
Nampaknya
"Team Blogger Pembela Negara" kini semakin terdesak sebenarnya. Selepas menggasakkan dan menggesa supaya
Unit Media Baru UMNO dibubarkan, kini sasaran utama mereka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Saifuddin Abdullah (foto). Berbagai tuduhan terus dilemparkan kepada
Ahli Parlimen Temerloh itu, termasuk mengatakan Saifuddin
pro-mahasiswa. Ini berikutan tindakan beliau membela kumpulan terbabit termasuk insiden di
Pilihan Raya Kecil DUN Galas tahun lalu. Dalan kes itu beritakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan
Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti
Mufti Perak dan
Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara Paling panas apabila blog
Panglima Perang Siber mendedahkan gambar menteri berkenaan dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah Anwar. Padahal gambar Saifuddin itu diambil ketika beliau hadir ke
"Persidangan Kebangsaan Demokrasi dan Pilihan Raya" yang diadakan pada 8 Mac 2011 lalu di
Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Forum yang bertajuk "Demokrasi Dan Pilihanraya : Prospek & Cabaran Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13". Selain Nurul Izzah dan Saifuddin, turut terlibat ialah
Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap.
Apa yang kontroversi sangat pada kehadiran Saifuddin dalam forum ini
Lainlah kalau dia dan Nurul Izzah dilihat berdua di lokasi yang berbezaMaka, apa yang perlu digembar-gemburkan sangat oleh
Panglima Perang Siber hingga mahukan supaya Saifuddin meletakkan jawatannya atau dipecat. Malah lebih hebat lagi blogger terbabit memberi amaran kepada
Ahli Parlimen Temerloh itu agar mengambil langkah yang pro aktif samada untuk membersihkan diri beliau atau mendegilkan diri walaupun membaca kritikan mereka
Keputusan akhir di tangan Perdana Menteri. Tugas blogger kononnya untuk pertahan negara dan juga perbaiki kepincangan yang dirasakan perlu diperbetulkan agar tugas
PM akan lebih mudah dengan adanya
pasukan bloggers seperti mereka.
[Punyalah hebat team
"Blogger Pembela Negara", seolah-olah merasakan apa yang didedahkan itu berpaksikan kepada kebenaran belaka. Sedangkan, mereka hanya membakar kelambu sendiri sebenarnya. Matlamat dan hala tuju mereka kini sudah pincang apabila menyerang sesama sendiri. Bagi kami, tiada salahnya menteri terbabit hadir dalam satu forum walau pun melibatkan pemimpin pembangkang. Inilah demokrasi namanya. Bukan bermakna, bermusuh di landasan politik tetapi tidak boleh berbincang secara ilmiah terhadap beberapa isu yang membabitkan mahasiswa. Pemikiran jumud team
"Blogger Pembela Negara" membuktikan betapa ceteknya mentaliti dan fikiran mereka sebenarnya. Patutlah, mereka menyerang Unit Media UMNO gara-gara tidak dilayan dengan baik ketika kempen
Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. Khabarnya mereka kecewa kebajikan ahli tidak dijaga, malah tidak mendapat imbuhan sepatutnya. Sedangkan semua itu dinikmati oleh team UBN yang kerjanya tidak sehebat kerja mereka. Inilah akibatnya bila perjuangan tidak berpaksikan kebenaran. Akhirnya mereka berbalah sesama sendiri untuk mencari kepastian. Klik di sini
Saifuddin Sudah Jadi Barua Anwar Ibrahim].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan