaya untuk menguatkuasakan undang-undang yang tidak munasabah itu atau sememangnya ia terpaksa "memejam mata" -- atas pertimbangan politik -- melihat Harakah bebas dijual di pasaran terbuka.
Manakala tabloid tidak berkala, yang judulnya terpaksa berubah-ubah -- daripada Haraki kepada Alternatif, Reformasi, Memo, dan hampir 30 nama-nama berbeza -- bukan sahaja terdedah kepada risiko rampasan KDN, malah berdepan karenah pihak pengedar.
Mengusahakan sebuah syarikat penerbitan yang tertumpu kepada makalah-makalah politik bukan hanya memerlukan komitmen tinggi daripada segi semangat dan keazaman, tetapi lebih penting adalah memastikan elemen perniagaan juga dapat dikendalikan dengan baik.
Alhamdulillah, saya dapat bersama-sama Mohd Sayuti Omar membidani kelahiran Siasah, melihatnya bertatih dan memimpinnya untuk berjalan, seterusnya berlari mendepani dugaan. Dibantu tiga pemberita muda, kami cuba merealisasikan impian dan idealisme luhur kewartawanan. Agak kerap juga target "deadline" tersasar.
Sebagai wartawan yang dibesarkan dalam lingkungan Harakah dan sentiasa menerima tekanan KDN, memang sukar untuk saya menentukan agar Siasah tidak dilihat begitu memihak kepada kumpulan atau parti tertentu. 
Walaupun secara teorinya Siasah tidak menghadapi masalah untuk dipasarkan di mana-mana sahaja, rintangannya datang dalam bentuk berlainan. Seorang editor Harakah mungkin lebih bebas memilih bahan untuk siaran, termasuk yang sensasi dan kontroversi, namun ia tidak semudah itu di Siasah. "Kecondongannya" sentiasa diperhatikan.
Ya, bukankah  dunia kewartawanan Malaysia penuh dengan pantang larang, 'kan? Apatah lagi mauduk perbincangan tentang perkara paling sensitif, iaitu siasah atau politik!
Malang sekali, iklim kebebasan media di negara kita jarang menyediakan ruang dan peluang selesa untuk berkarya. Pelbagai sekatan dan kongkongan -- sebahagiannya secara terselindung -- menghimpit daya kreativiti dan menumpulkan semangat.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) bukan sahaja mensyaratkan setiap penerbitan berkala memerlukan permit penerbitan, tetapi lebih buruk, pihak menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menolak permohonan, menggantung dan mengharamkan permit sedia ada. Dan semuanya boleh dilakukan tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
Ketika AMCP mengamuk bagi memperlahankan momentum reformasi 1998 dan mengawal impak keputusan pilihan raya umum 1999, majalah Detik yang saya "sewa" permitnya daripada rakan karib, Allahyarham Samsuri Roslan, diharamkan.



(Ahmad Lutfi semasa menziarahi Allahyarham Samsuri, yang diserang angin ahmar, di Hospital Ipoh)

Buku-buku politik popular yang  melambak di pasaran, bagai cendawan tumbuh selepas hujan, diperhatikan penuh minat oleh pihak berkuasa. Beberapa kesalahan kecil, seperti tidak meletakkan alamat pencetak, sudah cukup untuk membuatkan buku saya dirampas. Kaset dan VCD ceramah reformasi turut disekat.
Saya memberanikan diri mengasaskan NGO media, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bagi mempromosi dan melobi idea-idea kebebasan akhbar. Ibu pejabat sementara Suhakam di perkarangan Wiswa Putera, yang baru dilancarkan, menjadi destinasi untuk meluahkan amarah dan rasa tidak puas hati.
Naib Pengerusi Suhakam, Allahyarham Harun Hashim, bersama tiga pesuruhjaya lainnya, Zainah Anwar, Hamdan Adnan dan Mehrun Siraj kemudiannya bersetuju mengadakan dialog dengan 15 wakil KAMI di sebuah hotel bersebelahan PWTC.
Secara peribadi, saya mula memohon permit penerbitan pada penghujung 1980-an, semasa menjadi pemberita di Harakah. Ketika itu saya ditugaskan oleh Pengarang Harakah, Zin Mahmud (sekarang Pengarang Mingguan Malaysia), menumpukan liputan kepada kegiatan mahasiswa dan aktiviti kampus.
Kebetulan semasa di Universiti Teknologi Malaysia (1981-86), saya pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PMUTM dan berkesempatan berinteraksi serta "bertembung" dengan dua Menteri Pelajaran (Pendidikan), Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar Ibrahim.
Demonstrasi mahasiswa Universiti Malaya pada malam Pesta Konvo 1989 memang mengejutkan. Ratusan pelajar, lelaki dan wanita, berkumpul selepas solat hajat di kawasan lapang, menuntut konsert Sheila Majid yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor malam itu dibatalkan.
Sebenarnya mereka bukanlah antihiburan seperti didakwa pihak tertentu tetapi mahu meluahkan protes ke atas sikap double standard pentadbiran universiti; program keilmuan yang memupuk daya intelektual disekat tetapi aktiviti huburan mudah diluluskan.
Saya sebut "mengejutkan" kerana para mahasiswa ini langsung tidak berganjak walaupun selepas diberikan amaran berulang kali supaya bersurai oleh pihak polis.
Autonomi universiti -- yang sudah dicabuli sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dipinda pada 1975 -- tambah parah dengan tindakan pasukan keselamatan menangkap penunjuk perasaan secara kasar.
Kasihankan pelajar yang mungkin terpaksa merengkok dalam lokap, maka saya menjadi penjamin kepada salah seorang daripada mereka, yang saya tidak pernah kenal sehingga hari ini.   
Seminggu kemudian, ketika mahu memperbaharui jaminan ke atas pelajar berkenaan di Balai Polis Brickfield, saya ditahan ISA dan dihantar ke Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh. Serentak itu, KDN menyenarai-hitamkan nama saya daripada diberikan permit penerbitan.
Tragedi dipecat UTM selepas menamatkan pengajian selama lima tahun dan seterusnya berehat sekejap di "universiti kedua" bukannya kisah sedih yang perlu ditangisi, malah ia merupakan di antara koleksi pengalaman hidup yang cukup bermakna.
Mendekati penderitaan keluarga tahanan ISA dan merasai kesukaran mereka dari dekat cukup menggelisahkan sehinggalah saya menubuhkan tabung bantuan yang disumbangkan pembaca Harakah. Rakyat Malaysia memang pemurah. Rasanya, lebih sejuta ringgit berjaya kami kumpul dan agihkan. Sempat juga saya berkunjung dua kali ke Sabah bagi menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang teraniaya itu. 
Siasah juga mengingatkan saya tentang kematian. Secara tiba-tiba anak kedua saya, Nurul Syafiqah, 11 tahun, meninggal dunia, pada 1 Ramadan 2005, tanpa didahului sebarang petanda penyakit serius. Detik-detik itu cukup menyentuh dan menghiris. Berbekas sampai bila-bila.
Sempat saya rakamkan peristiwa itu dalam Siasah secara spontan, "Perginya Jantung Hati Kami ..." Tulisan penuh emosi itu mendapat reaksi pelbagai, termasuk menemukan kembali saya dengan teman-teman lama dan bekas guru yang terharu dengan catatan itu.  
Azam untuk menghidupkan kembali kolum "Simpul Mati" ini pastinya tidak mudah. Apa pun saya cuba berbicara lebih santai berbanding ruang tetap dalam Harakah. Saya berhasrat untuk berkongsi cerita dan pengalaman, yang sebahagiannya belum tertulis. Sebenarnya banyak babak dalam kehidupan kita, yang mungkin dilihat remeh, tetapi sebenarnya mampu mendorong atau menyuntik inspirasi buat orang lain. Insya-Allah, jumpa lagi ...
--------

TVSelangor09 10032011 Shamsul Perbelanjaan RM134,000 Tidak Munasabah

Apabila Mudir Sekolah Mengandung Bersuara..

Oleh: addin_77

"Aku cukup benci dengan UMNO ni bukannya apa, bukan sebab namanya UMNO tetapi kerana perangai pemimpin-pemimpinya macam setan, suka menipu, rasuah, salahguna kuasa dan bermacam-macam lagi perkara maksiat yang terdapat dalam UMNO.. boleh dikatakan UMNO adalah maksiat..maksiat adalah UMNO..cukup sinonim. UMNO tidak akan berubah dan laungannya untuk berubah adalah retorik untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Kepayahan dan kesusahan hidup rakyat Malaysia sekarang adalah disebabkan UMNO. UMNO adalah liabiliti kepada rakyat..Rakyat hidup menderita tetapi pemimpin bersenang lenang dengan kejerihan duit rakyat..

Seorang pemimpin terkenal UMNO di selatan tanahair ini adalah Mudir Sekolah Mengandung...terkenal sebab tubuhkan sekolah mengandung dan rasuah. Apabila Mudir Sekolah Mengandung ni membuka mulutnya.. amatlah busuk.. seantero alam maya terbau betapa busuk mulutnya kerana percakapannya adalah kencing hancing, takde yang betul melainkan bohong belaka..

Dalam temubual dengan media pencacai UMNO baru-baru ni, Mudir ni berkata "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".
Kau orang semua boleh percaya ke Mudir ni tak merasuah semasa PRK Merlimau? Bersih, telus dan ikhlas sangatkah Mudir ni? Lembaga Displin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddin mengatakan Mudir ni rasuah semasa Pemilihan Agung UMNO yang lepas tetapi malangnya rakyat negeri tersebut amat bahlol dan tolol..tetap mengangkatnya sebagai pemimpin...

Aku yang berulang alik ke Merlimau selama kempen pilihanraya, nampak kelakuan dan gelagat Mudir ni dan melaun-melaunnya dengan jelas. Cukup jelek dan meluat!! Apa.. buat jalan tar sampai ke rumah masa pilihanraya bukannya rasuah? Pemberian barang-barang keperluan semasa pilihanraya bukannya rasuah? Menabur pelbagai janji semasa pilihanraya bukannya rasuah? Memberi duit semasa mengundi bukannya rasuah? NGO 1Malaysia, yang dikatakan membuat pelbagai aktiviti seperti jamuan makan, memberi hadiah menghabiskan dana sebanyak RM200 ribu..dimanakah datangnya duit sebanyak ini? Duit Mudir ni ke? kirim salam..Ini belum didedahkan kos keseluruhan pilihanraya serta penggunaan jentera kerajaan untuk kempen UMNO Be eNd.

Kerja-kerja khianat ala lanun Somalia juga giat yang dilakukan oleh melaun-melaun ni..pecah cermin kereta, pancitkan tayar, koyakkan banner dan poster..inilah tugas-tugas mereka sepanjang PRK Merlimau...menyebarkan fitnah dan dakyah.Sehingga diberitahu..ada penduduk yang menghalau petugas-petugas PAS dan PR untuk datang berkempen ke rumah..Apa ke bodoh sangat mereka ni, termakan dengan dakyah UMNO!! Selagi UMNO memerintah beginilah nasib dan pemikiran rakyat.. rakyat akan terus susah dan terhimpit, kerana kesusahan adalah senjata ampuh UMNO untuk memperbodohkan rakyat.

Pergi JAHANAM dengan UMNO!!
Pergi MAMPUS dengan UMNO!!

http://addin77.blogspot.com "

Bombs fall on Libya's Ras Lanuf

News Bulletin - 04:35GMT update

Kitab Injil: Bukan dirampas tapi dilarang, kata KDN

March 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia.
Menurut KDN dalam satu kenyataan hari ini, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat KDN.
Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan.
Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Semalam, Setiausaha Agung NECF Sam Ang mendakwa bahawa KDN telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya. – Bernama

Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah (True Story)

Oleh: zharifjenn

"Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang kedua orang tuanya adlah doktor. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Pada usia semuda ini, Bar'ah menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajwid, dia sangat pintar dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah matang berbanding kanak-kanak yang seusianya.

Keluarganya amat komited terhadap agama Islam dan ajaran-ajarannya. Hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang agak kronik dan setelah beberapa kali diperiksa, di kesan ibu Bar'ah menderita penyakit barah, dan barah ini sudah dalam keadaan yang kritikal.

Ibu Bar'ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak dapat berjumpa ibunya lagi disampingnya. Ibu bar'ah berpesan kapada anaknya "Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.. "

Gadis kecil itu tidak mengerti dan memahami sepenuhnya apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke wad untuk waktu yang agak lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu balik sekolah untuk menjenguk ibunya di wad dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehinggakan ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah bar'ah bahwa keadaan istreinya itu sangat teruk dan ia perlu datang secepat mungkin. Ayah Bar'ah segera menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital, Ayah Bar'ah memintanya untuk tinggal di kereta. Ini supaya Bar'ah tidak terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk ke dalam hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dan melanggar ayah Bar'ah dan dia meninggal di tempat kejadian di depan puterinya itu...tak terbayangkan ..tangis gadis kecil pada saat itu...

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di situ. Berita kematian ayahnya yang terpaksa disembunyikan dari ibu bar'ah yang masih terlantar di wad, namun setelah lima hari selepas kematian suaminya akhirnya ibu Bar'ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Ibu Bapa rakan-rakan sekolah Bar'ah memutuskan untuk mencari kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh menjaganya.

Tak berapa lama tinggal di mesir, gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya. Setelah beberapa kali diperiksa, Bar'ah didapati mengidap kanser. Sungguh memeranjatkan ketika ia di beritahu menderita kanser. Inilah kata-kata Bar'ah ketika itu: "Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya."

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya. Subhanallah..

Orang ramai mulai mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya, dan pihak Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya. Pihak Saudi mengirimnya ke Britain untuk mendapatkan rawatan penyakit ini.

Salah satu saluran TV Islam Al Hafiz dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran. Dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar'ah.


Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum ia pergi ke bandar Coma dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan menyanyikan Nasyid.

Hari-hari berlalu dan barah mula merebak ke seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan dia bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya ... tapi beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, barah telah menyerang ke otaknya. doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bar'ah berada di sebuah rumah sakit di Britain untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Berdoalah untuk Bar'ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu [ Al Baqarah : 45 ]"

Reality versus perception-wah! bersemangat !cukuplah bersara lagi!

Wife seeks RM400mil from Taib Mahmud's son

News Bulletin - 09GMT update

Interview with Libyan opposition

The Great Subsidy Debate

By Rafizi Ramli
Lately, subsidy has become somewhat a swear sword along the nation’s corridors of power. Subsidy is primarily blamed for the nation’s ballooning fiscal deficit that threatens to march Malaysia down the same path that Greece and Ireland had taken recently. The removal of subsidy thus has become a great national mission.
It is good that Malaysians are becoming more aware of the pros and cons of a social system that relies heavily on subsidy. A continuing reliance on subsidy to keep fuel prices down; or an expectation that our fuel prices will remain at today’s prices for a foreseeable future is of course unrealistic for the simple reason that hydrocarbon resources are finite. Even if we have much larger oil and gas reserves that can last another 100 years, it is imprudent to waste it as cheap fuel given that it will become more costly to produce a barrel of oil twenty years from now. Any right thinking Malaysians understand that gradually we will live without fuel subsidy.
Where we differ is the manner the great national debate on subsidy is being selectively approached by the government, especially vis-a-vis the huge gas subsidy given to the energy sector and the amount of debt servicing charges the public has to absorb each year. Both feature prominently in any solution to reduce fiscal deficits.
For the record, the national budget for 2011 allocates 8.7% out of the total RM212 billion operational budget for debt servicing charges for all the loans taken and guaranteed by the Federal Government. This works out to be RM18.4 billion of interest and principal payments annually. The number should strike a chord instantly for those who are familiar with the mathematics of subsidy in Malaysia, because it is a lot higher than the fuel and food subsidy that the Federal Government bears each year.
When the crude oil price shot through the roof in 2008, the total fuel subsidy borne by the government was RM15 billion (based on data released by Pemandu). In normal circumstances when crude oil price hovers in between US$65 to US$85 per barrel, the estimated fuel subsidy is in between RM9 billion to RM11 billion annually.
Therefore, this is a fact – even when the crude oil price repeats the dramatic increase of 2008 (which we have not seen so far), the total fuel subsidy borne by the government is still lower than the debt servicing charges. In normal circumstances, Malaysia spends double the amount of public money servicing the debts that the Federal Government has accumulated over the years; which has reached RM407 billion by the end of 2010.
Thus, while it is right to focus on subsidy removal as a means to reduce the national fiscal deficit, the public must be bolder to press for a concrete plan to reduce our debt servicing charges over the years. Debt servicing is a bigger culprit and it is about time that the public calls a spade a spade, especially in light of the government’s mad rush to issue bonds to fund for the billions worth of mega projects announced under ETP. A pre-occupation with subsidy removal to the point that we lose sight of the imprudent debt raised annually by the Federal Government is a mistake we cannot afford as a nation.
Is there a necessity for austerity measures to trim down the national budget, so that we scale down the annual borrowing to fund the budget deficit? Can we live with a period of modest economic growth while we tackle the problem of high debt level? I do not have the answer to this but eventually we will arrive at a junction when we cannot avoid the questions anymore, so it is best to start the public discourse now. Either way, every Malaysia will agree that eliminating corruption and shoddy government procurement practices will go a long way to manage the reliance on debt.
The other economic question that should be weighed heavily in any national debate on subsidy is the RM19 billion-question on gas subsidy provided to the energy sector each year. It is a sore point to PETRONAS which complains annually on this as it is akin to burning RM19 billion of good money for the sake of keeping the electricity tariff artificially low. Even if we have an abundance of gas reserves (which we don’t), burning that amount of natural gas each year is environmentally harmful and economically wasteful when it can fetch a much higher price if utilised differently (either as LNG or feedstock for processed chemicals).
The proponent of the RM19 billion gas subsidy to the energy sector will argue that it is necessary to help the rakyat, as the cheaper tariff benefits the rakyat directly. That is a political argument that goes along the same breath as the economic argument that an energy subsidy is necessary to make Malaysia competitive as a manufacturing hub.
Personally, there are loopholes in both arguments.
A research by Jeff Rector of Stanford University discovered that the rakyat (non-business and non-industry users) consumes only 19% of the total electricity generation in Malaysia in 2005. TNB has also made a few changes to the public tariff structure since then that in all probability there will not be a sudden tariff hike for low capacity users such as the public if the gas subsidy is phased out.
The industrial and commercial sectors have the right to be jittery when any proposal to phase out the gas subsidy to the energy sector is made, because they stand to bear the full brunt having consumed 81% of the total electricity generation. But this is where the practical and philosophical questions on gas subsidy require an in-depth discussion(which has been conveniently ignored by the government):
Firstly – there is a big disconnect between the drive towards a high income economy driven by higher innovation and creative capital; with the insistence that our industrial sector will continue to be protected in the form of cheap electricity tariff paid for by the state. An economy that can still benefit greatly from state give-outs(either in the form of bloated state contracts or state subsidies)will resist any attempts at structural reforms, as it is only natural that human beings will choose an easier option. Why go through the pains of economic reforms to change the structure of the economy, when our industry can still make tonnes of money producing products with lower technology and creative contents because the state subsidy distorts the manufacturing costs? Continue reading ‘The Great Subsidy Debate’

Kenyataan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Tentang PRK Kerdau dan Merlimau

Keputusan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau yang baru sahaja berlangsung pada 6 Mac lalu sememangnya telah diduga. Selain menyedari dua DUN tersebut adalah kubu kuat BN kita dapati imbuhan keterlaluan telah dilemparkan kepada pengundi. KEADILAN mendesak supaya SPR dapat bertindak dengan bebas dan berkecuali serta peka terhadap aduan-aduan yang diajukan oleh kedua-dua belah pihak secara adil dan telus.
KEADILAN mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas PR yang terpaksa menongkah arus dengan berhadapan jentera gergasi BN. Apatah lagi seluruh jentera kerajaan diguna sewenangnya. Media arus perdana pula kekal tempang dan begitu mudah diperkudakan.
Pakatan Rakyat akan mengorak langkah bagi menghadapi pilihanraya Sarawak dan PRU13. Gerakerja tersusun di setiap peringkat perlu dimulakan sekarang. Kemenangan dua PRK ini pastinya menjadikan BN selesa dan memanggil PRU13 seawal mungkin. PR harus terus mendekati rakyat kerana kesejahteraan rakyat tidak memadai dengan gula-gula pilihanraya. Apa-apapun, kita harapkan SPR akan lebih telus dan bebas lantas mengizinkan sistem demokrasi di negara ini dilaksanakan sebaik mungkin. Amat penting untuk kita menyelamatkan negara demi kesejahteraan berpanjangan.
Dr Wan Azizah Wan Ismail

Terkini: Bicara Liwat, Doktor Forensik Mendakwa Saiful Bukhari Turut Mengadu Dadanya Telah Di Ramas Anwar Sebelum Insiden Tersebut Berlaku

KUALA LUMPUR [9 Mac] - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu seorang doktor patologi forensik bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia menolak untuk melakukannya. Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2008 selama 30 minit itu, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang berkenaan juga mendakwa dadanya telah diramas. Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh, Dr. Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengambil latar belakang kejadian daripada Mohd. Saiful Bukhari. Selain Razuin, pihak pendakwaan turut mendengar keterangan daripada Ketua Rekod Bahagian Pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Ahmad Jumadi Awang dan Ketua Staf kepada Anwar, Ibrahim Yakob. Perbicaraan bersambung esok dengan keterangan daripada pegawai penyiasat, Supritendan Judy Pereira.
[Perkembangan terakhir yang berlaku sekarang ini menambahkan lagi kecelaruan kepada kes liwat II yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini. Semoga kes ini dapat ditangani secara dengan lebih berkesan lagi hendaknya. Rakyat sudah tidak sabar dan ternanti-nanti apakah kesudahannya kes yang cukup kontroversi ini. Semoga, segala keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah nanti dapat diterima oleh semua pihak hendaknya. Jalan kebenaran yang dicari nampaknya masih tidak ditemui. Apakah kita harus menunggu lagi untuk lihat lebih banyak lagi adengan yang cukup mengejutkan berlaku selepas ini hendaknya].

Kerana Mahu Bawa 'Perubahan' Buat Mahasiswa, Akhirnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Pula Di Desak 'Letak Jawatan' Oleh Blogger Pro UMNO !

Gara-gara tindakan beliau yang lebih terbuka dalam isu kebebesan untuk mahasiswa, kini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (foto), pula dikritik dan diserang oleh blogger dan penyokong UMNO BN. Bagi mereka, tindakan Ahli Parlimen Temerloh yang mahu memberi ruang kepada mahasiswa untuk menentukan pendirian masing-masing semasa di kampus membuktikan Saifuddin telah terikut-ikut dengan "budaya pembangkang". Kononnya saranan Saifuddin agar kerajaan tidak melabel-labelkan mahasiswa kepada kumpulan tertentu menunjukkan yang menteri terbabit sebenarnya "tali barut pembangkang" dalam kerajaan. Lantaran itulah pihak terbabit sanggup membuat laman sembang sosial "Facebook Khas" untuk mendesak agar Saifuddin meletakkan jawatan beliau. Soalnya sekarang, apakah dosa dan kesalahan menteri terbabit hingga menyebabkan pihak terbabit bertindak demikian. Dek kerana perasaan marah apabila Saifuddin sering membela dan mempertahankan hak serta kebebasan mahasiswa, maka beliau akhirnya ditekan sebegitu rupa. Sedangkan apa yang mahu dilaksanakan oleh Saifuddin itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh golongan mahasiswa. Mereka mahu diberi ruang sebebasnya untuk menentukan pilihan masing-masing. Tindakan kerajaan melabelkan mereka sebagai "pro-aspirasi" dan "pro-mahasiswa" jelas sekali tidak wajar sebenarnya. Ini kerana, ia jelas sekali menyebabkan golongan mahasiswa itu sendiri berpecah dua.


Inilah dia Facebook yang dibina untuk desak Saifuddin letak jawatan
[Kerajaan seolah-olah mahu "kepala otak" mahasiswa hanya menyokong ke "satu arah" iaitu "pro-aspirasi" semata-mata. Mereka takut, mahasiswa menjadi pemimpin pembangkang satu hari nanti. Lantaran itulah dilabelkan "pro-mahasiswa" yang kononnya menyokong pembangkang. Elok benarlah tindakan Saifuddin Abdullah mahu mengkaji dan menhapuskan tanggapan ini. Sesungguhnya Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) itu dikaji semula, kerana jelas ia mengongkong mahasiswa untuk menyatakan pendirian secara bebas sebenarnya. Oleh itu kami amat menyokong tindakan Saifuddin dan berharap agar beliau dapat bawa agenda perubahan untuk kembalikan kegemilangan mahasiswa].

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.